PRUDENTIAL INSURANS

Monday, April 27, 2015

Sedekah orang kaya VS Sedekah orang miskin



Antara sedekah orang miskin dan sedekah orang kaya mana yang lebih Allah suka? Jangan terkejut kerana sedekah yang Allah suka adalah sedekah dari orang miskin berbanding orang kaya. Bayangkan diwaktu kita susah, gaji cukup-cukup makan tetapi kita bersedekah. In sha allah, Allah lapangkan hati kita untuk sentiasa murah rezeki dan lapang dadanya.



Diceritakan tentang sebuah peristiwa dizaman Rasullah, dimana seorang umat Rasullah datang bertemu Rasullah, seorang saudagar kaya yang datang mengadu kepada Rasullah. Beliau memohon Rasullah supaya meminta Allah untuk tidak menjadikan beliau kaya dari hari ke hari. Tapi ternyata rezekinya makin bertambah dari hari ke hari. Rasullah mengajarnya supaya bersyukur. Dan beliau pun mengikut pesan dan bersyukur.

Tidak lama selepas itu datang si miskin bertemu Rasullah mengadu mengenai kemiskinan yang dialami. Si miskin hanya ada baju yang dibuat dari tanah liat cukup untuk membuat ia menutupi kemaluan. Lalu Rasullah mengajarnya supaya bersyukur. Ia pun akur.


Tidak berapa lama selepas itu, Rasullah bertemu dengan saudagar kaya, dan saudagar itu memberitahu yang dia sentiasa bersyukur. Malah Allah meluaskan lagi rezekinya. 

Selepas beberapa lama, Rasullah bertemu pula dengan orang miskin. Rasullah mengajar beliau supaya bersyukur tetapi beliau menolak. Mana mungkin beliau bersyukur sedangkan beliau hanya seorang yang miskin. Lalu Allah mendengar apa yang diperkatakan, maka Allah menarik baju yang dipakai oleh si miskin lalu tidak tinggalah apa-apa pakaian lagi untuknya.


Pengajaran yang diperolehi adalah walau berapa rezeki yang kita perolehi, Rasullah mengajar kita untuk bersyukur. Alhamdulillah.




Thursday, April 23, 2015

Part 4 - Makanan di Kuala Selangor : Mee Udang Banjir

Mee Udang Banjir 

Rm 9.00 : Mee Udang Biasa
Rm 13.00 : Mee Udang Galah

Sebab tujuan kitorang memang nak rasa semua makanan yang ada jadi kitorang amik satu jek kongsi 5 orang. Gila lah ini pertama kali dalam sejarah . Tapi buat tak tahu sahaja. 

Ini tempat kelima kitorang pergi dalam masa sehari semata untuk merasa. Masa kitorang dapat mee ni nampak macam cair. Okey mungkin sekadar fizikal rasa mungkin tiptop. Sekali dah rasa alamak, serupa mee bandung cair. udang pun tak fresh dah. Mungkin sebab kitorang datang pukul 3.00 petang jadi tukang masak nya tak sama kot atau memang guna udang yang tak berapa baru. Malam baru tukang masak sebenar datang. Korang cubalah bila ada masa nanti.




















Part 3 - Makanan di Kuala Selangor : Cendol Durian Borhan

 Cendol Bakar ke cendol bakar Borhan ke Cendol Durian Borhan. Eh kompius sebenarnya.

Aku membayangkan cendol dibakar dan pemilik nama Borhan.

Rupanya Cendol Durian Borhan.

Mana datang bakar tak tahulah.

Harga dia murah. Yang tak makan durian jangan nangis guling-guling kalau keluarga korang ada yang teringin nak makan sebab ada jenis jenis cendol lain yang takda durian. Harga pun lain. Meski abah aku ada pokok durian aku pun tak boleh terima sebenarnya makanan lain yang diletakkan durian sebenarnya.hehehe


Cendol pulut durian : RM3.50


Masa bayar cendol dekat kaunter aku nampak ada satu keratan akhbar. dia kata dulu pemilik penerima wang zakat tapi berusaha lebih sekarang jadi usahawan berjaya. Betul orang kata, bila kita tau bersyukur Allah luaskan rezeki kita.


Cendol Pulut : RM3.00


Dekat kedai ni jugak ada sediakan chicken chop berharga RM7.00. Ada jugak disediakan tempat solat untuk muslim dan muslimat yang ingin bersolat. Surau asing dan sangat bersih.


Dekat sini ada chicken chop








Part 2 - Makanan Di Kuala Selangor : Cendol Kelapa Pandu Lalu

 Hehehe....


Cendol kelapa.


Mula-mula nampak macam hah ape benda ni! cendol kelapa. Mungkin cendol hijau pastu guna air kelapa. Zasss lajulah kereta melintasi kedai pandu lalu tersebut. Kemudian sebab rasa nak tau membuak-buak maka kami pun pusing balik. Semata sangat kan. Wooww power ada pandu lalu. Bila berhenti tengok cashier takda orang. Rupanya cashier ngah cabut sabut kelapa. Dah la kereta kitorang jek dekat situ. Kemudian bila pakcik tu datang, tanyalah apa yang sedap. Pakcik tu cakap semua sedap. Jadi tukar soalan " Apa yang spesial kat sini pakcik". Semua dik.

Hah power kan ada pandu lalu okey





Power siap ada cashier bentuk lonjong lagi. Sila berurusan disini




urrmmm pakcik ni saja buat kitorang pening kepala. Tapi takpelah nak rasa punya pasal maka kitorang pilih cendol kelapa. Tanya camna cendol kelapa tu pakcik " Pakcik cakap nanti dia buat rasa sedap ker tak". Okeylah.


Ni makanan ke tiga kitorang rasa ( pertama : makanan tengahari, kedua : mentarang bakar). Nak rasa punya pasal order jela satu kongsi lima orang. haha. Memalukan tapi peduli lah. perut dah penuh bukan kedekut taknak order banyak-banyak.Cuma nak rasa. Nak singgah kuala selangor entah bila lagi kan.

Maka bila dah dapat beginilah rupa cendol kelapa tu. Rupanya cendol hijau tu telah berganti dengan isi kelapa yang diacuankan seperti cendol hijau biasa. Air dia pulak adalah rasa gula melaka, air kelapa, susu cair dengan santan kelapa. begitu drama sungguh nak cerita begitu banyak rasa yang ada. Hiasan pulak ditambah dengan biji selasih bagi tambah lagi drama minuman. hehe.


Nampak rupa dia. Pelik kan

Harga dia satu Rm3.50. Kalau rasa taknak cendol kelapa bolehlah pilih air lain ya. Macam-macam air ada. Pandu lalu jek, order melalui tingkap takpayah nak turun-turun dari kereta. heheheee


Nak beli daging arnab pun boleh ya

Part 1 - Makanan di Kuala Selangor : Mentarang Bakar




Disepanjang perjalanan kuala selangor akan terdapat papan tanda " Mentarang Bakar". Hari tertanya-tanya binatang apakah itu. Disebabkan persoalan yang mendalam maka selepas selesai melakukan kerja kami mengambil keputusan untuk berhenti disebuah kedai dengan signboard " mentarang bakar".Terlalu teruja seperti apakah bentuk mentarang ni, kami usha dulu dekat kawasan pembakaran. Sebenarnya baru 5 minit lepas makan tengahari di kedai yang menjual landak rendang. " okey ada tapi takut nak makan". Disebabkan takut tekak loya maka kami pun order satu pinggan dulu. Maka datanglah sepinggan mentarang yang siap dibakar. Terdapat 5 ekor kesemuanya dengan harga RM8.00 sepinggan. 





Selain daripada mentarang bakar, kedai ni juga menjual mentarang yang masih mentah dengan harga RM24.00/kg. Kalau rasa rajin nak membakar bolehlah beli yang mentah. Kalau rasa tak rajin makan jela yamng dah siap bakar ya. 5 ekor RM8 hinggit maka seekor RM1.65 gitu.




Adik pakai baju Malaysia ni sedang membakar dengan tekun sebab kitorang pun datang nak tengok bagaimana cara pembakaran itu berlaku.





Tarraaaa! Dah siap dibakar maka bolehlah cuba merasa. Disebabkan aku bukan seorang yang berani mencuba benda baru maka orang pertama yang tampil untuk mencuba adalah elina. Lepas dia kata urrmmm sedap barulah yang lain cuba. heeheee





Inilah isi didalam cengkerang Mentarang ni. Rupa binatang ni kalau tak silap macam siput buluh la kot. Rasa dia macam kerang ada, kupang ada, Rasa macam spesis-spesis dia jugak la 







Beginilah rupanya setelah dibuang cengkerang. Bersedia untuk makan. Sebelum makan baca doa agar tekak dapat terima. Ternyata memang sedap. Ada sorang pakcik tu bagitahu binatang ni tak boleh makan banyak banyak nanti pening. Kami pun dalam hati" patutlah mahal".hehe. Dekat bawah ni gambar persekitaran kedai. Nama kedai Faridah Mentarang Bakar. Pergi usha facebook page kedai ni kalau nak kenal tuan dia. Kalau nak rasa boleh pergi kedai dia lah ya. Tepi kedai ditutupi jala. Ada replika belangkas, siput, kerang, pelita ayam. Bolehlah rasa feel makan tepi pantai. Kat sungai juga ada sebuah replika bot sebagai perhiasan mungkin.












Wednesday, April 22, 2015

Mee Kolok Sarawak



Ada gadis Sarawak buatkan mee kolok tadi.heeee...sedap-sedap. Dia kata ni cubaan pertama dia buat dan ni pun cubaan pertama aku cuba. rasa dia rasa dia. macam meggi rupa dia, bentuk dia, rasa dia pun lebih kurang tapi mereka kata saiz dia kecik dari meggi. Cara masak dia pun berbeza. cara makan pun berbeza. lebih kurang cam mee SEDAP kot. celur dalam air panas kemudian gaul kan dengan rempah rempah yang disediakan. Hidangkan dengan hiasan ayam rebus dihiris-hiris dengan bawang goreng. Makan disertakan dengan sup kosong dan sambal sos. Kalau beli kat kedai mungkin dalam RM6.00 gitu. 


Aritu pergi Sarawak pernah nak try tapi takda rezeki sebab dah habis. Masa pergi maeps yang ada rumah-rumah setiap negeri pergi rumah negeri SARAWAK pun dah habis jugak. Im is so sad. tapi harini gadis ni buatkan mee ni. Akhirnya hajat tertunai. Lepas ni kalau orang tanya pernah makan ker tak mee kolok maka bolehlah dengan bangga cakap dah makan. hehehe.takpaya terbang g Sarawak pun boleh makan. Okey gadis, u dah boleh bukak kedai makan mee kolok ya. passs!

















Monday, April 20, 2015

Mee Siput Muar : Sambal kicap atau sambal tumis



Dimalam hari duduk aku seorang diri mengunyah mee siput dalam sanubari. Ingat lagi masa first time bawak mee siput jumpa kawan-kawan lain negeri diorang tanya apa benda ni. lepas explain datang lagi yang lain tanya lagi. No wonder la diorang tanya lepas makan sebab memang sedap pun. dulu masa lepas balik sekolah ada abang tu jual dalam van tiga posen sekeping siap sos merah. sedap! siapa yang pernah makan dia tau sambal mana yang sedap. 


Mee siput ni adalah adunan tepung ditekan diacuan dan kemudian dibentukkan seperti  siput, dikeringkan dan kemudian digoreng ketika minyak panas. Kadang kesukaan orang ni tak sama. ada kata sambal tumis ikan bilis sedap, ada kata sambal kicap. bagi aku. hurrmmm mestilah sambal kicap. baru nampak jawa tu lebih sikit.heheeeee...... sape yang tak pernah try kalau singgah muar bolehlah beli. tak beli rugi.. yang dalam paket ni jual dah siap goreng. kalau taknak yang dah goreng pun ada jual jugak . sedap tak tipu.. mana yang lain negeri tu bolehlah timbulkan hasrat nak cuba bagi ganti snek-snek tak berkhasiat kat luar nuhh....okey selamat mencuba


PESANAN : Sambal kicap ni cara nak buat tumbuk cili sampai lumat dengan sebiji bawang putih dan campur sikit gula. Dah lumat letak kicap secukup yang perlu.. Taraa siap!







Thursday, April 16, 2015

Kahwin tanpa langkah bendul : Tahniah akakku


facebook link : qeiyaholahola
instagram id : qeiyaholahola



Benda yang buat aku rasa macam fuhhhh lega akak da kawin dulu. Tak paya aku kena langkah bendul. Kalau langkah bendul setakat nak bagi apa akak aku nak tu takda masalah tapi tulah, mulut orang tu yang kita tak tahan. Ya tau semua orang nak kawin tapi jodoh tak sampai lagi habis nak macam mana? Kita merancang Allah tentukan. Tapi atas berkat doa mak abah akak dapat kawin dulu sebelum aku. Aku lah manusia paling seronok dalam dunia ni tak tahu nak cakap camne. heeheeee...

11 april aritu dia baru kawin. Perancangan 4 bulan saja fuhh memang agak kelam kabut sikit tapi dengan pertolongan adik beradik yang ramai alhamdulillah majlis berjalan lancar. kenduri 3 hari 2 malam memang macam nak longgar skru lutut. tidur hari-hari lambat macam macam nak kena buat. tapi tula puas hati. semuanya rewang takda catering. daripada goodies, pelamin, jurugambar , baju semua selesai sikit-sikit ikut kemampuan. Seronoknya lepas habis majlis jangan citer la. macam nak joget! 


First time dapat abang ipar memang kena sakat jela. Pengantin pulak memang sekampung dari kecik tapi tak pernah keluar rumah jadi hujungnya dua-dua pun pemalu. Lagi malu lagi kuatlah kena sakat. lepas ni majlis aku tapi tak tahulah rupa apa nanti, rasa macam baru nak bernafas lega sebab dah lepas majlis akak dah kena fikir majlis sendiri. Semoga semuanya okey lah harap-harap.


Satu soalan pak imam buat pengantin. Nak kahwin sampai mana ni? Sampai syurga? Kalau nak sampai syurga kena usaha sama-sama kalau takda usaha sampai akhir hayat sahaja . Okey semua orang terdiam  dan bait-bait ayat ni terbawa sampai sekarang.



























Semoga hubungan yang terbina berkekalan hingga syurga.

Wednesday, April 15, 2015

Rupa kucing yang telah dimandulkan (dikasi)



Sumpah seumur hidup tak pernah tau. Hinggalah satu ketika kucing yang selalu singgah bilik aku hilang tanpa jejak selama sebulan. Baru-baru ni baru nampak dia. Jumpa kucing ni awal pagi waktu nak pergi kerja. Sempat la usap-usap bulu dia tapi terkejar kejar sebab dah lambat. Cuma nampak ada bekas kat badan dia. Ingatkan kena cop dengan iron. Sedih la jugak masa tu sebab kucing ni kadang datang nak tidur dalam bilik. Bila balik kerja berusaha carik balik kucing ni tapi tak jumpa ingat nak buat siasatan. Sampailah tiga hari lepas tu jumpa balik waktu malam. Belek punya belek rupanya kucing tu ada kesan kena kasi. Beginilah rupa bentuk proses pemandulan si kucing. Tak tahulah sape yang buat sebab kucing ni macam takda tuan. Sebelum dia kena kasi (mandul) dia ada mengandung tapi tak tahu mana pergi anak dia. Mungkin taknak bagi kucing ni mengandung lagi jadi orang pun mandulkan lah dia. Bertuah jugak la dia sebab sempat merasa mengandung sebelum dimandulkan. Ni first time tengok cara kucing dikasi. Kojot jugak! telinga dia akan dipotong sikit sebagai tanda dan akan ada sedikit pembedahan dengan tepi kaki.


Lepas kena kasi dia macam garang tak suka manja sangat dah macam dulu



Cukuran berbentuk. style!



Telinga dia kasi potong hujung bagi tanda





Teknik membeli sushi dengan harga murah









Dipetang hari yang kelaparan ni tetiba teringat sushi Jusco aritu. Tatap gambar jela sebab pertengahan bulan kan. Rasa teringin tu ada tapi tahan nafsu tahan nafsu. Terbaca satu ayat dimana berbunyi " takkan kita nak tolak semua rasa teringin untuk makan diluar hanya kerana sebab GST". Sesekali bolehlah kita reward diri sendiri yang penat bekerja dengan sedikit makanan mahal. Contohnya sushi ker, bibimbap ke, pizza hut ker dan apa-apa lagi yang mahal janji dalam keadaan kita mampu. 

Dulu aku tak berminat pun dengan sushi ni sebab bagi aku macam tak logik makan laut mentah-mentah ni. Dua tiga kali jugak cuba-cuba akhirnya melekat jua. Tapi dengan syarat aku memilih dalam makan sushi ni. Aku tak makan yang pelik-pelik. Majoriti yang dipilih kebanyakkan makanan yang dah diproses. Kalau macam ikan salmon kat atas tu memang mintak maaf tak boleh lagi nak telan.


Baru belajar makan ni. sedap!


Tips jimat nak beli sushi ni senang jek tapi tulah. hanya sushi jusco . Kalau nak beli sushi jusco pada harga yang lebih murah 30%-70% korang kena beli waktu pukul 9.00 malam ke atas. Sebab masa tu penjual akan terpaksa habiskan stok dan turunkan harga. Sushi kan tak boleh simpan lama-lama nanti rasa dia tak sedap sangat. Macam aritu aku beli harga asal 12.90 tapi lepas turun harga jadi 6 ringgit lebih. kan jimat kan. heee.. itu saja selamat mencuba semua 



Tengok ada tanda 50 tu maknanya 50% diskaun!





Wednesday, April 8, 2015

Keberhasilan India menghasilkan kapal selam sendiri




India telah berjaya menghasilkan sebuah kapal selam mereka sendiri mengunakan bahan-bahan dari negaranya .  Kapal yang bertenaga diesel jenis Scorpenen diberi nama INS Kalvari telah berjaya diuji dilaut dimasa perayaan keberjayaan penghasilannya pada 6 April yang lalu.


Projek yang dilaksanakan oleh Angkatan Laut India telah dibangunkan di bahagian Magazon, Kota Mumbai.NDTV melaporkan bahawa Menteri Pertahanan India Manohar Parrikar sangat bangga dengan ciptaan tersebut dan akan berperanan menjaga laut Negeri Sungai Gangga. Mereka juga merancang untuk menghasilkan enam unit kapal selam sehingga 2018. Perairan laut India terkawal kerana mereka telah memiliki lebih kurang 14 unit kapal selam bertenaga diesel tetapi dan penggunaan sehari-harian hanya 7 unit. india juga mempunya sebuah kapal selam ciptaan Rusia iaitu INS Chakra S71 yang berfungsi menghalang kemaraan musuh.  Kapal selam terbabit adalah satu satunya kapal selam yang bertenaga nuklear di Asia Selatan.



Imbas kembali : Handphone pertamaku dalam hidup ini





Okey masing-masing dah boleh pegang kepala ingat balik hp pertama korang rupa apa. Hp pertama diklasifikasikan sebagai hp pertama yang korang beli guna duit sendiri. Kalau yang dapat hadiah tu bolehlah bolehlah nak imbas jugak~phewwww.

Ni hp pertama yang aku beli selepas kerja keras jadi promoter dekat pasaraya depan sungai. Hah! Pasaraya Kini era tahun 2007-2008. Pastu fly g sambung belajar. Duit gaji pertama abah ajak g beli hp sebab kredit hp abah asik kena sailang jek ngan aku.haha. Lepas ada hp baru la sedar sikit topup tu berharga walau satu sen. kikiki.

Masa ni hp ni berharga RM300. Sekarang mungkin dah takda harga. Boleh buat baling cengkerik dalam bilik air jek kot. Aku sayang hp ni sebab hp ni aku beli sendiri tapi hilang dicuri.. sobsob. apelah pencuri. Masa kau curik banyak lagi hp canggih yang muncul kot. Hp yang cokia cam hp ni jugak kau curik. Tak dapat aku nak simpan wat kenangan tunjuk contoh kat anak-anak bila diorang besar nanti. " Kalau nak hp, ibu takkan beli, belajar dulu rajin rajin pastu kerja pastu suka hati korang la nak beli hp ape". Hah ! tudia dah nampak future rupa camne jadi seorang ibu nanti. hewhew~











Tuesday, April 7, 2015

Biar saja cinta pergi sekali ini, Biar saja nanti pun datang lagi







Lirik lagu De Meises "Biar saja"


Entah angin apa yang telah membuatmu
Tiba-tiba saja membenciku
Bagaimana lagi ku pahami kamu
Tak cukupkah pengorbananku

Dan memang terkadang kamu membingungkan
Kelmarin katanya sayang, hari ini hilang

Biar saja cinta pergi sekali ini
Biar saja nanti pun datang lagi
Biar saja tanpa rindu sekali ini
Biar saja sementara sendiri

Entah angin apa yang telah membuatmu
Tiba-tiba saja membenciku
Bagaimana lagi ku pahami kamu
Tak cukupkah pengorbananku

Dan memang terkadang kamu membingungkan
Kelmarin katanya sayang, hari ini hilang

Biar saja tanpa cinta sekali ini
Biar saja nanti pun datang lagi
Biar saja tanpa rindu sekali ini
Biar saja sementara sendiri

Biar saja tanpa cinta sekali ini
Biar saja nanti pun datang lagi
Biar saja tanpa rindu sekali ini
Biar saja sementara sendiri
Biar saja, biar saja, biar saja, biar saja
sementara sendiri


Monday, April 6, 2015

Keluarga Bahagia David Beckham







Jarang kita melihat selebriti luar negara yang bertahan lama dalam perkahwinan mereka. Meski begitu, tidak bagi keluarga yang didirikan oleh David Beckham dan Victoria ini. Walau dilihat begitu banyak halangan dan cabaran yang ditempuh mereka masih kekal bersama. Hasil perkahwinan yang didirikan mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata dimana 3 orang lelaki dan seorang perempuan. 


Brooklyn Joseph (15), Romeo James, Cruz dan Harper Seven. Keluarga ini sering menjadi tumpuan lensa kamera untuk merakamkan detik-detik kekeluargaan mereka. Brooklyn dilihat dapat mengalas tugas David dengan menjaga adik bongsunya yang comel, Harper kerana selalu mendukung adiknya itu saat ibu dan ayah mereka kepenatan.


Harper sering menutup muka saat terkena flash kamera dan memahami ketidak selesaan adiknya, Brooklyn berperanan untuk mententeramkan adik kecilnya itu. 



















Hayley Okines, Remaja berbadan 104 tahun meninggal pada usia 17






" My baby girl has gone somewhere better. She took her last breath in my arms at 9.39p.m " (Kerry, 2015)


Begitulah status Facebook ibu kepada seorang remaja perempuan yang menghidap penyakit dimana badannya membesar lapan kali lebih cepat daripada manusia normal. Meninggal pada hari Khamis yang lalu, Hayley dikatakan seorang yang periang dan mesra walaupun menghidap penyakit sedemikian rupa.


Remaja berasal daripada England itu menikmati hidup dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta. Lahir pada 3 Disember 1997 dan meninggal ketika berusia 17 tahun iaitu pada 2 April 2015.


Mengalami penyakit pramatang penuaan yang jarang berlaku dikenali sebagai "Progeria". Dia juga pernah mengeluarkan buku " Old Before My Time" pada usia 14 tahun. Menurut penyelidikan, penyakit ini disebabkan oleh mutasi dalam gen dipanggil LMNA. Kanak-kanak ini akan menunjukkan tanda dimana akan berlaku kegagalan dalam pertumbuhan, kehilangan lemak badan dan rambut, kulit berkedut dan sendi tegang disekitar usia 18-24 bulan dan akhirnya akan meninggal dunia akibat jantung yang gagal berfungsi dengan baik.


Friday, April 3, 2015

Teknik menghidupkan kembali adegan Paul Walker dalam Furious 7







Sepertimana yang kita tahu bahawa aktor utama filem Fast and Furious 7 ini telah pergi pada akhir tahun 2013. Namun, penerbit tidak menghapuskan watak yang telah dibawakan malahan telah digantikan adiknya, Caleb dan Cody. Meksi begitu, pihak penerbit telah menangguh lebih kurang selama setahun untuk menerbitkan kembali adegan sebenar Paul walker.


Mereka juga tidak menghapuskan adegan yang dilakonkan Paul Walker didalam Furious 7 sebelum dia meninggal dunia. Dengan teknologi yang ada, Caleb memainkan peranan meniru gerak tubuh Paul dan Cody memainkan peranan sorotan mata seiras abang mereka melalui bantaun CGI (Computer Generated-Imagery)


Pada permulaan, filem ini dijadualkan ditayangkan pada Julai 2014 namun tetap bertangguh sehingga April 2015. Apepun, bagi penggemar filem ini sila rasakan apakah adegan Paul Walker masih wujud walau ianya diganti oleh adik adiknya.


Teknologi canggih ini telah wujud pada tahun 2000 dimana dilakukan untuk filem Gladiator. Pelakon utama, Oliver Reed mengalami serangan jantung sebelum dapat menghabiskan rakaman cerita terbabit. Hasilnya tidak jauh berbeza dengan yang asli. 








Thursday, April 2, 2015

Bayi bertepuk tangan dalam perut saat ayahnya menyanyi









Hal ajaib yang telah berlaku dimana si bayi telah bertepuk tangan saat si ayah menyanyikan lagu " if you are happy and you know it claps your hands"


Video ini telah dirakamkan si ayah didalam sebuah video USG (Ultrasonografi) yang bertujuan untuk melihat kejadian pelik yang telah terjadi.


Video ini telah dikongsikan oleh Jen Cardinal didalam You Tube dan mendapat lebih 5 juta view setakat hari ini. Bayi berusia 14 minggu didalam kandungan itu bertepuk tangan dalam masa 15 saat dengan tiga kali tepukan.


Berikut video dimana si bayi bertepuk tangan :