PRUDENTIAL INSURANS

Friday, August 28, 2015

1 Pizza 2 Rasa



Promotion bulan Ogos ini di Domino Pizza. 2 keping pizza dengan 4 jenis topping hanya RM31.50! Makan 3 bulan sekali takpa dimaafkan. habislah gaji. huhuhu.

Promotion.4 Flavour 4 People. Maknanya 2 keping pizza untuk empat orang dengan empat topping. wewwwiitttt~ tapi kitorang makan berdua sebab duduk berdua .hehe


nak senang bukak website tengok sauce apa dengan topping apa kemudian kol. sebab 1 pizza ada dua toping jadi kena amik yang menggunakan sauce yang sama ya. Kalau pizza guna tomato sauce bley combine dengan pizza yang guna tomato sauce jugak. Cuma topping berbeza.

Dekat website dia ada letak gambar sauce apa.


Contoh macam ni.hehe.nampak gambar tomato tu. Tu ertinya sosnya sama jadi boleh kahwin





Dua keping Domino Pizza dengan 4 jenis rasa. Cara nak order bukak website dia isi butiran kemudian tunggu emel. Sebab kitorang jenis jakun takut pizza tak sampai terus kol. Lantakkan jela kol baru puas hati dan confirm pizza datang.haha




Kotak yang sangat menarik terasa seperti lukisan grafik didinding-dinding.



Yang ni extravaganza berkahwin dengan meat mania




Yang ni sambal delight + tuna

'
ada 4 jenis crust yang boleh dijadikan pilihan. Antaranya adalah :



Pilih antara 8 ni mana yang korang nak ya!



Cibiuk Kajang




Nasi tempel ayam goreng

Makanan yang tidak disangka dan diduga. Atas pelawaan seorang kakak asal Indonesia (pelajar Phd) yang ingin makan di cibiuk jadi kitorang pun terjoin kaki sekali. Dia kata cibiuk ni makanan asal Sunda. Di Indonesia melalui makanan kau boleh tentukan tu masakan dari mana. Sunda ada, Jawa ada, Garuda ada dan bermacam-macam lagi yang aku sendiri tak dapat bayangkan. Wong Solo adalah masakan orang Jawa Indonesia. Ya gitu lah. Ya bisa-bisa aja. Yang beneran kepedasan masakan Sunda lebih pedas dari masakan Jawa. Dipendekkan cerita kepedasan Cibiuk 3x extra pedas berbanding Wong Solo. Tapi sedap dia ya ampun, teringat sampai sekarang. Kekadang kena masukkan juga makanan yang mencabar dalam perut. Ya dak. Takkan luaran jek nak cabaran, perut pun meronta nakkan cabaran. Jadi nah, marilah beramai-ramai mencabarkan diri di cibiuk! Super Duper Meletop!


Kedai makan Cibiuk ni terletak di Taman Putra Kajang. Berdekatan dengan tol Kajang. Lepas melalui tol Kajang amik U-turn dan selekoh kiri sebelum sampai ke tempat tol tadi. Eh buat-buat paham jela explanation ni walaupun korang terpaksa berfikir 10x apa yang aku terangkan. haha. Dulu taman putra ni tempat aku buat latihan industri (praktikal) masa sem 6 degree. Teringat balik memori lama.


Dekorasi kedai memang ala-ala kau duk dekat Indonesia, tak payah beli tiket flight. duk jek sini dah rasa cam kat sana.heee

Konsep makanan memang boleh dikatakan 90% berunsurkan kepedasan. Ada satu kawasan yang menyediakan berbagai jenis sambal dan kau boleh amik mengikut citarasa kau sendiri. Lebih kurang 8 jenis tak silap aku. Dekat tengah-tengah sambal ada sayuran rebus *bahasa indonesia* dan kalau orang Johor panggil sayur layur.




Dekorasi dalam kedai. Waktu makan tengahari memang ramai orang macam ni.


Yang kitorang duduk adalah tempat untuk duduk bersila dan sangat sesuai untuk makan mengunakan tangan.hehe


disetiap dinding ditampal gambar-gambar cibiuk yang berada di indonesia.




Okey dah boleh mula makan setelah mengambil semua jenis sambal. Muka gembira ketawa-ketawa, lepas 3x suapan semua terdiam sunyi sepi sebab tengah tahan pedas.haha








Ada peria, lobak dan kacang panjang. Peria tu mungkin berfungsi meneutralkan telinga kau yang dah berapi. Mungkin!





Sambal yang disediakan dibahagian kiri. Ada sambal tempe, sambal mangga, sambal kicap dan tah apa lagi satu tak ingat sangat



Ni sambal bahagian kanan. Apa nama tah aku tak ingat jugak. Maklumlah pertama kali nampak berbagai jenis nama sambal. Selalu sambal kicap, sambal tumis, dengan sambal belacan jek.


Dekat setiap lesung batu ada nama sambal dan aku pun baru perasan ada tahap kepedasan yang dinyatakan. Semalam lapa sangat habis digodak semua sambal dalam satu pinggan. haha



Taraa. Ni sayur yang diambil sebelum sampainya nasi.



Ni namanya nasi timbel dengan nasi lewat. ah berbelit lidah nak sebut. Tunjuk jela.Nasi lewat cam nasi lemak camtu la. nasi timbel nasi biasa di bungkus daun pisang.


Nasi bakar beserta ayam bakar. Nasi dibungkus dengan daun pisang dan dibakar. Ayam bakar sunda memang sedikit manis.




Kalau datang sini amik limau ais. Tak menyesal. spesial sikit dari limau ais malaysia sebab dia seakan air limau asam boi. sedap









Thursday, August 27, 2015

Pengembaraan 8 orang gadis

Sedang aku membelek album lama lalu terjumpa beberapa kepingan gambar kenangan sewaktu degree. Ah kalau boleh kembali kepada zaman dahulu ingin aku mulakan kembali kembara bersama-sama semua gadis manis ini. Walaupun masing-masing sudah punya tanggungjawab yang lebih besar dalam dunia, kitorang masih sering berbual, berceloteh dan saling berkongsi kebaikan dalam kehidupan. ahh tipu kadang-kadang gosip la sikit-sikit *flip hair*

pernah sekali tetiba aku teringat lirik lagu bertajuk "kepompong" :


lirik dia camni....


dulu kita sahabat teman begitu hangat mengalahkan sinar mentari,
dulu kita sahabat berteman bagai ulat, berharap menjadi kupu-kupu,
kini kita berjauhan kerana sesuatu,
persahabatan bagai kepompong, mengubah ulat menjadi kupu-kupu,
persahabatan bagai kepompong, hal yang tak mudah berubah jadi indah,
persahabatan bagai kepompong, maklumin teman hadapi perbedaan.

semua yang berlalu biarkanlah berlalu,
...............


lagu ni adik aku nyanyi masa dulu kala, aku dengar dalam hati kata dia ni kenapa. syair ke nyanyi. tapi lirik dia sedap la jugak sampai buat aku google ...sindestoca nama kumpulan.



Baru-baru ni sorang baru kahwin. Tahniah ain dan pasangan. Jadi isteri solehah tau. XOXO. muah


Kitorang siap ada impian untuk jadi fairy tale tau tak. Ni muka kartun beserta nama.hehe



Ni gambar cantiknya . hehe



Bila sorang beli maka yang lain pun turut beli





Percutian ke pulau tioman





thanks korang sebab jadi sahabat yang baik walau kadang aku bermasam muka berduka cita dengan kehidupan dunia



Bila ada majlis kahwin coursemate baru semua dapat berkumpul




Kerana kesibukan bukan semua dapat berkumpul sama-sama macam dulu tapi kuharap persahabatan ini kekal sampai bila-bila.





Nah lagu untuk korang. Persahabatan bagai kepompong. Mengubah ulat menjadi kupu-kupu.




Thursday, August 20, 2015

Tips mengurangkan hitam bawah ketiak


Ketiak adalah salah satu bahagian tubuh yang diliputi kulit yang cukup nipis. Cara rawatan yang ala kadar bakal menyebabkan perubahan kehitaman ketiak yang cukup ketara. Penjagaan yang rapi dapat mengurangkan kehitaman dibawah ketiak.

Berikut merupakan faktor-faktor yang dikenal pasti dapat menyebabkan kehitaman dibawah ketiak.
Antaranya :


  • Pemakaian deodorant yang tidak sesuai akan menyebabkan kulit kering dibawah ketiak. Deodorant jenis spray dan stick lebih menyebabkan kulit dibawah ketiak cepat kering. Seeloknya gunakan deodorant roll-on kerana ianya lebih lembab dan menjaga kesihatan kulit. Anda tidak digalakkan untuk memakai deodorant sepanjang masa. Biarkan ketiak bernafas tanpa salutan deodorant ketika anda berada di rumah.
  • Pencukur bulu. Seeloknya kurangkan penggunaan pencukur dibahagian kulit yang nipis seperti bawah ketiak. Cabut menggunakan penyepit . Seiring dengan kecanggihan teknologi telah mewujudkan pencabut bulu elektronik yang dikenali sebagai "epilator hair removal".
  • Sesekali letakkan ketiak dengan perahan air lemon atau limau nipis yang membantu memutihkan ketiak selain menghapuskan bakteria penyebab bau badan.




Ni epilator haior removal. Tak pandai guna boleh terluka kulit ketiak.


Petua kerepek pisang lemak dan sedap

Cara membuat kerepek pisang tanduk yang lemak berkrim petua dari mak.

  • Buang kulit pisang
  • Sagat pisang tersebut diatas minyak yang telah panas (minyak yang telah dicampur sedikit garam dan sesudu marjerin biasa) * orang bagitau mak antara butter, planta dan marjerin biasa . planta paling sedap. bagi aku? em em em..macam sama jek. perasaan rasa yang tak berseni langsung.haha. sebab dekat rumah takada planta jadi aku pakai jek marjerin biasa yang sepaket besar dapat harga murah tu. *gunakan apa yang ada ya tak usah bazir-bazir* kalau korang nak kompemkan bolehlah buat research sendiri eh. planta atau segala jenis adik beradiknya (marjerin/ butter) menolong meleraikan kerepek tersebut. kalau dah sagat kerepek melebihi daripada paras minyak melekat jugak. agak-agak la sagat hirisan supaya kerepek tak lemas dalam himpitan ya. huhu. gerakan sudip supaya setiap hirisan mengenai minyak sehingga ia garing
selepas garing angkat dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara supaya kerepek tidak lemau. pastikan semua kerepek telah garing sepenuhnya ya.


p/s : letak planta/ marjerin/ butter setiap kali nak mulakan sagat. maksudnya setiap kali masuk gorengan yang baru.huhu

ok dah sekian





Sorry gambar bagai dalam ilusi. Ambil gambar sambil mengoreng memang macam ni. kelam kabut sampai tangan pun kena minyak ah drama sangat!




William Corner Kelana Jaya

Tetiba teringat pasal tempat buka puasa aritu. William Corner dekat Kelana Jaya. Nak makan steak gedabak besar kongsi ramai-ramai boleh datang sini . Aritu makan dalam RM130 macam tu makan untuk 6 orang . Kedai dia tepi jalan macam kedai biasa jek tapi makanan dia fushhooww meletup.



Dalam menu ni ada sosej, ada lamb, mash potato , daging slice. nak sebut tu aduh aku ni dah la orang kampung yang order semua member yang dah biasa makan sini.



Nama menu dia aduhh susah aku nak sebut. Dia tulis dekat black board dalam kedai. Sebut jela . Kalau agak tak paham tanya jela pekerja dia nanti dia explain sesatu.




Ni desert nya tak tahu apa nama.

Tuesday, August 18, 2015

Ais krim pasu



Ais krim pasu ni dekat pasar borong pandan jb.
eh lupa plak kat mana.
antara ingat dengan tak ingat.
satu pasu harga rm5.00.
boleh pilih perisa dengan taburan yang kita nak.

dia kata " aiskrim ni biasa2 jek, apa yang aku suka pun xtaulah. "

aku takdalah beria sangat nak rasa,,
cuma nak la jugak merasa apa yang jadi trend 2014-2015 ni kan.
elok-elok nanti kalau anak tanya boleh la jugak jawab sebab pernah rasa.
ais krim pasu ni trend lepas durian crepe.
takda yang menarik pun cuma cara pembentangan menarik dalam pasu.











Cinta

Ada satu ketika kau menyampah dengan cinta,
ada banyak ketika kau cemburu dengan cinta,
dan ada waktu kau rasa kau sangat perlukan cinta

tapi kau tak rasa.
sampailah saat kau kehilangan.

adakala,
kau marah dengan si pemberi cinta,
tapi kau lupa salah siapa.
kau hembus sampaikan tempias orang lain terasa.

bagi aku,
cinta tu perlu,
biar macam mana rupa biar macam mana rasa,


betul kata orang
biarkan cinta tu abadi,
jangan kau cipta alasan untuk kau bertukar penganti,
kalau kau bosan,
baiki diri mana yang perlu
dan tambah apa yang kurang.
baru kau akan rasa cinta tu berharga.

















Lasik Mata

Okey bab yang ni kena tulis.Sebab kekadang manusia ni bila banyak duit dia terlupa senarai2 yang dia nak buat. Perkara pertama yang aku nak buat untuk diri sendiri adalah lasik mata. huwaaa. Sejujurnya aku manusia rabun yang tak suka pakai kaca mata. Aku rasa kaca mata tu sangat mengangu pernafasan *drama sangat*. Taklah, sebab aku tak suka ada benda bertenggek atas hidung aku. Rasa cam berat sangat. Nak baring depan tv pun susah bila ada kaca mata atas hidung. tak suka jugak la tapi takkan la sentiasa nak pakai contact lens. Melampau rasanya pakai lens dalam rumah. 

Dengar citer lasik ni ada yang mahal ada yang murah. keberkesanan tu tak pasti la lagi. kalau sepasang mata dah RM6000. Hah! Tunggu kaya baru buat. Sekarang banyak keperluan yang perlu diuruskan. Tapi bila nak kaya ni.. usaha usaha doa tawakal ya.

Aku start rabun masa semester 1 degree. Masa matrik dulu aku suka bercita-cita nak rabun sebab tengok macam best jek orang pakai cermin mata ni * setakat ni impian paling mengarut yang dah termakbul aku pernah impikan* . Biasalah manusia, tak dapat nak, bila dah dapat menyesal ! memang menyesal pun bila dah rabun. Seksa nak melekatkan cermin mata setiap masa dekat telinga ni hah. Kadang aku memang sengaja taknak pakai tapi bila kawan start bukak cerita dan tunjuk tunjuk apa yang diceritakan rasa kesian plak dengan diri sendiri. Siap suh kawan stop kejap bagi aku pakai cermin mata kemudian sambung cerita balik. Memang tak seronok nak bercerita bila kau kabur penglihatan ni. 






Sebab tak suka pakai cermin mata selalu jadi ni cermin mata ketiga yang telah musnah sebab jatuh dalam longkang. kuikui. tragedi

Friday, August 14, 2015

Manisnya cinta

Aku impikan. Pendamping yang penyayang. yang baik. yang hensem. yang dermawan. yang rupawan.