PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, August 18, 2015

Cinta

Ada satu ketika kau menyampah dengan cinta,
ada banyak ketika kau cemburu dengan cinta,
dan ada waktu kau rasa kau sangat perlukan cinta

tapi kau tak rasa.
sampailah saat kau kehilangan.

adakala,
kau marah dengan si pemberi cinta,
tapi kau lupa salah siapa.
kau hembus sampaikan tempias orang lain terasa.

bagi aku,
cinta tu perlu,
biar macam mana rupa biar macam mana rasa,


betul kata orang
biarkan cinta tu abadi,
jangan kau cipta alasan untuk kau bertukar penganti,
kalau kau bosan,
baiki diri mana yang perlu
dan tambah apa yang kurang.
baru kau akan rasa cinta tu berharga.