PRUDENTIAL INSURANS

Thursday, May 14, 2015

Pulau Langkawi Part 6 : Makanan Murah di Langkawi

Nak carik makanan harga sedap dan murah di Langkawi. Senang sahaja. Kalau nak makan tengahari nasi berlauk boleh pergi kedai Ikan Bakar dekat Padang Matsirat.

1. Kedai Ikan Bakar Padang Matsirat

Kedai makan ni di tepi jalan bewarna kuning. Ada berpuluh aneka jenis makanan daripada laut, udara sampailah ke darat. Waktu kemuncak adalah pukul 1.00 petang. Harga pun murah dan no wonder banyak bus pelancongan berhenti dekat sini. Air pulak boleh ambil secara percuma antaranya air teh ais, anggur dan sirap. Air yang dibuat pun tak pakai tangkap muat. Cukup ais cukup manis cukup nikmat.





Dekat depan tu ada pakcik yang duk bakar ikan, sotong, kambing dan segala makanan berbekalkan sebuah kipas besar. Penuh asap satu pondok. Macam -macam jenis ikan ada. Aritu aku dengar ada ikan jenahak, keli dan berbagai lagi.







Kedai berwarna kuning berdekatan dengan sekolah. 



Lala + kacang panjang + salad + ikan bilis sambal + nasi = RM5.00



Sotong goreng sekor + Salad + kerabu mangga + ikan bilis + nasi = RM6.00


2. Laksa dan Pasembur Pantai Airport



Cara jualan still macam biasa pakai lori. Tapi depan lori terdapat banyak tempat duduk taman yang boleh digunakan untuk menikmati makanan.Dekat sini berderet lori makanan tepi jalan yang ada. Pilih sahaja mana suka. Kami pilih laksa power sebab review orang kata ianya sedap.


Laksa tu jenis layan diri untuk site sampingan macam cili potong ke, sudu ke. Dia akan sendukkan dalam mangkuk kemudian kau atur la sendiri gaya apa kau nak bawak ke tempat duduk. Satu laksa berharga RM4.00 dan air RM1.00.

Sudah habis amik laksa bolehlah menambahkan lagi ketamakan dengan mengambil pasembor yang berbagai-bagai jenis ni. etc : daging, fishball, kentang, filamen dan bermacam lagi seperti dalam gambar. Operasi memilih tak ingat dunia sedang giat dijalankan. Amik bebanyak bila beratur nak bayar malu plak. Cisss. Sebab lelaki belakang duk mengata. Ini part yang tak suka ni kalau bayar bawak makanan belakang lelaki.Lemah seluruh bedak di muka.







Inilah hasil yang kitorang amik. Semua sekali harga RM26.00. Seronok hidup bila tengok pasembur ni depan mata tinggal nak ngap.



Boleh makan di tepian pantai sambil melihat matahari terbenam.






Laksa pulak serupa ini. Kawan kata diorang guna laksa beras. Saiz dia besar sikit dari laksa biasa. Memandangkan review blog lain semua kata laksa power ni sedap tapi tak berapa bagi kitorang. Mungkin tersalah tempat atau tukang masak dia bertukar pada hari kejadian kitorang pergi. Kekenyalan laksa tak berapa sebab dia sedikit lembik dan melekat ditekak. Tapi bestnya dia bagi sebiji telur rebus tak perlu potong dua. Kuah pun sedap.

Cerita seterusnya :





Part 5 : Island Hoping




No comments:

Post a Comment