PRUDENTIAL INSURANS

Sunday, September 20, 2015

PERKATAAN "YA" DARI WANITA JANGAN 100% LELAKI PERCAYA


Terdapat beberapa perkataan "ya" dari mulut wanita yang jangan 100% lelaki percaya. Tapi tinggalkanlah sedikit. Bukan semuanya tak leh caya cuma ada beberapa lah memang korang kena pikir 100x nak percaya ker tak nak. Antaranya:


1. Ya, saya tak merajuk

Korang baca situasi ni
bila lelaki tanya, " awak merajuk ker sayang?".
Dia jawab, " mana ada tak merajuk pun"
Lelaki tanya lagi," awak jangan merajuk eh"
Dia jawab , "ya, tak merajuk"

Tak merajuk tapi muka masam mencuka.Apa semua ni. Bila tanya soalan lain diam tanda protes.
Mac am mana tau ni? dah biasa buat kan korang :P


2. Ya, saya taknak pun benda tu

Lelaki kadang dia akan offer benda yang tak diduga bila terjumpa dekat Shopping mall. Si wanita pun akan pura-pura lah taknak sebab tengok tag harga "mahal nak mam". Lelaki ni satu hal, bila dia offer walau benda mahal pun dia tahu yang dia mampu beli. Jadi perempuan jangan lah kata ya saya taknak. sebab offer tu melambangkan yang dia mampu. Tapi sebenarnya malu nak kata nak. Jadi ermm ermm ermm geleng jela bila dapat offer. Kadang lelaki siap kira. betul ni taknak. saya kira sampai tiga. Satu,,,,dua,,,, tiga> okey dah jom jalan. Lelaki yang memahami walaupun perempuan tu geleng tetiba tarraaaa" dah ada dalam kereta"~ ah romantis (jangan perasan sila bermimpi -,-)


3. Ya, saya tak beli lagi dah baju, handbag, kasut, hijabista semua tu

Harini laki cakap, tak payah lah beli lagi baju. Saya tengok baju dalam almari tu semua awak punya tapi macam tak pernah pakai pun. Tudung tu dah bertingket-tingket tapi macam tudung sama jek awak pakai. Perempuan tu akan cakap, ya tak beli dah.

Tup tup seminggu kemudian, awak tadi er err saya terbeli baju tu sebab ada DISKAUN. Ini hantu, kan dah cakap jangan percaya. Hantu mana wujud kat dunia nyata.heeee


4. Ya, saya tak pakai dah semua produk-produk cepat cantik tu

Tak payahlah pakai produk cepat cantik tu , bahaya lah.

Ya tak pakai. sebulan kemudian....

Si lelaki " muka awak macam lain lah, macam cerah sikit, macam glowing gebu-gebu"

Hah mestilah saya pakai serum ni, krim ni, krim tu, kolagen ni minum, supplemen tu makan.

Lelaki, errrr? -,-"


5. Ya, awak memang hensem!

Yang ni saja letak, lelaki jangan nak percaya. Mostly perempuan takkan cakap depan-depan yang kau hensem kecuali kau tu boipren, tunang atau suami dia.

Kau diam kau diam, marah letew :P


Dah malas nak taip lagi. Kalau kau tak percaya? Tak apa, Okey kita tengok nanti






Friday, September 18, 2015

Penyebaran benda baik dan buruk. Mana lagi pantas ? Dunia oh dunia


Kiri masa awalan sorang pelanggan yang tak berpuas hati dengan PRUDENTIAL kemudian membuat pengakuan terbuka di media sosial. Ditulis pada 20 Mei yang lalu dan masih disebarkan oleh orang ramai sehingga KINI ( 18 September 2015). Anda tak percaya? Kalau anda jumpa anda lihat apakah bilangan share terbabit meningkat daripada sekarang?. Kanan pulak status post menerangkan semuanya telah selesai. Jika anda lihat kembali post kenyataan tidak puas hati beliau dengan selesainya kes hanya dalam jarak sebulan lebih tapi kenapa kenyataan baik selepas tidak disebarkan sama banyak macam kenyataan buruk tentang PRUDENTIAL sebelum? Kenapa ya? Hurmm anda pikirlah sendiri. Sekarang ni pun aku tengah tengok kenapa kat bawah selepas dia tulis 08 MEI 2015 SEDANGKAN SAAT ITU KENYATAAN penyebaran buruk mengenai PRUDENTIAL belum beliau sebarkan.


Korang kan suka jadi detektif. Jomlah kita sama-sama fikirkan ya.





Cara TANGANI persepsi buruk orang dalam PERNIAGAAN, jangan MENGELABAH!!








Aku lulusan dalam bidang perniagaan. Banyak yang aku belajar yang aku boleh praktikkan dalam penjualan insurans. Just satu jek prinsip aku pegang, bila benda tu tak berapa baik dan membawa pada keburukan seseorang, aku akan ambil inisiatif lain daripada menyebarkan. Meaning that, aku kaji betul-betul sebelum buat keputusan yang menyakitkan orang lain. Dalam satu subjek pengurusan tu aku belajar macam mana nak selesaikan masalah yang melanda syarikat-syarikat besar. Antara syarikat yang pernah ada dalam reputasi kajian aku adalah :


  1. Isu sosej ramli ada DNA Babi
  2. Isu Cadbury ada DNA Babi
  3. Isu Ajinomoto pun ada DNA Babi
  4. Isu syarikat ANCHOR ( susu) ada melamin yang membahayakan kesihatan manusia

Seperti yang kita tahu, semua ni perlukan ilmu untuk diselesaikan. Ambil contoh RAMLY, diorang tak mengelabah masa orang kesan sosej yang diorang keluarkan ada DNA Babi. Diorang kaji balik cara pemprosesan, pembungkusan dan pengagihan. Kaji satu-satu dari mana datangnya masalah DNA tu. Selidik punya selidik rupanya DNA tu wujud masa peruncitan. Sosej ni disimpan didalam peti yang terkandung DAGING tersebut. Jadi jangan gelabah, kat sini kita nampak yang pemprosesan diorang sendiri tak bercampur dengan DNA tersebut cuma cara simpanan oleh kedai runcitan yang memberi masalah. Kita siapa untuk melarang bangsa lain dalam menyimpan makanan untuk dijual. Dan sebagai pengguna jadilah bijak. Kalau kedai tu bukan beragama ISLAM janganlah beli daging yang tersimpan dalam peti ais diorang. Cari inisiatif lain. Bila bab daging atau sejuk beku cari kedai penjualnya beragama islam. Melainkan yang kita yakin si penjual tak pernah menyimpan daging-daging lain dalam peti sejuk mereka.


Isu ajinomoto pun sama. Aritu ada syarikat ajinomoto datang untuk bagi ceramah pasal pemprosesan produk diorang. Jelas kebersihannya dan tak ada keraguan. Ajinomoto adalah proses rasa UMAMI yang diambil dari ubi kayu. Tidak lama selepas tu ada kawan yang share dekat FB pasal haramnya AJINMOTO sebab terkandung DNA BABI. Aku tak tahu apa yang diorang baca tapi aku cuba terangkan yang ajinomoto tiada langsung kandungan tersebut. dan bila aku tengok, aritikel yang kawan aku sebarkan adalah artikel 10 tahun lalu. Korang nampak? Jadi ingatlah nak sebarkan selidik dulu., Masa bagi talk, orang atasan dia sendiri berucap yang dia beragama islam dan telah bekerja dengan syarikat AJINOMOTO lebih 14 tahun. dia ceritakan pada kitorang yang makcik-makcik kat kampung dia seakan mencemuh dengan pekrjaan yang dia lakukan. Umpama kerja dia haram sebab berkaitan dengan benda haram. Tapi dia ambil langkah tenang dan bagi penjelasan. Katanya kepada mereka " Makcik saya kerja dengan syarikat ni lebih kurang 14 tahun, takkanlah saya nak bagi anak isteri saya makan dari rezeki yang haram". Sebab dia tahu yang ajinomoto langsung tak terkandung benda haram jadi dia kerja dekat situ bertahun lamanya. Dan syarikat ajinomoto ni ambil inisiatif untuk bagi talk ke universiti supaya pelajar-pelajar dapat menyedarkan orang ramai tentang isi kandungan produk mereka.



Jadi lepas yang aku cerita ni korang rasa apa patut korang rasa? Hurm takpelah korang pikir lah ya mana baik mana buruk. Aku ada nak selesaikan satu kes ni.

Sebenarnya aku kagum dengan pakcik ajinomoto tu, walaupun diawal kerja compny dia ada isu besar, dia tetap jitu dengan kerja dia. Malahan tak putus asa memberi kesedaran pada orang ramai.





Monday, September 14, 2015

Rindu abang dot

Aku ada tiga abang. Yang ni abang ketiga aku. nama dia hidir tapi abah selalu kejut dia panggil dot. Semua gara-gara buku laporan sekolah agama dia  dia tulis nama. HO DOT YO RO. Walhal ha dal ya ra = hidir. Entah apa lah tapi yang pasti abah kejut memang macam tu. ho dot yo ro bangun. ho dot yo ro bangun. Sekarang melekat! abang dot dot dot.

Jauh mana kita gaduh kau mesti tahu yang aku akan menangis sepi kemudian tak tahan dengar bebelan kau aku akan jerit suh kau stop! Dah macam orang kena rasuk tapi bila jadi camtu kau cakap aku emo pulak. walhal kau tu bebel tanpa penghujung takpe plak. Ah lupakan. Aku sayang kau.

Kau tau dalam kita hidup sama-sama sebagai adik beradik banyak cerita yang aku kenang pasal kau. kalau ingat balik, ah hantu! kau lah penyebab calar-calar kat tangan aku sebab ajak aku masuk hutan main perang-perang dulu. Tapi takpe aku relax jek. relax jek sebab dah ada yang nak. Kalau takda calon memang kau lah yang kena carikan. Dahlah aku nak hentikan panggilan kau. mak ajar suh panggil abang. Abang.

banyak abang buat kat kiah dulu cuma abang ni kadang macam pelupa. Tapi takpe biar kia ingatkan balik. dulu masa sekolah abang ni pengemas, balik sekolah sebelum masuk rumah mesti abang gulung stokin jadi donut kemudian masukkan dalam kasut. lpas tu kasut letak kat rak kasut. Tapi kia? kia dah depan pintu tarik stokin terus campak atas kasut. Esoknya kelam kabut nak naik bus stokin sendiri hilang terus rampas stokin abang senyap2. Ah bodoh betul. Bila abang dapat tau mulalah kena bebel tapi kalau terlepas ah selamat mak nak~

Kemudian bila petang kita selalu rebut bilik air. Kadang macam nak tersungkur kejar pintu bilik air tu.Yang peliknya pukul 6.30 keatas baru nak berebut. Mak selalu bebel kata tadi takda orang mandi taknak mandi sekarang nak berebut. Banyak kali dah tapi tulah kita. Macam hobi plak rebut-rebut bilik air ni. Seb bek tak luka berparut dahi kia bila tersungkur. Kalau tak, dah abang kena carikkan calon lagi.kofkof, Next hobi kia suka meniarap depan tv kemudian kalau abang lalu abang terus akan pijak belakang badan tanpa bagi salam. Kepala bana betul sakit gilos. apa abang ingat kia ni gajah yang boleh bawak orang. Ah hantu! Pastu abang lari lepas pijak.Mulalah berkungfu kita dalam rumah.


Part yang tak ley blah bila abang lari dari sekolah asrama sains dulu. bukan main kia bersorak gembira sebab takkan rebut semua benda dengan abang sampailah satu saat abang muncul depan pintu. Ah tragedis. Mak taknak amik abang. ABANG balik sendiri. Kemudian depan pintu kia tulis nota " datang tak dijemput, pulang tak dihantar" . berdosa betul aku rasa.~ tapi ah lantak, sape suh abang balik kan mak suh belajar dalam tu.

next kia cerita nanti, banyak sebenarnya tapi saja bagi abang ingat sendiri. yang penting sayang gila kat abang dot walau kadang menjengkelkan. iNgat kia adikmu yang kau selalu puji cantik senyap senyap. aku tau tu.~lalalalaaaa



Ni gambar entah berapa tahun lalu. Masa tu abang kurus sekarang dah gemuk. Kia macam biasa .slim selamanya.



Wednesday, September 9, 2015

Kemanakah Westlife menghilang

Satu ketika dulu diera 90-an, Westlife merupakan sebuah band terkenal kerana berjaya menjual lebih 50 juta rekod diseluruh dunia.Kumpulan itu asalnya terdiri dari lima orang anak muda yang cukup mengetarkan jiwa gadis diluar sana namun diawal tahun 2004, Bryan Mcfadden mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan dan bergerak secara solo.Mereka meneruskan usaha giat seni mereka tanpa Bryan sehinggan pada tahun 2012 mereka mengambil keputusan untuk berehat dan meneruskan kerjaya dalam bidang masing-masing.


Shane Filan

Shane mengalami tempoh yang sukar didalam kehidupannya sejak meninggalkan Westlife 3tahun lalu dimana dia diistiharkan bankrup setelah membuat usaha yang tidak berjaya dengan saudaranya sendiri.Penyanyi itu mendedahkan dia mempunyai hutang sebanyak 18 juta pound - satu jumlah yang sangat besar dan sangat mustahil untuk membayar kembali. Selepas mengalami kehidupan yang sukar, beliau kembali ke landasan dan memulakan kehidupan menyanyi  kembali dengan bergerak secara solo.Dia juga mengeluarkan autobiografinya yang bertajuk " My side of life " .

Mark Feehily

Mark telah menceburi perniagaan katering dalam hidupnya. Setelah berpisah dengan tunangnya iaitu Kevin McDaid, beliau memilih perniagaan katering dengan menghidangkan minuman dan masakan panasmengunakan sebuah van bergerak melalui pelbagai acara dan festival diseluruh UK. Namun, Mark tidak meninggalkan karier seninya begitu sahaja kerana dia juga telah mula bergerak solo dan mengeluarkan album yang direncanakan dikeluarkan pada tahun depan.

Kian Egan

Bryan McFadden



King Egan

Kian Egan
Rex FeaturesKian Egan mengambil panggilan telefon daripada homeKian Egan mendapat undian anda di dalam hutan
Kian Egan boleh dikatakan telah mencapai kejayaan yang paling sejak band ini berpecah kembali pada tahun 2012.

Bapa kepada dua anak, yang berkahwin dengan bekas ahli girlband Jodie Albert pada 2008, berjaya menawan semula hati negara apabila beliau dipilih sebagai Raja Rimba dalam ini ITV saya 2013 siri Celebrity.

Mengalahkan pereka fesyen Puteri Diana, David Emanuel dan Emmerdale bintang Lucy Pargeter, penyanyi yang muncul berjaya dari berkhidmat selama tiga minggu di Aussie belukar, bersedia untuk melancarkan peringkat seterusnya dalam kariernya.

Suara IrelandNow Kian membantu lain-lain pemuzik berharap
Sejak itu, Kian telah memenangi peranan jurulatih dan mentor pada versi Ireland bakat popular tunjukkan The Voice.

Kerja-kerja yang berusia 35 tahun itu bersama rakan-rakan hakim Bressie, The Una Foden Sabtu bintang dan S Club 7 ahli Rachel Stevens
Nicky Byrne
WIREIMAGENicky telah meninggalkan nyanyian di belakang
Nicky Byrne telah meninggalkan karier nyanyiannya di belakangnya sejak Westlife berpecah.

Selepas berkhidmat seketika sebagai penari di Strictly, pemain berusia 36 tahun itu yang lebih dikenali di Malaysia sebagai TV dan radio penyampai.

Pada tahun 2012, Nicky dihoskan saluran TV Ireland RTE ini realiti Football Star Seterusnya, yang diikuti sepuluh calon bersaing untuk peluang untuk memenangi tempat di Celtic Football Club skuad belia.

WENNStrictly Come Dancing Live Tour seluar PhotocallAfter bertugas pada Strictly penyanyi kini lebih dikenali dengan membentangkan beliau
Sejak itu, bekas penyanyi yang telah memenangi sendiri pertunjukan hari minggu di Ireland stesen radio 2FM.

Pada bulan Januari 2015, CV Nicky beliau dilanjutkan lebih jauh lagi apabila beliau telah dipilih untuk menjadi tuan rumah National Lottery persembahan baru mingguan permainan di Ireland, The Million Euro Challenge.

Bryan McFadden
Boy band Ireland WestlifeBryan meninggalkan kumpulan pada tahun 2004
Bryan telah terbang solo sejak 2004 apabila dia membuat keputusan untuk berhenti band ini untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solo.

Penyanyi itu mempunyai kejayaan yang sederhana selepas meninggalkan Westlife, dan mengeluarkan album terbarunya Pertalian Ireland pada tahun 2012.

Bryan adalah satu lagi ahli band yang telah bertukar bakat beliau kepada TV membentangkan selepas mendarat peranan sebagai hakim di Australia Got Talent pada tahun 2010.

MirrorpixWestlife kepada lokasi di Istana LeslieAfter kerjaya solo yang sederhana berjaya, Bryan juga penyampai TV
Pada bulan September 2014, ITV ditawarkan Bryan siri 30-show dipanggil Siapa yang Melakukan Hidangan yang biasanya disiarkan pada lewat petang.

Tahun ini, penyanyi itu telah menyertai selebriti menunjukkan bakat Dapatkan Akta Anda Bersama yang melihat bintang showbiz bekerja dengan ahli sihir legenda Penn dan Teller sihir untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Kucing abah


Ini abeng. Kucing kesayangan abah yang bermulut busuk. haha Tidur pun nak dekat TUAN. Menyampah -,-"


ni abah tengah tidur atas kerusi malas, dia pun nak tidur sama jugak.


Abeng ni warna dia pelik sikit. Entah kaler apetah ni .. kelabu-kelabu taik itik.


Tapi abeng ni comel la kadang-kadang. Dia tak suka orang pegang dia kecuali... kecuali kalau kau ada ikan goreng. Itu kesukaan dia. Masa tulah hanya dia akan datang dekat dan manja-manja. Hak tuih punya abeng.

Habit dia lagi satu dia tak suka makan kongsi-kongsi. Dulu mak selalu bagi dia makan asing tapi lama-lama malas layan perangai dia ni yang tah pape. Ngada!

Lepas mak satukan semua makanan dia adalah kucing yang makan last sekali. Dia lebih rela tengok jek dari jauh kucing lain makan dan takkan berebut. Alamatnya, makanan yang tinggal untuk dia hanya nasi dan lauk ikan itu sudah habis dimakan kucing lain.




Ini nuha bersama kucing abah yang lain. Aritu dia terbalik kampung. kemain seronok dia berlari ke sana kemari kejar kucing



Comel kan nuha sebelah kiri dengan si pusing sebab suka pusing dan sebelah kanan dengan datin sebab dia hanya makan wiskes jek. Dah la kampung, makan nasi taknak. High class kau tau. sebab tulah nama dia datin.huhu



Ni nuha dengan adik dia . Naurah. kakak tengah baca komik sinchan. comel jek kan






11 Perkara Perlu Buat Masa di U




Aitu aku nampak ada #TipsmasukU.
Kemain banyak lagi tips masuk u yang orang bagi kat twiter. Ni yang aku rasa keluar dari kepala otak aku. Selamat menyerap tipsnya ya.

1. Jangan Berkepit dengan kekasih 24 Jam

Hindarkan perkara sebegini kerana yakinlah bahawa zaman belajar di U bersama rakan-rakan KAU akan paling diingati. Jika dengan kekasih? Siapa tahu suatu saat akan putus dan pada ketika itu, tiada memori manis dapat anda gapai bersama-sama kawan di U.

2. Jangan Lupakan Kawan

Kawan di U antara kawan yang betul-betul boleh membawa kau terjerumus ke sungai yang indah atau lembah yang penuh hutan. Pilihlah kawan yang baik kerana itu sahaja masa yang kau ada  untuk menghargai kawan-kawan kau sebelum melangkah kealam kerjaya dan  rumah tangga. Ingat kawan bila kau makan adalah perkara paling AWESOME! Dan ingat kawan bila  belajar adalah perkara yang paling super AWESOME. manakala ingat kan kawan tentang due date assigment lagi SUPER POWER AWESOME DOUBLE THUMBS UP!!

3. Overnight

Hei ini bukan aku ajar benda bukan -bukan eh. Overnight reramai dengan kawan-kawan. Jangan salah ertikan kepercayaan orang tua. Bukan aku suruh g club pun. Just pergilah tengok kehidupan luar di malam hari beramai-ramai bersama kawan . Kalau duk key el pergilah jalan bukit bintang tu. Parking jauh sikit tepi jalan pastu acah-acah survey kawasan persekitaran. Tengok kelibat-kelibat manusia yang ada dimalam hari. Kupu-kupu malam sangat. Kau tau faedah nya, buat kau rasa bersyukur dengan apa yang kau ada. Sekurang-kurangnya kau tau hidup orang lain macam mana.

4. Buat bisnes

Berniagalah kecik-kecik. Abaikan kawan yang suka menceceh cara kau dapat duit. Dia apatahu, hidup senang kol pama terus dalam akaun berduit. Kita ni yang tak berapa senang, usahalah lebih sikit. Berniaga dekat U boleh buat kau praktik kehidupan berniaga kat luar nanti. Nak lagi untung masyuk, of course lah rapat dengan Orang atas( u know what i mean babey) supaya kau dapat tapak berniaga yang strategik yo.


5. Study Group

Sumpah daripada kau terperap sorang kat bilik yang tak pasti apa akan terjadi terutama bila study week, eloklah kau pegi berkumpul bersama kawan untuk belajar bersama. Teori yang aku dapat 4 semester pertama aku belajar sorang tak seelok 4 semester terakhir aku belajar berkumpulan. Tak percaya? Hah nanti kau dah semester hujung-hujung baru nak buat apa aku cakap jangan nak menyesal pulak. #sisbagicadanganjek

6. Merasa semua aktiviti yang ada dekat dalam U

Malas tahap super saiya nak join aktiviti U maka bolehlah kau rancang sendiri aktiviti lain yang boleh dilakukan tanpa protokol dan peraturan yang ketat. Bergembiralah bersama rakan-rakan. Gunakan semua ruang riadah yang ada di U untuk tempat kau buat aktiviti seperti berkelah ker, memancing ker, berzumba ker. Jangan malas!, lepas habis belajar kau takkan dapat rasa tu semua. Percayalah. Nak jogging dekat U lepas konvo pun malu sebab orang ingat kau tak habis belajar lagi . Melainkan kau continue something.



8. Jangan dekat dengan PLAYBOY

Pasal ni kau tak paya sedih kalau pelajar yang konon-konon HOT tak suka dekat kau. Ah lantakkan jek dengan diorang. Sebenarnya kau patut bersyukur tak akan tersenarai dalam senarai nama EX-EX diorang. Diorang bukan ada duit sangat pun nak belanja korang selalu. Membazir jek. Jaminan jadi isteri tu pun belum tentu.


9. Amik tahu perkembangan harga makanan

Yang kau geram adalah kafe yang selalu naikkan harga makanan tanpa sebab. Elakkan dari camni. Dah kalau sekali makan RM6.00 maka 3x makan dah dekat RM20.00. Tak macam meletup poket.BOOM! Kalau boleh tanya jek nape saya dapat semalam harga camni hari ini harga lain padahal lauk semua sama. cET. Aku pandai cakap orang kalau kena kat aku memang aku diam jek cuma esok lusa tulat aku jaga-jaga sikit lah nak amik lauk memacam.

10. Jangan lupa suruh kawan COP kan tempat dalam kuliah

Ni patern orang selalu datang lambat untuk kekelas. Dah tepat waktu kelas dia akan kol kawan dia lalu cakap yang dia datang lambat kemudian suh copkan tempat. Tapi sekurangnya bagus, biar pun lambat tetap nak pergi kelas. Tapi jangan melampau kalau 30 minit kelas nak habis baru nak datang. Awal sem suruh copkan, hujung sem suh sign kan. mihmih


11. Jangan lupa buat simpanan MEGGI

Simpanan ini sangat perlu disaat hujung-hujung sem dimana kau takkan cukup duit untuk makan di luar.Awal sem bolehlah kau berlagak dengan beraneka lauk pauk yang ada. Beli siap-siap masa awal sem untuk pastikan yang masa kau kebulur dihujung bulan masih ada simpanan meggi dibawah katil.




Zaman di U la hidup di zaman serba teratur dan santai. Jadi jangan sia-siakan peluang santai itu. Cermin tu abaikan. Biasalah remaja.krik krik krik. Bilik ni kemas masa awal semester. Hujung semester haruk




Tuesday, September 8, 2015

5 Perkara JANGAN anda lakukan apabila putus CINTA!






Putus cinta memang menyakitkan. Tidak lena tidur, tidak selera makan dan tidak segala tidak. NAMUN harus diingat jangan dikenang peristiwa yang sudah. Jika anda tidak boleh untuk move on, itu biasa cuma jangan toleh lagi ke belakang. Jangan diharapkan pada yang tak sudi. Redha dan berterima kasih lah sebab anda berani untuk pergi.

Berikut beberapa perkara yang anda perlu elakkan apabila putus cinta. JANGAN bererti terlarang untuk dilakukan.

1. Memaparkan segala bentuk kesedihan anda dimedia sosial

Jangan sesekali! kerana semua yang berkawan dengan anda dapat mengemosikan segala apa yang ditaip. Ditambah dengan caption "feeling". Biarkan, buat seperti biasa bagai tiada apa. Nak mengadu, mengadulah pada sang pencipta, luahkan lah pada yang anda percaya. Orang menzahirkan rasa simpati disudut bibir namun bukan pada hati. Mungkin ada yang sedang bertepuk tangan dengan kesedihan anda. Jadi beringatlah...

2. Jangan sesekali cuba untuk menghubungi si dia kembali

Lupakan! Mungkin agak perit untuk membiasakan diri bahawa tiada lagi orang yang akan menanya khabar anda di setiap hari namun mengertilah bahawa tahap menjaga keegooan kadang itu perlu. Apatah lagi jika si dia sudah mempunyai kekasih yang baru. Jelas anda tidak diperlukan dan kehegehan anda cuma akan membuat sidia tertwa saiton dan anda menangis semalaman. Ayuh! Lupakan saja.

3. Merubah perwatakan dan fizikal yag sedia ada.

Mengubah kearah yang lebih menarik itu harus tapi mengubah perwatakan yang anda miliki sebelum ini kepada seseorang yang agak sangat pelik dengan orang sekeliling mungkin harus dielakkan. Contoh jika sebelum ini anda seorang yang jarang berhias, tapi sejak kejadian putus cinta anda bermekap bak opera cina dan berpakaian bak britney spears. Usahlah membuang masa kearah itu semua, cinta itu dihargai melalui kesetiaan bukan dari segi kecantikkan.


4. Menghina pasangan baru yang dia miliki

Memang perit untuk diakui, memang sakit untuk mengingatkan diri bahawa sidia sudah beroleh pilihan lain tapi harus diingat jangan anda sesekali menghina pasangan baru yang sidia perolehi. Bergeraklah. Mungkin pasangan barunya itu tidak tahu kewujudan anda dalam hidup sidia sebelumnya. anda boleh membezakan tapi jangan sampai terjerumus ke dalam lembah menghina. Manusia itu punya anugerah yang berbeza. Tapislah diri sendiri mungkin sidia meninggalkan anda atas dasar kesalahan anda sendiri. Jangan menghukum terlalu cepat. Seeloknya berdiam diri dan berfikir secara rasional.


5. Serta merta bertukar pasangan baru

Bila hati terluka manusia memang memerlukan penghibur yang baru. Tapi harus diingat, penghibur dan cinta itu tidak sama. Usahlah anda mempermainkan perasaan orang lain saat anda terluka. Orang lain juga punya perasaan. Jangan kerana si dia telah lama menaruh hati anda terburu-buru dalam membuat keputusan. Mengambil kesempatan diatas taruhan hati yang diberikan. Bercinta perlukan ruang dan masa. Andai anda terlalu kekosongan, isilah kesedihan anda dengan kesibukan akhirat.