PRUDENTIAL INSURANS

Friday, September 18, 2015

Cara TANGANI persepsi buruk orang dalam PERNIAGAAN, jangan MENGELABAH!!








Aku lulusan dalam bidang perniagaan. Banyak yang aku belajar yang aku boleh praktikkan dalam penjualan insurans. Just satu jek prinsip aku pegang, bila benda tu tak berapa baik dan membawa pada keburukan seseorang, aku akan ambil inisiatif lain daripada menyebarkan. Meaning that, aku kaji betul-betul sebelum buat keputusan yang menyakitkan orang lain. Dalam satu subjek pengurusan tu aku belajar macam mana nak selesaikan masalah yang melanda syarikat-syarikat besar. Antara syarikat yang pernah ada dalam reputasi kajian aku adalah :


  1. Isu sosej ramli ada DNA Babi
  2. Isu Cadbury ada DNA Babi
  3. Isu Ajinomoto pun ada DNA Babi
  4. Isu syarikat ANCHOR ( susu) ada melamin yang membahayakan kesihatan manusia

Seperti yang kita tahu, semua ni perlukan ilmu untuk diselesaikan. Ambil contoh RAMLY, diorang tak mengelabah masa orang kesan sosej yang diorang keluarkan ada DNA Babi. Diorang kaji balik cara pemprosesan, pembungkusan dan pengagihan. Kaji satu-satu dari mana datangnya masalah DNA tu. Selidik punya selidik rupanya DNA tu wujud masa peruncitan. Sosej ni disimpan didalam peti yang terkandung DAGING tersebut. Jadi jangan gelabah, kat sini kita nampak yang pemprosesan diorang sendiri tak bercampur dengan DNA tersebut cuma cara simpanan oleh kedai runcitan yang memberi masalah. Kita siapa untuk melarang bangsa lain dalam menyimpan makanan untuk dijual. Dan sebagai pengguna jadilah bijak. Kalau kedai tu bukan beragama ISLAM janganlah beli daging yang tersimpan dalam peti ais diorang. Cari inisiatif lain. Bila bab daging atau sejuk beku cari kedai penjualnya beragama islam. Melainkan yang kita yakin si penjual tak pernah menyimpan daging-daging lain dalam peti sejuk mereka.


Isu ajinomoto pun sama. Aritu ada syarikat ajinomoto datang untuk bagi ceramah pasal pemprosesan produk diorang. Jelas kebersihannya dan tak ada keraguan. Ajinomoto adalah proses rasa UMAMI yang diambil dari ubi kayu. Tidak lama selepas tu ada kawan yang share dekat FB pasal haramnya AJINMOTO sebab terkandung DNA BABI. Aku tak tahu apa yang diorang baca tapi aku cuba terangkan yang ajinomoto tiada langsung kandungan tersebut. dan bila aku tengok, aritikel yang kawan aku sebarkan adalah artikel 10 tahun lalu. Korang nampak? Jadi ingatlah nak sebarkan selidik dulu., Masa bagi talk, orang atasan dia sendiri berucap yang dia beragama islam dan telah bekerja dengan syarikat AJINOMOTO lebih 14 tahun. dia ceritakan pada kitorang yang makcik-makcik kat kampung dia seakan mencemuh dengan pekrjaan yang dia lakukan. Umpama kerja dia haram sebab berkaitan dengan benda haram. Tapi dia ambil langkah tenang dan bagi penjelasan. Katanya kepada mereka " Makcik saya kerja dengan syarikat ni lebih kurang 14 tahun, takkanlah saya nak bagi anak isteri saya makan dari rezeki yang haram". Sebab dia tahu yang ajinomoto langsung tak terkandung benda haram jadi dia kerja dekat situ bertahun lamanya. Dan syarikat ajinomoto ni ambil inisiatif untuk bagi talk ke universiti supaya pelajar-pelajar dapat menyedarkan orang ramai tentang isi kandungan produk mereka.



Jadi lepas yang aku cerita ni korang rasa apa patut korang rasa? Hurm takpelah korang pikir lah ya mana baik mana buruk. Aku ada nak selesaikan satu kes ni.

Sebenarnya aku kagum dengan pakcik ajinomoto tu, walaupun diawal kerja compny dia ada isu besar, dia tetap jitu dengan kerja dia. Malahan tak putus asa memberi kesedaran pada orang ramai.





No comments:

Post a Comment