PRUDENTIAL INSURANS

KEBUN

Kebun Abah

Hobi abah menanam. Apa yang aku lihat abah suka tanam buah-buahan yang dia minat dan mendatangkan hasil.Sebenarnya ada banyak benda yang aku kagum dengan abah aku sendiri tapi satu yang patut buat iktibar abah tak pernah putus asa tanam pokok. Bila anak pokok yang dia tanam tak menjadi (samaada diserang penyakit atau haiwan perosak) dia tetap akan tanam lagi. Pokok mangga abah tanam selalu tak menjadi.Pokok hidup tapi hasil tetap tak nampak. Orang kata tangan abah panas sebab dah tanam durian jadi tak boleh nak tanam pokok lain.Tapi abah peduli apa, itu mitos dari orang.Sedikit pun semangat dia tak kurang nak tanam pokok mangga.Sampailah satu tahap, pokok mangga yang dia tanam menjadi dan menghasilkan buah.Lebih kurang 12 tahun jugak aku tengok itulah satu satunya pokok mangga yang abah tanam menjadi dan berbuah. Abah tanam kat Kota tinggi ( rumah lama kitorang dulu) tapi tanah wakaf. Yang sedihnya masa dia dah mula berbuah tulah kitorang pindah Muar sebab abah dah pencen nak duduk kampung.Abah ni orangnya berpandangan jauh sebab persediaan yang dia buat sebelum kitorang pindah tu banyak ( terutama dalam penanaman pokok).Dia takut anak-anak dia tak dapat makan buah-buah di kebun Kota Tinggi, maka dia akan tanam di Muar. Rupa-rupanya banyak pokok yang abah dah tanam dekat Muar sebelum kitorang pindah. Gambar-gambar dekat bawah merupakan tanaman-tanaman yang abah tanam, abah jaga dan hasilnya anak-anak dapat rasa.



Durian 101 ni warna dia cantik, manis, pekat.



Jambu manis



cili padi



cempedak



longan pingpong



Pulasan



Betik



Buah Nona


Rambutan Anak Sekolah