PRUDENTIAL INSURANS

Thursday, March 5, 2015

Cara menangani isu dan pergolakan dalam HUBUNGAN CINTA!





1. Bersabar

Jadikan diri peribadi yang cepat bersabar dan bukan cepat marah. Setiap tindakan yang berlaku diluar kesedaran akan menimbulkan beribu penyesalan dikemudian hari.

Didalam sebuah perkahwinan :

Jika si suami seorang yang kurang sabar, maka dia akan mudah melafazkan cerai.

Jika si isteri seorang yang kurang sabar, maka dia mudah meminta cerai.


2. Memperbaiki kesalahan diri

Jangan terlalu menyalahkan sebelah pihak. Dalam hubungan cinta, apa yang perlu anda fikirkan adalah kedua dua pihak. Di dalam pergaduhan tidak kira hubungan cinta, kerja atau persahabatan, jika anda adalah pihak ketiga. dengarkan penjelasan kedua belah pihak sebelum membuat kesimpulan. Selam sedalamnya apa yang anda telah lakukan, fikirkan kembali apakah betul tindakan anda sebelum ini.

Jika si dia pergi dari hidup anda dan mencari orang lain,

Mungkin ada sifat dan kesalahan yang anda lakukan membuatkan dia mencari pegganti,

Sebagai contoh :

Anda seorang yang selalu mengabaikan sesuatu yang istimewa dalam hidup dia sedangkan dia selalu mengingati hari yang istimewa dalam hidup anda. Sesekali berikan tanggungjawab anda dalam menjaga hatinya. Meski selalu dia berkata '' okey'' mungkin jika selalu kesalahan yang sama diulang membuat si dia tawar hati.

Tukar corak pemikiran anda. Jika anda tidak mampu untuk mengubah diri anda, maka keretakan akan semakin jelas kelihatan.


3. Fikirkan dahulu, minta pendapat orang lain.

Abaikan sikap terburu-buru. Tenangkan fikiran. Jika anda rasa anda tidak mampu untuk berfikir keseorangan, minta pendapat sahabat terdekat.

bagi pihak ketiga yang memberikan pendapat,
meski itu sahabat anda, jika dia yang salah, jangan terlalu membelanya. Katakan sejujurnya jika benar itu kesalahannya kerana itu lebih baik.


4. Meminta Maaf

Majoriti masyarakat Malaysia rasa malu untuk meminta maaf secara berdepan apabila mereka mengetahui bahawa mereka benar benar salah. Kemaafan ini tidak akan sama seperti anda meminta maaf pada hari raya. Hati meronta meminta maaf tetapi kata kata tak dapat dilafazkan. Jika sesukar itu, cara yang mudah adalah dengan menulis surat buat si dia. Luahkan isi hati anda didalam surat kerana apa yang ada didalam hati akan lebih terlihat ikhlas apabila anda menulisnya. Tak salah meminta maaf untuk keberlangsungan pada hubungan yang sudah sedia terjalin.

Pemimpin termiskin dan sering merendah diri dari Uruguay





Contoh dan teladan yang baik daripada seorang pemimpin Uruguay iaitu Jose Mujica (79). Lahir pada 12 Mei 1935, gaya hidupnya tidak ubah seperti rakyat biasa dan sangat berminat dalam bidang pertanian. Masa lapangnya dihabiskan sebagai petani. Beliau mula menjadi perdana menteri Uruguay bermula 1 Mac 2010 sehingga 2015. Sebelum menjawat jawatan perdana menteri, beliau merupakan Menteri Penternakan, Pertanian dan Perikanan dari tahun 2005 sehingga 2008. 


Menjadi pemimpin dengan gaji USD 12 ribu bersamaaan RM40,000 lebih, pemimpin ini menghabiskan hampir 90% daripada gajinya untuk membantu rakyat nya yang memerlukan dan hidup dalam kemiskinan. Meski gajinya hanya tinggal 10 % untuk dirinya dan isteri, pemimpin itu berkata kepada media '' I do fine with the amount; I have to do fine because there are many Uruguayans who live with much less.''


Sejak menjawat jawatan ini, tempat tinggalnya di Montevideo. Rumahnya sangat sederhana dan hanya mempunyai satu bilik.


Hidup Mujica bersama isterinya iaitu Lucia Topolansky yang dikahwini sejak 2005 tetapi masih tidak dikurniakan cahaya mata. Disebabkan kehidupannya hanya berdua, jadi dia merasakan dia tidak memerlukan banyak wang untuk meneruskan kehidupan. Beliau hanya memiliki sebuah kereta Volkswagen Battle yang bernilai USD 1945.


 Meski hidupnya boleh dikatakan miskin berbanding pemimpin dunia yang lain, namun Mujica menolak menerima gelaran terbabit. Kerana katanya :


'' Saya dikatakan pemimpin miskin, tapi saya tidak merasakan bahawa saya miskin. Orang miskin bukanlah seseorang yang memiliki sedikit harta, tetapi orang miskin itu adalah mereka yang hanya bekerja untuk memenuhi gaya hidup yang mahal, dan selalu menginginkan lebih dan lebih'' , Jose Mujica Pemimpin Uruguay ( 2010-2015)




Semenjak melepaskan jawatan sebagai pemimpin Uruguay, beliau memilih untuk menghabiskan hidup di ladang miliknya dan membaca buku.