PRUDENTIAL INSURANS

Monday, February 22, 2016

UNCLE BOB DAH ADA RESTORAN DI AEON AU2 SETIAWANGSA

Sila menangis sekarang kalau korang tak tau yang Uncle Bob dah ada cafe. Selama ni korang pergi tapau uncle bob dekat stall kemudian nak makan balik rumah dah sejuk. Jangan nangis, jangan nangis. Uncle bob Setiawangsa sekarang dah tawarkan konsep seperti restoran fast food yang lain dimana korang dapat makan dekat situ dengan kemudahan tempat duduk yang disediakan. Menarik bukan?



Ni muka depan restoran terbabit, kalau nampak tulisan UNCLE BOB FRIED CHICKEN besar terpampang dekat AEON AU2 SETIAWANGSA betullah itu tempatnya.


Apa yang mereka sediakan? Antara menu menarik yang ada mestilah ayam  goreng gunting-gunting (Crispy Chicken), Popcorn Chicken, Hotdog Cheese, Chicken Nugget dan Wedges.

Hotdog Cheese dia memang sedap. Luar crispy dalam lembut. Sekali makan memang nak makan lagi.


SILA TERLIUR tengok gambar sebab yang menaip pun sedang terliur. 


Dia punya rangup pedas-pedas tu memang sedap dan tidak dapat dinafikan. Makan sambil terkenyit mata sebab sedap sangat.





Ini adalah tempat Uncle Bob Restoran yang pertama iaitu AEON AU2 Setiawangsa.




Kenapa kena makan UNCLE BOB? sebab ia ayam goreng pertama dalam Malaysia yang sedap tak terkata


Uncle Bob ni akan adakan pelancaran menu baru. Bawak bertenang, nak tahu menu apa kena tunggu pengumuman seterusnya.



Uncle Bob Fried Chicken Instagram link : UBFC_Bizventure


Uncle Bob Fried Chicken Facebook link : UBFC-Setiawangsa

Friday, January 29, 2016

Happy 1 Year Anniversary My Blog



Tarrraaaa! Tak sangka dah setahun aku menulis cerita-cerita karut dalam blog ni. Tak ku sangka, tak kuduga~~~lalala.

29 Januari 2015 adalah tarikh pertama aku menulis dengan penuh rasa sayang. Diam tak diam dah setahun rupanya. Hey harini dah 29 Januari 2016 rupanya.

Happy 1 Year Anniversary My Blog.

Love boombastik dari hati.







Wednesday, January 6, 2016

The Captain Steamboat & Grill Meru



Hey hey lama dah tak update blog ni. Fuhhhhh tiup sikit berhabuk nampak.,


Kegigihan mencari steamboat murah punya pasal. RM21.90 seorang Meru pun boleh sampai dari Serdang!



The Captain Steamboat Meru. Nak parking pun senang. Rare la kawasan dia




Kawasan yang sangat romantik.



 Masa ni lampu tak menyala, pekerja captain tengah gigih betulkan lampu.












Tudia udang besar gedabak-gedabak.



Kerang dibakar sangatlah sedap. yum yum yummy