PRUDENTIAL INSURANS

Wednesday, March 25, 2015

Maksud ayat peninggalan arwah ameen yang patut dibuat pedoman



Masih ingatkah anda mengenai dua orang sahabat yang sangat akrab.

Seorang berbangsa melayu dan seorang lagi berbangsa india.

Namun bukan itu persoalannya.


Apa yang aku cuba sampaikan adalah ketika aku,

Terkesan dengan satu penulisan dimana ianya berbunyi :

'' setiap manusia akan mati, penulis juga akan mati, namun yang tinggal hanya tulisan-tulisan yang memberi manfaat pada manusia hidup yang lain yang ditinggalkan dibumi''.


Jika terfikir kembali, sejarah cendikiawan-cendikiawan islam yang telah menulis sesuatu tentang ilmu juga telah pergi. Yang tinggal hanya tulisan tulisan ilmu mereka yang dapat memberi manfaat pada manusia sejagat. Termasuklah ilmu alam, ilmu sains, ilmu matematik dan segala ilmu di muka bumi ini.


Memetik daripada profil peninggalan arwah di twitternya :


Ingatlah. sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.







Diharapkan kata-kata yang ditaip dapat memberi kebaikan kepada manusia supaya beringat bersabar itu separuh daripada iman dan dunia hanya sementara.




Muka diseterika ibu tiri




Berita Luar Negara








Indonesia, seorang ibu tiri telah tergamak menyetrika anak tirinya di bahagian muka dan memijak kepala mangsa.


Peristiwa ini berlaku pada 22 Mac 2015 dikediaman mereka, Jakarta Timur. Menurut tertuduh ianya bertindak sedemikian kerana mangsa seorang yang tidak dengar kata. Mangsa tidak mengenal waktu bermain, malas belajar dan suka membuang air besar di seluar dalamnya.



Kerana tidak tahan dengan kerenah anak tirinya itu, tertuduh telah bertindak memarahi mangsa terlebih dahulu sehingga membuat mangsa menangis tanpa henti. Akibat terlalu kerap menangis setelah dimarahi, tertuduh bertindak kejam dengan melekatkan seterika panas di pipi kiri mangsa.



Tidak cukup dengan itu, tertuduh bertindak menendang bahagian belakang kepala mangsa, mencubit dan memijak tangan kanan mangsa sehingga mengalami luka di jarinya.


Kejadian ini telah dilaporkan oleh suami tertuduh merangkap kepada bapa kandung mangsa. Mereka telah menikah pada tahun 2013. Tertuduh telah dikenakan hukuman dibawah akta Pasal 80 uu ri No 23 tahun 2012 dimana termaktub mengenai perlindungan anak yang boleh dikenakan penjara selama 5 tahun atau denda Rp 100.000.000. Beliau juga dikenakan hukuman dibawah akta lain tentang penghapusan kekerasan dalam rumah tangga yang mana boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda Rp 30.000.000.