PRUDENTIAL INSURANS

Friday, February 6, 2015

Deretan Gerai Makanan Bersebelahan UNITEN. Jom Singgah!

Masa untuk makan kawan-kawan. Tempat ni berdekatan dengan UNITEN dan UPM. Majoriti orang yang pergi sini adalah mereka-mereka yang bekerja sekitar UPM, UNITEN, dan Putrajaya.Waktu operasi untuk makanan tengahari seawal jam 12.00 tengahari sehingga 5.00 petang .Terdapat lebih 20 kedai berderet menyusuri tebing jalan raya ini.

Nasi tomato dengan nasi Beriyani berharga RM6.00 satu




Nasi berlauk pun ada



Nasi kerabu macam ni banyak RM3.00



Cekodok ikan bilis ada.udang ada.bawang ada.semua ada!


Murtabak rm6.00 dengan nasi kukus ayam dara pun rm6.00



Orang johor yang nak makan kacang pool JB boleh pergi sini


Kuih dessert kek semua ada.Tinggal pilih bayar makan.Mashmallow coklat pun ade.hewhew!



Nasi bubur dekat sini sedap sangat


nak kuih boleh beli kuih


Kalau nak yang rasa utara boleh makan rojak dengan cendol ni


Karipap besar satu RM0.50



Cucur pisang, bayam goreng, cucur udang semua ada.

Bercuti di Pulau Tioman dengan bajet serendah RM300 seorang 3Hari 2 Malam




Pulau Tioman antara destinasi pulau yang menarik dengan air pulau yang jernih.

Siapa kata kalau nak melancong tempat seronok kena beli tiket luar negara. Kena tukar mata wang asing.Eish tak perlu kot. Pulau-pulau dekat Malaysia pun dah cukup cantik.Pakai duit Malaysia sahaja. Perjalanan bermula seawal 6.30 pagi kerana mengambil masa lebih kurang 5 jam dari UPM ke Jeti Kuala Mersing. Sampai-sampai dah dekat pukul 1.00 petang. Perkara pertama perlu dibuat adalah mendaftarkan diri dikaunter dan kemudian membeli tiket feri ke pulau. Harga tiket dalam lingkungan RM6.00 dan cas jagaan terumbu karang ( RM6.00) . Naik feri kena ikut turn '' lagak siapa beli dulu, dia naik dulu''. Tiket kitorang masa tu dalam pukul 3.00 petang.

Sila daftarkan diri anda disini kerana jika terjadi keberangkalian yang tidak diingini senang untuk pihak sana berurusan.


Say cheese. Dah nak naik feri dah




Dalam pulau Tioman ni terdapat banyak kampung-kampung. Bayangkan kau duduk satu daerah, let said '' Muar'' dan dihiasi dengan deretan parit-parit.Macam tu jugak la Tioman ni



View untuk dinikmati ketika menaiki feri. Nak feel kena duduk luar jangan duduk dekat dalam feri.




hewhew!


Feri pun bergerak menyusur air laut yang ada









Belanja lagi satu gambar cantik




Detik menunggu kunci chalet

Ini harga cas untuk aktiviti dekat sini. Lagi banyak kampung yang kau nak pergi lagi mahal harga nya.Tempat-tempat ni kau boleh snorkeling sepuas hati.Lepas satu tempat dia akan bawak ke satu tempat yang lain.




Ini kawasan penginapan kitorang dari sudut belakang. Bayangkan bila matahari terbit. Fuhhh lawa sangat!



Perkara pertama, tukar baju dan ayuh mandi pantai dipetang hari



View ketika matahari terbenam




Keesokan harinya, pasangkan life jacket anda kerana kita akan bergerak sebentar sahaja lagi.Selain untuk keselamatan, life ni nak bagi korang kesenangan terapung masa pandang-pandang nemo dalam laut nanti.



Ini nama tempat-tempat yang diorang akan bawak.Kitorang amik yang pergi 4 tempat.Setelah dirunding oleh pakar-pakar runding, makcik tu bersetuju bagi RM50 sekepala siap dengan life jacket ngn google. Hewhew!




Masa kitorang pergi untuk hari yang ke 2 , Malaysia dilanda jerebu jadi kelam-kelam la sikit pantai ni.Tapi takpe, tetap syok



Bersedia! yehhh goooo!!!!



Malam tu kitorang makan kat sini.Murah harga sama macam kedai biasa.





Esoknya kitorang balik, Fuh puasss sangat...
Bye ikan ikan, kitorang balik dulu. Tunggu feri datang amik terus naik. Percutian yang cukup menarik!