PRUDENTIAL INSURANS

Wednesday, July 8, 2015

Set kecantikkan kulit shaklee terbukti berkesan!





Nah tengok sendiri keberkesanan gabungan mantap ini dalam membantu kulit wajah. Gambar sebelum mengunakan produk shaklee. Kulit kusam tak bermaya !




Ini selepas. Lawa budaknya.hehe



Kulit jika tidak dijaga dengan betul maka akan kusam dari hari kehari.
Tidur yang cukup, air yang banyak, makanan yang seimbang dan penjagaan yang khusus membantu meremajakan kulit muka kita.

menjaga kulit muka supaya tampak berseri setiap hari bukanlah sesuatu hal yang mudah jika kita malas berusaha. Ditambah dengan kehidupan yang sibuk dengankerja, tanggungjawab dirumah, dan juga bebanan dipejabat menambahkan lagi kehilangan keremajaan kulit. Justeru penjagaan rapi yang mudah dan senang harus ditekankan supaya kulit kekal remaja tidak dimamah usia.


Shaklee memberikan kelengkapan set penjagaan kulit yang ringkas dan paling penting pada harga yang boleh dimiliki.

Gabungan mantap !!

Vita- C, Vita - E & B-Complex 


Peranan Vitamin E untuk kecantikan kulit :

  • Memelihara keremajaan dan memberikan kesegaran pada kulit
  • Melindungi kulit dari sinar UV
  • Memberikan kelembapan yang berpanjangan
  • Menyahkan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit

Peranan Vitamin C untuk kecantikan kulit :
  • Antioksida yang melindungi kulit dari pencemaran udara
  • Meransang pembentukkan kolagen untuk menjaga kekenyalan dan keanjalan kulit
  • Mencerah serta menghaluskan kulit
  • Mengelakkan pigmentasi

Peranan Vitamin B Complex untuk kecantikan kulit :
  • Berfungsi sebagai pelembab
  • Mengelakkan pigmentasi pada wajah
  • Melewatkan tanda penuaan
  • Merawat kulit berjerawat

Gabungan ketiga-tiga vitamin ini boleh menghasilkan :

  • Kurangnya kedutan dan garis halus pada wajah
  • Melambatkan penuaan
  • Kulit lebih sihat dan anjal
  • Mencerah dan menyekatakan kulit wajah
  • Menghalang sinaran UV menembusi kulit
  • Memudarkan parut jerawat
  • Wajah tidak kusam dan lebih berseri
  • Kulit wajah kemerahan dan cerah


Gabungan mantap mengusik jiwa!

Sebarang pertanyaan : 

Whatsapp : 0127430533 ( hanumghafar)





Tuesday, July 7, 2015

Musim Buah di Muar telah tiba

Tahun lepas musim buah di Johor antara Mei hingga Jun.
Tahun ni antara Jun hingga sekarang ( Ogos habis mungkin)

Mana mungkin selimut tetangga!

Musim buah tahun ni jatuh tanggal ramadhan.

Namun itu bukan penghalang tuk merasai nikmat buah durian yang kuning seperti dibawah ini.hehe.




Okey yang ni bukan durian Muar. Ni durian dekat kota abang bawak balik Muar maka dapatlah merasa sikit. 



Kucing tidur adalah durian yang selalu direbutkan adik beradik. 





Yang ini baru durian dekat Muar dari pokok arwah tuk hussin tanam. Bila dah takda orang dekat rumah abah akan kutip masuk bakul pastu jual dekat pemborong. eloklah begitu daripada membazir ye dak.




Rambutan laici. Abah kata tak masak lagi.



Sebab nampak cam masak so aku petik jek masa abah dalam rumah :P
diam diam masuk dalam beg.



Buah kesukaan semua orang dalam rumah bila buat jus. Rasa dia pekat macam pati nak nak kalau akak yang buat. Air batu secoit jek dia letak tapi memang show. Durian ni mencegah daripada penyakit kanser insha allah.



Kalau taknak buat jus boleh potong potong dan makan macam ni masa dia keras. Sedap rangup masam manis semua ada. Kalau dah lembik elok buat jus letak gula sikit ice sikit.




Longan ping pon in the housee



Manggis pokok baru ...hehe

p/s : buat adik beradik ku di Kota Tinggi, jangan habiskan buah dekat kebun Kota . sobsob T____T





Longan Ping Pong Muar


Aku suka pokok!


Ni buah yang telah siap dibungkus. Leceh kalau pakai tali jadi abah pakai sepit baju jek. Dah petik buah boleh pakai guna balik. Semua buah boleh sepit pakai penyepit baju ya.




Teringat dekat buah longan ni.

Gara-gara terpengaruh dekat satu kedai jual anak pokok maka aku beli pokoknya 5 tahun dulu. Sejarah sangat. Masa tu keje dekat situ pakcik kedai tu akan siram pokok dia setiap hari sebelum ada orang nak beli.Disiram hari hari sampailah pokok tu berbunga dan berbuah. Sebelum berbuah orang tak percaya dia cakap pokok ni akan keluarkan buah longan sebesar biji pingpong. What?

Nak dijadikan cerita aku pun tak percaya jugak sebenarnya sampailah pokok ni berbuah dan aku nampak memang besar buahnya. Terus aku kata " pakcik saya cop pokok ni tau". Jangan jual dekat orang lain. Aku cop jek sebab masa tu takda gaji. Cukup hari gaji aku bayar terus bawak balik.hehe

Kemudian aku merayu rayu kat abah tanya nak tanam dekat mana. Abah cakap betul2 belakang rumah. Aku protes sebab pokok ni kat belakang. hehe. Abah kata senang nak jirus. Kemudian abah buatkan lubang dan aku pun bukak polibeg dan tanam.


Sampailah harini bila balik kampung abah letak nama pokok kiah tanam. hehe. *kita suka kita suka*

Bila duk depan tv abah akan senaraikan segala jenis pokok yang adik beradik aku tanam. 

Time musim buah, abah akan sampul dengan beg bawang ni supaya kelawar tak datang. sebelum ni abah letak jaring macam kat padang golf tu maka akan tersekat la kelawar buah disitu *menjerit jerit depa seram*

Sekarang dah boleh merasa buah longan ni . Manis gilos, buah dia besar pulak tu. Sape nak anak pokok nanti i jual pokok tut eh. Kalau i rajin lah berdasarkan permintaan.

Berbakti pada tanah hasilnya bersama dapat rasa. Syukur!


Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat buahnya serta bunganya. 






Buah ni lebih besar daripada mata orang sebenarnya. sebab tu nama nya longan pingpong.