PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, July 7, 2015

Longan Ping Pong Muar


Aku suka pokok!


Ni buah yang telah siap dibungkus. Leceh kalau pakai tali jadi abah pakai sepit baju jek. Dah petik buah boleh pakai guna balik. Semua buah boleh sepit pakai penyepit baju ya.




Teringat dekat buah longan ni.

Gara-gara terpengaruh dekat satu kedai jual anak pokok maka aku beli pokoknya 5 tahun dulu. Sejarah sangat. Masa tu keje dekat situ pakcik kedai tu akan siram pokok dia setiap hari sebelum ada orang nak beli.Disiram hari hari sampailah pokok tu berbunga dan berbuah. Sebelum berbuah orang tak percaya dia cakap pokok ni akan keluarkan buah longan sebesar biji pingpong. What?

Nak dijadikan cerita aku pun tak percaya jugak sebenarnya sampailah pokok ni berbuah dan aku nampak memang besar buahnya. Terus aku kata " pakcik saya cop pokok ni tau". Jangan jual dekat orang lain. Aku cop jek sebab masa tu takda gaji. Cukup hari gaji aku bayar terus bawak balik.hehe

Kemudian aku merayu rayu kat abah tanya nak tanam dekat mana. Abah cakap betul2 belakang rumah. Aku protes sebab pokok ni kat belakang. hehe. Abah kata senang nak jirus. Kemudian abah buatkan lubang dan aku pun bukak polibeg dan tanam.


Sampailah harini bila balik kampung abah letak nama pokok kiah tanam. hehe. *kita suka kita suka*

Bila duk depan tv abah akan senaraikan segala jenis pokok yang adik beradik aku tanam. 

Time musim buah, abah akan sampul dengan beg bawang ni supaya kelawar tak datang. sebelum ni abah letak jaring macam kat padang golf tu maka akan tersekat la kelawar buah disitu *menjerit jerit depa seram*

Sekarang dah boleh merasa buah longan ni . Manis gilos, buah dia besar pulak tu. Sape nak anak pokok nanti i jual pokok tut eh. Kalau i rajin lah berdasarkan permintaan.

Berbakti pada tanah hasilnya bersama dapat rasa. Syukur!


Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat buahnya serta bunganya. 






Buah ni lebih besar daripada mata orang sebenarnya. sebab tu nama nya longan pingpong.