PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, March 24, 2015

Kisah sedih seorang isteri dicurangi ketika mengandung anak pertama



Kisah ini dipetik dari page facebook untuk dijadikan tauladan. Semoga kisah ini memberi sejuta manfaat dan kebaikan kepada para pembaca semua. Ini adalah perkongsian dari seorang wanita dan ianya adalah kisah benar.



Dia isteri yang cantik, muda lagi.. NAMUN begitu berat ujian menimpa dirinya , tentang suaminya.. BUKAN buka aib sendiri, sebab baginya, tindakan yang dia ambil perlu untuk semua isteri contohi. AMBIL SEBAGAI PENGAJARAN! Ini kisahnya …Assalamualaikum..tlg hide nama sy.sy hanya ingin meluah dan berkongsi. sy ingin isteri2 diluar sana beringat. dan amik pengajaran..




DIA LUPA, ALLAH ITU ADA.



Sy Dan suami Kenal dr zaman persekolahan lg. kami bercinta hampir 8 tahun. Kemudian kami bernikah.Siapa yg x bahagiakan jika jodoh kekal hingga ke jinjang pelamin.Dikurniakan rezeki awal,sy bunting pelamin..makin bertambahlah seri bahagia kami. Pd usia kandungan 5bln,Allah turunkan dugaan. Sy menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan.suami menemani sy selepas pembedahan. Semasa cuti sakit,sy sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami sy. Cepat marah,kurang sabar,ambil x endah tentang saya.suami sy seorg yg baik sebenarnya.solat x tinggal..imamkan sy,beri tazkirah selepas solat, alhamdulillah..tp dia lupa,Allah itu ada..x disangka2,Allah tunjuk petanda. 



Di FB suami ,ada wanita yg tidak saya kenali.sy stalk FB wanita tersebut.terkejutnya sy,status nya semua mengenai rindu dendam pada suami sy.hati isteri mana yg x hancur luluh. Suami menafikan semua dan kata ada org ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami.dia kata mungkin salah seorg bekas kekasihnya..sbg isteri,sy percaya kata2nya..tp dia lupa,Allah itu ada..Ketika itu kndungan saya 7bulan. lebih mengharukan suami sy sampai bersumpah itu ini..



Dan secara tiba2 dia kembali romantik.tp dia lupa,Allah itu ada.. 1malam,sy terbuka hati untuk check hp suami. Inbox-clear. Sent item-clear. Draft – ……1 msg untuk seseorang..yg membuktikan mereka ada hubungan..lg sekali,hancur luluh hati sy..saat itu jugak sy tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat.sy paksa dia mengaku..pd mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya.dan pernah keluar bersama.ya Allah..terduduk sy semasa mendengar pengakuan. Menangis,mengongoi…macam org gila.ya,macam org gila..tp dia lupa,Allah itu ada. 



Dia ingat sy keluar untuk pergi kerja pd malam itu.tp tidak.sy terus ke rumah rakan.tanpa ditahan hati sy meluah segalanya..sy rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua.dan kami kembali ke rumah sy utk ambil pakaian.sampai disana,kereta suami tiada.tahulah sy dia keluar berjumpa perempuan tersebut.malam itu juga sy bilik ke rumah mertua.sy cerita kn semuanya.(suami belum pulang ketika itu tp tahu sy di rumah mertua). 

Suami call sy dan ckp dia jumpa perempuan tu sebab nk settlekan hal mereka.sy dah x ambil pusing.mertua pula pujuk sy supaya x cerita pd ibu bapa sy. Sy akur..


Suami pulang pd hampir jam 11mlm.sy dan rakan tunggu di dalam kereta.suami sampai ke terus masuk kereta sy dan terangkan bhw perempuan tu yg gilakan dia.dia mengaku berkawan dan perempuan tu,keluar karaoke,dan mula mengaku bahawa perempuan tu bin lah bekas kekasihnya.tp janda anak 4!ya Allah,kami br saja 25thn!! Dan katanya,hubungan mereka hanya sekadar kwn. Katanya,dia cuba tinggalkan perempuan tu,tp x boleh sbb perempuan tu akan ugut dia utk beritahu sy rahsia mereka.



Bila sy tanya knp x terus terang,dia bagi alasan sebab takut sy marah..ya Allah,macamla sy x marah ketika ini..sy x puas ati,sy suruh dia bersumpah smbil pegang perut sy atas nama anak.suami pd mulanya x setuju.tp tetap buat dalam keadaan terpaksa.kemudian,kami pulang dan sy mendiamkan diri..sy masih terasa ada sesuatu yg suami sembunyikan..betul,suami sy lupa..Allah itu ada..Pd subuh hari,sy kejut suami.sy tanya elok2..sy suruh dia terus terang dan ceritakan segala2nya pd sy supaya perempuan itu x tambah cerita,x buat fitnah,x ugut dia lg. Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. 



Bila ditanya berapa kali,sudah 3x..Allah….berat sungguh dugaanMu..bayangkanlah,sy sedang mengandungkn anaknya 7bulan!!Ketika itu,sy diam.setitik air mata pon tiada..sy pandang kosong suami sy.sy rasa cinta sy yg 8thn itu telah terkubur.sy diam sejenak.suami pula menanti jawapan.dia menangis.sy biarkan..baru menyesal mungkin? Sy peluk suami sy,sy bisik di telinganya..’abg bertaubatlah,solat taubat byk2.sy maafkan abg..dan sy tiada dendam dalam hati’ suami pandang sy sambil menangis teresak2 dan bertanya adakah sy masih terima dia lg.dan sy hanya mengangguk.



Dia menangis sambil memeluk sy,cium sy..sy terus bin dan berwuduk.ketika solat lah br air mata sy jatuh..pd Allah sy mengadu betapa hancur berkecainya hati sy ketika mendengar pengakuan itu..hati sy x tenang.sy baca surah ar rahman. Tersedu2,sebak yg xtahu nk dicakapkan. 



Suami yg melihat turut menangis.dia x sanggup tgk keadaan sy..dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta utk bercakap dan sy.sy x mampu utk berkata2 ketika itu.sy hanya menangis dan menangis..suami cerita,dia x tahu knp dia boleh berubah sebegitu sekali.sy tanya apa yg kurang pd sy,dia kata tiada apa yg kurang.sy ada rupa,1000x cantik pd janda tersebut.sy solat,sy taat pd suami.sy bekerja,sy dah bg dia anak..sy tutup aurat.ape lg??suami kata dia macam lupa diri..dia xtahu knp dia bodoh macam tu.dia menyesal dan ingin lari di perempuan itu tp perempuan itu ugut utk beritahu dosa mereka pd sy..sebab tu dia terpaksa stay berhubung utk tutup mulut perempuan tersebut.



Mmg,sakitnya ya Allahhh…. Dia saja yg tahu. Sy hanya bertahan utk sekejap.kemudian sy x boleh lupa dan mula rasa ingin mrh.sy minta cerai pd suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.tp suami x nk.dia kata mati hidup balik pun dia tetap x kan ceraikan sy. Pd saat itu sy kerap menangis..tambahan pula perempuan tu mengamuk2 pd suami dan sy..habis dia cerita semua yg sy x tahu..yg amat menyakitkan. 



Perempuan tu hantar msg pd sy dan menyuruh suami sy hubungi dia.(suami dah patahkan simcard). Sy bls msg ya dan nyatakan tiada apa yg belum selesai.sy dan suami sy baik2 saja. Pastu,dia bls dan kata tahniah kpd saya krn bersuamikan ya.perempuan tu kata lg,pastikan suami sy x cari dia seperti mana suami sy mencari dia ketika sy melakukan operation dulu..Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit,suamiku curang…sedih dan pilu hati ni xtah nk khabarkan macam mana..Tp Allah nk ada..siapa la yg x marah..memang sy mrh.tp sy belajar utk memaafkan dan melupakan..sy minta suami utk menghargai pengorbanan sy.sy minta utk dia x lupa Allah tu ada..mcm2 suami tipu,tp Allah bantu sy beri petunjuk..



Alhamdulillah,kami kekal sampai sekarang..anak sy pn telah selamat lahir..kami cuba utk lupakan segalanya.kami buka buku baru..suami pun dah berubah.sebab dia tahu,tiada lg peluang jika sejarah berulang.jika berulang lg,sememangnya tiada maaf bagimu. sy ada gaji sendiri,sy ada rupa,sy ada anak dah dan sy ada Allah.apa ade hal?Mungkin ramai yg kata sy bodoh sbb sy bg peluang.tp bagi sy,lg bodoh jika sy meruntuhkan masjid sendiri..sy yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa sy diduga sebegitu rupa,mungkin isteri2 di luar sana akan ambil jalan cerai..mungkin,balas dendam..



Sabar sahabat2ku,Allah itu ada..kita kena percaya qada dan qadar. Kuat lah,bangkitlah,tunjuk pd dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia..yakinlah ALLAH ITU ADA~Allah.. Allah.. Allah..








kisah diambil dari mimie hadeena menurutnya dari page sebuah FACEBOOK

Kamu tahu? Persahabatan itu indah!



Yang depan bersinar-sinar tu makan shaklee. Kalau nak jadi macam dia g pm kat fb dy cepat! Rabiatul rashid nama nya



Kawan yang baik adalah,
Kawan yang sentiasa kongsi rahsia kecantikan bersama-sama.

Kawan yang baik adalah,
Kawan yang carikan jodoh yang baik buat kawan.

Kawan yang baik adalah,
Kawan yang sentiasa mengingati kawan lain waktu makan.

Kawan yang baik adalah,
Kawan yang mendoakan setiap kebaikan kawan kawannya.


Kawan yang baik adalah,
Kawan yang macam kawan-kawan aku .













Kata kata daripada rumah anak yatim yang patut dijadikan pengajaran!



Untung korang.
ada emak ada ayah.
tapi pernah tak korang terpikir anak-anak kecil yang takda ayah.?
takda emak? atau takda kedua-duanya sekali dalam dunia ni.
sedih bukan.
jadi hargai mereka sebelum terlewat.




















15 pantai menarik yang ada di Johor







1. Pantai Rambah ( Pontian)

Pantai ini adalah pantai yang menjadi tempat berkumpulnya burung-burung untuk mengalunkan kemerduan suara masing masing. Ia berdekatan dengan Pulau Pisang dan Kampung Perikanan Kukup.Untuk kesana hanya perlu ke Pontian Kechil dalam lingkungan 8km sudah sampai di pantainya.


2. Pantai Punggor (Batu Pahat)

Pantai ini dipenuhi dengan deretan pokok kelapa tetapi pantai ini tidak sesuai untuk bermandi manda. Bagi mereka yang ingin menikmati pemandangan pantai boleh singgah disini. Terdapat kedai-kedai yang menjual makanan Melayu disekitar nya. Daripada bandar Batu pahat hanya 24km untuk sampai ke sini dan dari Pontian Kechil mengambil jarak perjalanan sebanyak 42km


3. Pantai Minyak Beku(Batu Pahat)

Pantai yang berdepanan dengan Pualu Sialu. Batu dipantai ini tidak sesuai untuk berenang tetapi sesuai untuk menikmati keindahan pantai dan menenangkan fikiran. Pertandingan joran memancing juga sering diadakan disini. Perigi Batu pahat berdekatan dengan tempat ini. Mempunyai kedai makanan tempatan berhampiran dengannya. Boleh melihat perkampungan orang asli disekitarnya. Daripada bandar batu pahat memakan masa sebanyak 8km sahaja.


4. Pantai Penyabong (Mersing)

Pasir pantai ini sangat popular pada waktu lawatan dan hari minggu. Dapat melihat kehidupan masyarakat luar bandar. Terdapat beebrapa resort disini dan satu antara kemudahan resort tersebut ada yang menyediakan kolam renang untuk para pengunjung. Diwaktu hari minggu dan cuti umum akan terdapat kedai kedai makan disekitarnya.



5. Pantai Air Papan (Mersing)

Pantai ini bertentangan dengan Pulau Setindan . Ia menjadi kawasan yang popular dengan destinasi pelancongan untuk rakyat tempatan. Ia juga menjadi pusat tarikan aktiviti joran memancing. terdapat dua jenis gerai dimana ada yang menjual makanan dan ada yang menjual cenderamata. tempat letak kereta juga dikenakan bayaran dan terdapat aktiviti peralatan sukan air yang disewakan. Daripada bandar Mersing mengambil jarak sebanyak 14km.






6. Pantai Teluk Buih (Mersing)

Ia adalah pantai yang tidak berapa ramai pengunjung dan sesuai dengan mereka yang mengingkan percutian privasi untuk mereka yang berkahwin atau honeymoon. Terdapat satu resort dan restoren tempatan yang menyediakan makanan laut dan Thai. Juga dilengkapi dengan tandas dan bilik mandi dengan bayaran. Perkhidmatan sewa bot juga ada disediakan.Daripada bandar Mersing mengambil jarak 12.5km untuk sampai kesini.


7. Pantai Tenglu (Mersing)

Pantai yang menjadi tempat bersejarah dan popular dengan tradisi Melayu seperti tarian zapin tenglu yang aslinya datang daripada perkampungan nelayan disini. Pulau Setindan berdepan dengan pantai ini.


8. Pantai Tanjung Leman (Mersing)

Pantai yang memberi pemandangan kepada Pulau Tinggi dan Pulau Sibu. Pantai yang ditumbuhi dengan deretan pokok kelapa dengan pasir pantai yang jernih. Menjadi pusat tumpuan jurugambar yang menginginkan pemandangan yang cantik. Merupakan perhentian rehat bagi mereka yang ingin pergi ke jeti Tanjung Leman. Daripada bandar Kota Tinggi mengambil jarak selama 48km.


9. Pantai Teluk Mahkota ( Kota Tinggi)

Pantai ini juga lebih dikenali dengan pantai Jason (Jason Bay) dimana ianya terletak di Tanjung Sedili. Pusat berenang, aktiviti pantai dan sukan air yang sangat popular dikalangan penduduk setempat. Terdapat kedai mini yang menjual kraftangan dan cenderamata pantai. Pengunjung juga boleh belajar cara membuat kraftangan disini. Mengambil masa dengan jarak 6km dari bandar Tanjung Sedili. 



10. Pantai Teluk Endau ( Kota Tinggi)

Aktiviti pantai yang sesuai dilakukan adalah perkelahan bersama keluarga. Mengambil jarak sebanayk 49km daripada bandar Kota Tinggi. Akan melalui Teluk Mahkota .


11. Pantai Tanjung Balau ( Kota Tinggi)

Pantai yang mempunyai kemudahan parkir kereta, tempat makan, tandas , bilik mandi, surau dan chalet penginapan. Berdekatan dengan Musium Nelayan. Daripada bandar Kota Tinggi mengambil masa 47km.





12. Pantai Desaru ( Kota Tinggi)

Pantai antarabangsa ini juga merupakan antara pantai yang popular bagi penduduk tempatan mahupun luar negara. Terdapat beberapa resort penginapan bagi kemudahan pengunjung dan terdapat beberapa kemudahan lain seperti sukan pantai iatu jet ski, banana bot, luncur angin dan parasailing. Aktivit lain termasuk go kart, jungle trekking, telematch dan berbasikal. Terdapat juga sukan golf. Jarak antara bandar kota tinggi dengan pantai ini adalah 57km.

13. Pantai Batu Layar ( Kota Tinggi)

Pantai yang dipenuhi dengan batu dan mempunyai beberapa resort penginapan, bilik seminar, restoren makanan laut, tapak perkelahan dan tempat BBQ. Jarak daripada bandar kota tinggi adalah 47 km untuk sampai ke stesen Petronas dan 23km lagi sebelum sampai ke destinasi.


14. Pantai Teluk Punggai ( Kota Tinggi)

Pantai kecil dan berhampiran dengan perkampungan nelayan. Terdapat beberapa resort yang tersedia dan juga tapak perkemahan. Aktiviti yang sering dilakukan disini adalah mandi pantai, memancing dan perkemahan. Boleh melihat budaya kampung disini. Mengambil jarak 47km untuk sampai ke stesen Petronas berdekatan pantai dan perlu melalui lagi 24 km untuk berada betul betul dihadapan pantai.


15. Pantai Teluk Ramunia ( Kota Tinggi)

Terdapat beberapa perkampungan Melayu disini. Terdapat beberapa resort disediakan. Aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah perkelahan, memancing, sukan pantai dan sukan air. Daripada bandar Kota Tinggi mengambil jarak 47km ke stesen Petronas dan lebih 29km lagi untuk berada dihadapan pantai.



Sumber : Johor Tourism Development




Terkejut dalam akaun ada RM5 JUTA!

Berita Luar Negara, UNITED KINGDOM 

Seorang lelaki berusia 21 terkejut apabila mendapati akaun bank miliknya memiliki baki melebihi 1 juta pound (RM5 juta)!

Lelaki terbabit, Kieran McKeefery secara kebetulan ingin membeli sebuah kereta sehari sebelum wang itu muncul didalam akaunya. Disebabkan kejujuran yang dimiliki, dia telah menelefon pihak bank dan meminta mereka menyiasat mengenai keberadaan wang tersebut didalam akaunnya.

Setelah disiasat, pihak bank memberitahu bahawa wang tersebut dimasukkan oleh sebuah syarikat pelaburan dan syarikat tersebut sahaja yang boleh menarik balik wang terbabit

Syarikat terbabit mengambil wang tersebut 10 hari kemudian dengan memberikan Kieran faedah simpanan sebanyak 210 pound.