PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, March 24, 2015

Terkejut dalam akaun ada RM5 JUTA!

Berita Luar Negara, UNITED KINGDOM 

Seorang lelaki berusia 21 terkejut apabila mendapati akaun bank miliknya memiliki baki melebihi 1 juta pound (RM5 juta)!

Lelaki terbabit, Kieran McKeefery secara kebetulan ingin membeli sebuah kereta sehari sebelum wang itu muncul didalam akaunya. Disebabkan kejujuran yang dimiliki, dia telah menelefon pihak bank dan meminta mereka menyiasat mengenai keberadaan wang tersebut didalam akaunnya.

Setelah disiasat, pihak bank memberitahu bahawa wang tersebut dimasukkan oleh sebuah syarikat pelaburan dan syarikat tersebut sahaja yang boleh menarik balik wang terbabit

Syarikat terbabit mengambil wang tersebut 10 hari kemudian dengan memberikan Kieran faedah simpanan sebanyak 210 pound.