PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, March 24, 2015

15 pantai menarik yang ada di Johor







1. Pantai Rambah ( Pontian)

Pantai ini adalah pantai yang menjadi tempat berkumpulnya burung-burung untuk mengalunkan kemerduan suara masing masing. Ia berdekatan dengan Pulau Pisang dan Kampung Perikanan Kukup.Untuk kesana hanya perlu ke Pontian Kechil dalam lingkungan 8km sudah sampai di pantainya.


2. Pantai Punggor (Batu Pahat)

Pantai ini dipenuhi dengan deretan pokok kelapa tetapi pantai ini tidak sesuai untuk bermandi manda. Bagi mereka yang ingin menikmati pemandangan pantai boleh singgah disini. Terdapat kedai-kedai yang menjual makanan Melayu disekitar nya. Daripada bandar Batu pahat hanya 24km untuk sampai ke sini dan dari Pontian Kechil mengambil jarak perjalanan sebanyak 42km


3. Pantai Minyak Beku(Batu Pahat)

Pantai yang berdepanan dengan Pualu Sialu. Batu dipantai ini tidak sesuai untuk berenang tetapi sesuai untuk menikmati keindahan pantai dan menenangkan fikiran. Pertandingan joran memancing juga sering diadakan disini. Perigi Batu pahat berdekatan dengan tempat ini. Mempunyai kedai makanan tempatan berhampiran dengannya. Boleh melihat perkampungan orang asli disekitarnya. Daripada bandar batu pahat memakan masa sebanyak 8km sahaja.


4. Pantai Penyabong (Mersing)

Pasir pantai ini sangat popular pada waktu lawatan dan hari minggu. Dapat melihat kehidupan masyarakat luar bandar. Terdapat beebrapa resort disini dan satu antara kemudahan resort tersebut ada yang menyediakan kolam renang untuk para pengunjung. Diwaktu hari minggu dan cuti umum akan terdapat kedai kedai makan disekitarnya.



5. Pantai Air Papan (Mersing)

Pantai ini bertentangan dengan Pulau Setindan . Ia menjadi kawasan yang popular dengan destinasi pelancongan untuk rakyat tempatan. Ia juga menjadi pusat tarikan aktiviti joran memancing. terdapat dua jenis gerai dimana ada yang menjual makanan dan ada yang menjual cenderamata. tempat letak kereta juga dikenakan bayaran dan terdapat aktiviti peralatan sukan air yang disewakan. Daripada bandar Mersing mengambil jarak sebanyak 14km.






6. Pantai Teluk Buih (Mersing)

Ia adalah pantai yang tidak berapa ramai pengunjung dan sesuai dengan mereka yang mengingkan percutian privasi untuk mereka yang berkahwin atau honeymoon. Terdapat satu resort dan restoren tempatan yang menyediakan makanan laut dan Thai. Juga dilengkapi dengan tandas dan bilik mandi dengan bayaran. Perkhidmatan sewa bot juga ada disediakan.Daripada bandar Mersing mengambil jarak 12.5km untuk sampai kesini.


7. Pantai Tenglu (Mersing)

Pantai yang menjadi tempat bersejarah dan popular dengan tradisi Melayu seperti tarian zapin tenglu yang aslinya datang daripada perkampungan nelayan disini. Pulau Setindan berdepan dengan pantai ini.


8. Pantai Tanjung Leman (Mersing)

Pantai yang memberi pemandangan kepada Pulau Tinggi dan Pulau Sibu. Pantai yang ditumbuhi dengan deretan pokok kelapa dengan pasir pantai yang jernih. Menjadi pusat tumpuan jurugambar yang menginginkan pemandangan yang cantik. Merupakan perhentian rehat bagi mereka yang ingin pergi ke jeti Tanjung Leman. Daripada bandar Kota Tinggi mengambil jarak selama 48km.


9. Pantai Teluk Mahkota ( Kota Tinggi)

Pantai ini juga lebih dikenali dengan pantai Jason (Jason Bay) dimana ianya terletak di Tanjung Sedili. Pusat berenang, aktiviti pantai dan sukan air yang sangat popular dikalangan penduduk setempat. Terdapat kedai mini yang menjual kraftangan dan cenderamata pantai. Pengunjung juga boleh belajar cara membuat kraftangan disini. Mengambil masa dengan jarak 6km dari bandar Tanjung Sedili. 



10. Pantai Teluk Endau ( Kota Tinggi)

Aktiviti pantai yang sesuai dilakukan adalah perkelahan bersama keluarga. Mengambil jarak sebanayk 49km daripada bandar Kota Tinggi. Akan melalui Teluk Mahkota .


11. Pantai Tanjung Balau ( Kota Tinggi)

Pantai yang mempunyai kemudahan parkir kereta, tempat makan, tandas , bilik mandi, surau dan chalet penginapan. Berdekatan dengan Musium Nelayan. Daripada bandar Kota Tinggi mengambil masa 47km.





12. Pantai Desaru ( Kota Tinggi)

Pantai antarabangsa ini juga merupakan antara pantai yang popular bagi penduduk tempatan mahupun luar negara. Terdapat beberapa resort penginapan bagi kemudahan pengunjung dan terdapat beberapa kemudahan lain seperti sukan pantai iatu jet ski, banana bot, luncur angin dan parasailing. Aktivit lain termasuk go kart, jungle trekking, telematch dan berbasikal. Terdapat juga sukan golf. Jarak antara bandar kota tinggi dengan pantai ini adalah 57km.

13. Pantai Batu Layar ( Kota Tinggi)

Pantai yang dipenuhi dengan batu dan mempunyai beberapa resort penginapan, bilik seminar, restoren makanan laut, tapak perkelahan dan tempat BBQ. Jarak daripada bandar kota tinggi adalah 47 km untuk sampai ke stesen Petronas dan 23km lagi sebelum sampai ke destinasi.


14. Pantai Teluk Punggai ( Kota Tinggi)

Pantai kecil dan berhampiran dengan perkampungan nelayan. Terdapat beberapa resort yang tersedia dan juga tapak perkemahan. Aktiviti yang sering dilakukan disini adalah mandi pantai, memancing dan perkemahan. Boleh melihat budaya kampung disini. Mengambil jarak 47km untuk sampai ke stesen Petronas berdekatan pantai dan perlu melalui lagi 24 km untuk berada betul betul dihadapan pantai.


15. Pantai Teluk Ramunia ( Kota Tinggi)

Terdapat beberapa perkampungan Melayu disini. Terdapat beberapa resort disediakan. Aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah perkelahan, memancing, sukan pantai dan sukan air. Daripada bandar Kota Tinggi mengambil jarak 47km ke stesen Petronas dan lebih 29km lagi untuk berada dihadapan pantai.



Sumber : Johor Tourism Development




No comments:

Post a Comment