PRUDENTIAL INSURANS

Thursday, August 20, 2015

Petua kerepek pisang lemak dan sedap

Cara membuat kerepek pisang tanduk yang lemak berkrim petua dari mak.

  • Buang kulit pisang
  • Sagat pisang tersebut diatas minyak yang telah panas (minyak yang telah dicampur sedikit garam dan sesudu marjerin biasa) * orang bagitau mak antara butter, planta dan marjerin biasa . planta paling sedap. bagi aku? em em em..macam sama jek. perasaan rasa yang tak berseni langsung.haha. sebab dekat rumah takada planta jadi aku pakai jek marjerin biasa yang sepaket besar dapat harga murah tu. *gunakan apa yang ada ya tak usah bazir-bazir* kalau korang nak kompemkan bolehlah buat research sendiri eh. planta atau segala jenis adik beradiknya (marjerin/ butter) menolong meleraikan kerepek tersebut. kalau dah sagat kerepek melebihi daripada paras minyak melekat jugak. agak-agak la sagat hirisan supaya kerepek tak lemas dalam himpitan ya. huhu. gerakan sudip supaya setiap hirisan mengenai minyak sehingga ia garing
selepas garing angkat dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara supaya kerepek tidak lemau. pastikan semua kerepek telah garing sepenuhnya ya.


p/s : letak planta/ marjerin/ butter setiap kali nak mulakan sagat. maksudnya setiap kali masuk gorengan yang baru.huhu

ok dah sekian





Sorry gambar bagai dalam ilusi. Ambil gambar sambil mengoreng memang macam ni. kelam kabut sampai tangan pun kena minyak ah drama sangat!




No comments:

Post a Comment