PRUDENTIAL INSURANS

Thursday, August 20, 2015

Tips mengurangkan hitam bawah ketiak


Ketiak adalah salah satu bahagian tubuh yang diliputi kulit yang cukup nipis. Cara rawatan yang ala kadar bakal menyebabkan perubahan kehitaman ketiak yang cukup ketara. Penjagaan yang rapi dapat mengurangkan kehitaman dibawah ketiak.

Berikut merupakan faktor-faktor yang dikenal pasti dapat menyebabkan kehitaman dibawah ketiak.
Antaranya :


  • Pemakaian deodorant yang tidak sesuai akan menyebabkan kulit kering dibawah ketiak. Deodorant jenis spray dan stick lebih menyebabkan kulit dibawah ketiak cepat kering. Seeloknya gunakan deodorant roll-on kerana ianya lebih lembab dan menjaga kesihatan kulit. Anda tidak digalakkan untuk memakai deodorant sepanjang masa. Biarkan ketiak bernafas tanpa salutan deodorant ketika anda berada di rumah.
  • Pencukur bulu. Seeloknya kurangkan penggunaan pencukur dibahagian kulit yang nipis seperti bawah ketiak. Cabut menggunakan penyepit . Seiring dengan kecanggihan teknologi telah mewujudkan pencabut bulu elektronik yang dikenali sebagai "epilator hair removal".
  • Sesekali letakkan ketiak dengan perahan air lemon atau limau nipis yang membantu memutihkan ketiak selain menghapuskan bakteria penyebab bau badan.




Ni epilator haior removal. Tak pandai guna boleh terluka kulit ketiak.


No comments:

Post a Comment