PRUDENTIAL INSURANS

Thursday, May 14, 2015

Pulau Langkawi Part 5 : Island Hopping Langkawi


Island Hopping ni bawah pakej AB Motel Pantai Cenang. Lepas main skytrex dalam hutan antara pukul 9.00pagi hingga 12.30 petang kitorang terus  berlesup pergi AB Motel dekat pantai cenang untuk main island hoping pula. Parking kereta tepi jalan kemudian staf AB Motel akan bawak ke tempat penantian bot dengan menaiki van. Pamerkan resit pembayaran dengan stiker yang diberikan. Mujur tempat skytrex ke island hoping tak jauh. Jadi sempatlah kami makan di kedai Ikan Bakar, bersolat di surau AB Motel dan kemudian menepek sunblock di muka *tak pasal ini pun nak citer* :p

Harga pakej ni murah iaitu RM25.00 ke tiga tempat berbeza. *tapi ada cas tersembunyi* dekat bawah nanti i cerita u!




1) Tasik Dayang Bunting


Pukul 2.30 petang bot jalan. Dalam bot ada 16 penumpang dari China ada, India ada, Iran ada, semua ada. Berbagai bahasa jiwa bangsa m.e.r.e.ka dalam bot tu. Penumpang perlu memakai jaket keselamatan supaya dapat mengelak akan kejadian-kejadian tidak diingini. Kalau rasa renangan katak dah power tak payah pakai . Tapi keselamatan sendiri jamin sendiri tanggung. Pakcik bot kami garang boleh tahan, selagi tak pakai dia tak gerak.

Lagi satu benda yang perlu diingati adalah nombor bot. Sebab setiap perhentian pakcik bot akan tinggalkan kita mengikut masa yang diperuntukkan. 1 jam di Tasik Dayang Bunting, 30 minit di tempat makan helang dan 1 jam di Pantai Basah.








Maka perjalanan pertama pun bermula iaitu Tasik Dayang Bunting. Dalam 20 minit dah sampai ke destinasi. Mengikut jadual kita diberikan masa 1 jam untuk pergi ke tasik ni. Yang tak seronok sebelum turun bot kena tanggal jaket. Masa tanggal kami dah dapat agak bila sampai tasik kompem kena sewa jaket lain. 




Sebelum sampai jeti penurunan pakcik bot berhenti tengah pulau nak tunjuk bentuk pulau yang seakan seorang wanita bunting sedang berbaring.




Ni antara pemandangan cantik yang dapat diperhatikan sepanjang perjalanan ke tasik terbabit. Okey gambar bawah jeti yang perlu dilalui sebelum ke tasik.









Lepas turun bot kena jalan dalam masa 10 minit untuk sampai tasik . Ada tangga yang perlu didaki dan dituruni. Ingat lepas skytrex dah tak jumpa tangga lagi, rupanya ada lagi.ah lemah! Alang-alang dah datang jalan jela. *pasrah*. Dekat jeti penurunan bot ada pakcik pakai suar hijau (mungkin penjaga hutan ni) dah siap warning awal-awal. Sembunyikan plastik dan segala macam makanan kerana disepanjang jalan ke tasik ada mata-mata monyet yang memerhati. 





Maka kemudian akan jumpa pulak kayu kayu penghadang. Dekat situ ada orang jual air.





Perjalanan sungguh memenatkan lepas dari satu tangga ke satu tangga. Jaga-jaga disepanjang jalan akan ada yang duk scan barang yang kau bawak. apelagi kalau bukan monyet.



Sebelum sampai tasik akan jumpa sign board ni dekat tepi batu.





Okey dah sampai tasik. Tekaan benar. Bila sampai ke tasik tu jaket disewa dengan harga RM5.00 satu. Nampak permainan untung disitu. cisss. Mungkin pakcik yang jaga tasik tu guna duit sewaan untuk memperbaiki kawasan tasik *okey pikir baik*. Seginilah rupa tasik tu dari atas.





Tak tahu nak cakap berapa banyak tangga yang kitorang lalu dalam sehari. Fuhhhh! Sihat segala urat sendi lutut peha kaki.  Muka suka gila sampai akhirnyaaaaaa! Kena turun tangga pulak untuk ke tasik . Mencabar sungguh sanubari T___T




Kerana life jacket bot kena tanggalkan masa bot turunkan penumpang maka kena sewa life jacket baru. Jimat punya pasal kitorang sewa dua jadi gilir-gilir sorang 15 minit.Pakcik bot tinggalkan dalam sejam jek jadi toksah la duk angan-angan nak renang berirama kalau life jacket gilir-gilir.  Kedehek kurang asam boii jaket kena sewa lagi sekali. Takpelah sewa jela asal dapat rasa ketawaran air tasik ni. Asik sedut air masin jek kat pantai pulau langkawi sekarang dapat la rasa air tawar masuk tekak.




Mula-mula Anum dengan ana berenang di tasik, kemudian Fida dan Ara Pulak. Janji rasa ya !








Okey dah balik. Masa balik turun tangga ada sekumpulan mat saleh yang duk tayang potato chips dalam beg. Sekali monyet tu nampak terus dia tepuk sampai jatuh. Kitorang kat depan dengar orang berlari sambil cakap ''oh shitt!''. Kawan aku yang tiga orang dah mencecet lari tak toleh belakang langsung. Aku jek toleh sebab monyet ni macam kiut-kiut jek bertenggek atas penghadang tepi tu. Kiut-kiut muka tapi sape sangka hebat depa mencuri. Diorang ni macam ada teknik mencuri. Bila sorang tepuk bagi jatuh yang lain akan serbu. Alamatnya memang tak selamat lah makanan kau selepas itu. Dan akan ada ranger hutan yang datang selamatkan kau bila berlaku keadaan seperti ini. Seelaknya elakkan dan jangan biar satu plastik pun kau pra tonton kat monyet monyet ni.


2) Melihat helang makan dari jarak dekat

Bot akan perlahan bila dekat dengan jeti ini ya untuk tonton helang makan beramai-ramai.




Daripada pakej, yang tawarkan cakap kita dapat bagi makan helang tu * dalam kepala hanya terpikir bagi makan helang macam bagi makan burung kakak tua*. Hulur tangan kumdian dia datang hinggap *macam Beastmaster sangat!*. Rupanya, bukan takat tak boleh bagi makan, pegang pun tak boleh. Tengok dari jauh jek boleh. Pakcik bot akan tabur hati ayam dalam air dan tunggu 5 minit kemudian banyaklah helang datang mencekup. Kau bayang kalau bagi helang makan pakai tangan sendiri, kompem esok tangan hilang. Kuat kaki helang tu cengkam. Okey aktiviti menunggu macam ni memang terasa sangat membosankan jiwa dan raga macam kitorang. Tengok jela helang datang makan hati ayam dalam tasik tu. Bukan boleh belai-belai pun. Lepas sekor, sekor lagi datang. Aku perhati helang helang ni macam ada 3 jenis ( coklat, putih, hitam). Yang paling lawa dimataku adalah putih. Yang nampak gagah perkasa warna coklat dan hitam pulak macam malu-malu takut. Mungkin diorang ni pun ada sistem hieraki kot ( raja, pesuruhjaya, pengawal) * ah mandai jek aku ni kan!









Mula-mula helang akan datang sekor usha betul tak yang dicampakkan tu makanan. Kemudian akan datang lagi berekor-ekor yang lain untuk join sekaki.








Helang tu tengah sambar makanan yang dicampakkan. National Geography sangat!


Okey bila makanan dah habis semua helang pun bersurai pergi beli coklat dekat Kuah sebab makanan tak cukup.



3) Pantai Beras Basah


Okey dekat sini boleh mandi air laut masin. Nak snorkeling pon boleh tapi sewaan google harga lain. tak silap RM10.00- RM20.00 macam tu . Nak jimat bawak sendiri life jacket dengan google. Dekat dengan jeti banyak ikan untuk dilihat. Di tepi pantai tempat orang mandi manda macam takda.



































Okey tak kenal makcik kat belakang tu.hehe.







Okey dah selamat pulang ke tempat penginapan. Sebelum tu kita makan dulu. Lupa nak habaq sebelum pergi tu akan ada kameraman yang amik gambar kita masa awal nak naik bot tadi. Bila kita balik dia akan jual gambar  print di piring putih. Lawa dan pandai jugak dia amik tapi sebab kitorang rasa boleh print out sendiri ribuan gambar selfie dilangkawi terus batalkan hasrat nak beli. Satu piring dijual dengan harga RM10.00 sahaja. Tiada paksaan dalam pembelian. Mungkin kalau couple pergi honeymoon boleh beli letak dalam bilik tidur. Beli satu share berdua. Kalau kawan-kawan tak disarankan sangat la melainkan semua beli maka kau pun kena beli nanti kau terpulau di pulau yang sememangnya pulau ni.hahaa..... Selamat tinggal pulau tasik dayang bunting dan pantai beras basah. Nanti bila-bila jumpa lagi ya!



Cerita seterusnya :





Part 5 : Island Hoping




No comments:

Post a Comment