PRUDENTIAL INSURANS

Friday, October 2, 2015

Punca dan tanda awal sakit Apendiks






Baru-baru ni dikhabarkan oleh seorang kenalan bahawa dia baru lepas menjalani pembedahan Apendiks. Umur masih diawal 20-an dan itu menyebabkan aku sedikit runsing dengan sakit ini lantas mencari maklumat untuk dikongsi bersama. Kenalan tersebut dimasukkan ke hospital panel insurans PRUDENTIAL dan dibedah dengan serta merta. Ditahan di wad selama 4 hari dengan kos perubatan sebanyak RM15,000 lebih. Aku hanya mampu terkebil-kebil. Sehari selepas pulang dia merasa tak selesa dan pergi ke hospital terbabit kembali untuk membuang gas yang terkumpul akibat pembedahan terbabit. Kos rawatan sehari itu pula hampir RM3,000 lebih. Dr mengunakan sejenis alat untuk membuang gas terbabit yang terkumpul tidak sampai beberapa minit. Dikhabarkan seorang rakanya juga mengalami nasib sakit yang sama tetapi dirawat mengunakan insurans tempat kerja. Dimasukkan ke wad tetapi hari ke 6 baru dibedah kerana doktor lebih mengutamakan sakit orang lain yang lebih serius. Kalau kita? Ermm alang sehari demam pun rasa nak terus baik inikan pula sakit apendiks dibahagian perut kena tahan 6 hari. Tak tertanggung rasanya untuk 6 hari semata-mata menunggu dirawat tapi apakan daya, itu sahaja pilihan yang ada.

Apakah anda mahu jadi seperti kenalan itu atau rakannya? Fikirkan dahulu ya. 3 Keping RM50 sebulan membantu anda mengelakkan jadi seperti rakannya. Jika dengan RM50 boleh dihabiskan sekelip mata kenapa harus berkira untuk membeli insurans yang terang-terang menjadikan simpanan disamping melindungi diri.

Apendiks adalah sejenis organ (usus)  terletak dihujung usus besar yang menyimpan bakteria baik untuk membantu pencernaan. Serangan terhadap usus tersebut terjadi oleh beberapa faktor keadaaan.

Punca Apendiks :
  • Amalan pemakanan yang tidak bersih 
  • Kurang minum air putih dan jarang bersenam
  • Sisa makanan/ najis yang tersumbat di dinding abdomen atau bahagian apendiks
  • Biji cili yang tersekat di usus (terlalu banyak makan pedas)


Simptom Apendiks :

  • Muntah
  • Badan berangin
  • Cirit-birit
  • Terlebih berpeluh 
  • Kurang selera makan
  • Suhu badan meningkat
  • Sakit di bahagian perut
  • Sembelit
  • Tidak mampu membuang angin
  • Selepas dua tiga hari akan berlaku sakit teruk dibahagian kanan perut yang sangat mencucuk

Cara Mengesan Apendiks :
  • Ujian darah
  • Ujian air kencing
  • Scanning
Komplikasi Apendiks :
  • Apendiks pecah : Bakteria akan menyerang sekitar kawasan pencernaan. Semasa pecah, si penghidap akan berasa sedikit selesa tapi hanya untuk seketika dimana sakit tersebut akan datang kembali terutama di bahagian perut (terasa mencucuk-cucuk)
  • Peritonitis : Berlaku keradangan pada dinding perut dan perlu dirawat dengan kadar segera.

Whatsapp untuk pertanyaan : 

012-7430533
Zakiah Hanum
Prudential BSN Takaful



No comments:

Post a Comment