PRUDENTIAL INSURANS

Saturday, October 3, 2015

Resepi Makaroni Bakar



Makaroni bakar ni sedap di makan ketika panas. Makcik saya ajar sebab pergi rumah dia aritu ada menu ni. Sedap sangat terus buat. Nah ni resepi untuk tontonan ya. Selamat mencuba :

Bahan -bahan :

  • 1 pek makaroni (500gm)
  • 1 paket daging kisar Ramly
  • 7 biji telur
  • 4 biji kentang
  • 4 biji bawang merah
  • 6 biji bawang putih
  • sedikit udang kering
  • tiga sudu serbuk kari
  • sedikit serbuk perasa
  • garam/gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis




Dadukan kentang dan tumbuk bawang dan udang kering





Rebus makaroni sehingga benar-benar kembang dan toskan


Tumiskan bawang sehingga naik bau dan daging kisar, kemudian letak serbuk kari, perasa dan diikuti dengan kentang . Akhir sekali letak garam dan gula secukup rasa



Pecahkan telur dan letakkan sedikit garam. Gaulkan makaroni dan bahan tumisan kentang sehingga sebati. Letakkan pada loyang pembakar, kemudian letakkan telur yang telah dipecahkan.
Masukkan kedalam ketuhar selama 30 minit sehingga telur masak. Taburkan cheese untuk tambahan lemak jika anda suka. Kerana telur dah cukup banyak lemak jadi saya tak letak :)






Inilah hasil selepas masak. Makan panas-panas dan cecah dengan sos. Sedapnya.
Kalau untuk dibawa ke perkelahan boleh ditukar bekas dengan bekas kertas cup cake. Takpe kita buat  dia apa ada hal. hehe . Selamat mencuba







No comments:

Post a Comment