PRUDENTIAL INSURANS

Saturday, October 3, 2015

Resepi Spaghetti Carbonara



Haritu terasa nak makan Spaghetti Carbonara ngan Fettuccine Carbonara. Eh tamak haloba kan.Fikir punya fikir nak makan dua dua. Tapi family nak spaghetti sebab fettuccine muak sikit. Okey menyerah, kita buat spaghetti carbonara dulu fettuccine simpan buat nanti-nanti. Bukak dua-dua tak habis pulak nanti. Makan dalam pukul 8.00 malam pulak tu. Aduhai gemuk la tapi sebab teringin punya pasal, okey teruskan niat. Sekali sekala takpa jangan selalu. Nak beli dekat kedai macam tak berbaloi RM13.00 dapat sepinggan. Ni kos RM15.00 dapat makan satu family sambil borak-borak tengok tv. hehe


Bahan - bahan
+ Sepaket spaghetti kimball
+ Carbonara Cendawan Prego
+ 2 ulas bawang merah
+ 3 ulas bawang putih
+ 6 ketul sosej dihiris nipis
+ 6 ketul filamen crab


 1. Rebuskan spaghetti dengan air didihan yang dicampurkan sesudu minyak supaya spaghetti tidak melekat



2. Hiriskan sosej, cincang halus bawang putih dan bawang merah. Kemudian tumiskan sehingga naik bau, masukkan sosej dan campurkan sos PREGO. Kacau rata sos tersebut kemudian makan dengan roti. Ah adik aku curik makan sos carbonara dengan roti sebab tunggu spagetti lembut lambat sangat.




Apabila spaghetti dah lembut, angkat dan toskan. Kemudian curah sos prego yang dimasak atas spaghetti. Taburkan filamen crab yang dah direbus dihiris sebagai hiasan. Nah siap, maka bolehlah makan






Ok siap mari makan bersama keluarga tercinta. Nyum nyum dapnya