PRUDENTIAL INSURANS

CINTA

9 Sebab Mengapa Perlu Setia







1.Yang patah takkan sama dengan yang baru 
Mana tau yang datang next lagi haruk..Nak mulakan perkenalan yang baru tak senang.Yela kau pon tak memahami yang baru so kau kena mula dari awal.contoh soalan : awak asal mana?, duduk dekat mana?, adik dekat mana?, kakak dah kahwin belum?,, dah makan ke belum, dah tengok TV ke belom.. eh kan leceh tu...leceh leceh leceh..



2. Dia kenal kau lebih jauh dari orang lain kenal kau
Semua buruk pasal kau dia tak pernah sebar tapi dia terima apa adanya.Kelakuan spontan buruk kau yang tak sengaja dia dah terakam dalam kepala otak dia *sendawa kuat kau, gelak mengilai kau, kegagahan keperkesaan kau angkat tong gas*, eh kan malu tu.Kalau betul dia tak terima kompem dari awal lepas dia tonton kelakuan buruk kau tu, dia terus angkat kaki tak cakap banyak.Ni tak, dia bertahan semampu boleh sampailah satu tahap keretakan hubungan korang sangatlah dasyat hingga tak mampu ditutup dengan saletip.



3.Ratus ratus la jugak habis
Kalau ada yang baru kau kena buang semua barang lama dia, kan sayang tu.Kau dah beli mahal mahal konon bajet lepas kahwin barang barang dalam kotak hadiah si dia kau nak simpan dalam robok buat hiasan dan kenangan di masa tua nanti. Angan angan kau dah termimpi robok dua tingkat 5 pintu nak letak semua barang kenangan kau dengan dia. Dah kalau tak jadi kau kena buang semua barang lama and then start kumpul dari awal dengan yang baru * kalau tak buang barang lama, yang baru kecik hati plak nanti.Elak kau asik kena mula dari awal jek nanti.haha.Kan makan masa tu, makan duit, makan tenaga, makan minyak, makan kuali, makan meggi.

4. Keluarga dia dah  macam keluarga kau
Kau dah kenal saudara mara dia, siap salam cium tangan ingat muka lagi.Kau rasa apa senang senang kau nak berkenalan dengan saudara mara orang lain sambil salam cium tangan? Mau tak menggeletar seluruh pancaindera sampai ke jantung bila kena berkenalan dengan saudara mara orang baru.Tak payahlah, elok lah kau jaga jek hubungan dua dua.



5.  Fizikal, mungkin boleh kau puji, mental? no no no
Sikap orang kau ta kenal lagi.Nak puji orang sebenarnya pun take time.Bukan suka suka kau cakap eh eh, nur dari muka awak nampak ikhlas la, sudikah kiranya kita berkenalan* ada macam nak kena hempuk budak ni*.



6. Sanggup susah senang sama sama
Yang ni paling afdal untuk diperbincangkan bersama.Cuba ingat balik waktu senang kau gelak sama sama dengan dia.Bila kau susah sikit pun dia tak berganjak.Malah dia tolong selesaikan masalah tu.Yela kalau tak selesaikan banyak sikit pun jadi asalkan hati kau tenteram.Takkanlah ada orang lain yang baru sikit gembirakan kau, kau terus nak lupakan dia.Nanti bila kau susah kompem yang baru tu cabut.Percayalah.Pastu baru kau nak ingat yang lama.Elak masa tu yang lama dah cari pengganti baru sebab dia rasa kau tak pernah hargai kehadiran dia.Jadi hargailah sebelum terlewat.



7. Jangan bajet kau manusia yang sekali petik sepuluh bersusun
Yang ni masalah orang bila dia terlalu perasaan dengan kerupaan, ketampanan, kecantikan diri dia. Selalu pakai sebut ''sekali petik, sepuluh beratur''. Jangan nak menipu sangat. Alangkan aidil zaquan yang tampan& kacak tu pun kena pakai strategi, Donald Trump yang kaya raya pun kena susun peluang, inikan pula kau yang tah pape ( tuju pada diri sendiri). Melainkan kau ahli kelab gangster ker, yakuza ke. ah yang ni kompem boleh lah '' sekali petik, dua tiga orang datang''. Paham tak? Bagus!



8. Keserasian tak datang bergolek-golek
Betul, serasi tu kita yang wujudkan bukan datang bergolek golek macam bola tetiba sampai kat bawah kaki. Hanya yang dah lama dengan kita paham ciri ciri yang kita suka, kita tak suka, kita alergi dan memacam lagi.



9. Aku memilih setia
Bercinta lama-lama memang tak dinafikan kadang bosan. Tapi harus ingat, bila setia tu ada, takkan kita tergamak nak curang.Mungkin yang baru datang sangat menghiburkan tapi sampai bila akan wujud rasa terhibur tu.Sampai masa bosan juga yang timbul. Jadi yang sedia ada bosan tu kita sendiri yang kena usaha hapuskan bersama pasangan bukan mencari orang lain sebagai jalan penyelesaian.Get it? Good

Rindu itu harus ada agar tidak jemu

Mengapa harus ada rasa rindu? Agar tidak wujud rasa jemu.