PRUDENTIAL INSURANS

Monday, May 11, 2015

Pulau Langkawi Part 2 : Parasailing Pantai Cenang Langkawi

Check in hotel pukul 2.30 petang. Kebulur ya amat. Lepas makan biasa-biasa kitorang terus berlesup pergi pantai cenang nak main parasailing. Memang inilah impian, inilah cita cita dan inilah wawasan 2020 sebelum berumah tangga!.ahaha.

Harga boleh tengok dekat bawah ni. Tips nak dapat murah senang jek. Pergi masa orang tak ramai dan pura-pura jenjalan tepi pantai bajet cam taknak main sangat pun. Nanti beach boy datang la menawarkan pakej yang disediakan. Jual mahal sikit konon macam nak termain la sebab dia dah datang dekat. Padahal! memang inilah impian. Nego lelama maka kami dapatlah sekali naik RM 50.00 pada tahun 2015 ini. Lagi ramai orang lagi seronok dia kenakan mahal. heeee. Waktu kami naik angin petang memang bayu laut sangat. show memang show sangat!

Dia akan tanya nak naik dengan instructor ker naik sorang. Kalau korang ada ilmu parasailing tingkat tujuh belas dialukan untuk naik sendiri. Lagi jimat tenaga abang tu tak paayh susah-susah handle korang yang berat kat atas tu macam aku.Elak naik sendiri sampai Thailand terus jek tak balik-balik. Mereput atas pulau.





Okey orang pertama naik mestilah aku. adik yang dibuli T__T. Mentang-mentang dulu suksis habis semua pass ke aku. sobsob. Ingat aku tak takut ketinggian ker. cuak betul! Tapi takpe, semangat suksis tu ada naik jela dulu. Menjerit macam orang tak berapa waras awal-awal jek. Bila dah kat atas, subhanallah cantik sungguh ciptaan tuhan. Nanti aku letak rakaman eh kalau rakaman tu okey.

Anum












Okey dah bila nak landing abang tu akan suh kau bersedia berlari. Tak sampai 5 minit akan bertukar payung pada orang seterusnya iaitu Fida. Sesiapa yang nak bawak monopod kalau gilir-gilir tu bolehlah terus cepat setting rakaman sebelum payung tu bawak kau terbang jauh. Hp yang sanggup menghadapi ancaman bahaya ofcourse la hp aku. Tak mahal dan tak murah sangat tapi okey lah untuk rakaman atas laut. Paling-paling jatuh tak menangis nak beli baru tapi menangis jugak la kalau jatuh. haha

Nak beli SJCAM masih tak mampu inikan pula nak beli kamera GOPRO. Maka amik keputusan korbankan hp sendiri demi rakaman atas laut. Takda plastik cover takda apa bawak macam tu jek . Aku pasrah akan segalanya. Memandangkan kamera mahal boleh masuk air takda maka adalah lebih baik korang bawak monopod mahal yang boleh cengkam kuat hp supaya tak jatuh. Monopod mahal yang boleh dipercayai berharga RM50.00 keatas. Kalau yang RM15.00 tu korang jangan menangis kalau hp tu jatuh dekat dalam laut kena makan ikan jos ya.




Aku berperanan setting kan rakaman sebab aku pemilik hp yang sanggup berkorban. haha. Tapi maaf, rakaman aku dengan fida jek berjaya. Ara dengan Ana Failed sebab lambat sangat setting. Walhal abang yang naik jetski tu cepat sangat jalan. haha




Fida

Fida nak terbangggggg dahhhhhhhh!




















Ana



Okey rakaman ana tak berjaya sebab aku tak tekan atau dia terkeluar. Ana pun tak duk usha kamera kat atas tu setting balik jadi takdelah gambar atas pulau. Takpe ana lepas ni beli GOPRO ya. Boleh kita main paragliding pulak nanti











Naik ni amik masa 15 minit macam tu. Ikut kepakaran orang yang bawak tu lah nak bawak kau berapa lama.

Ara























Dah habis penceritaan ini. Gambar banyak! Cerita sikit lah.