PRUDENTIAL INSURANS

Saturday, March 21, 2015

Kisah cinta yang unik zaman persekolahan dahulu








Bercerita soal zaman sekolah. rindu pulak rasanya. tak payah pening-pening pikir pasal kerja macam sekarang. kalau ada pun kerja rumah yang boleh tiru-tiru sebelum kena cek.* halamak kantoi pulak! yang baca entri ni pun macam tak biasa buat :P*


dulu aku ada sorang kawan. dia memang minat sangat dekat sorang budak lelaki ni. kalau korang berdua terbaca entri ni aku mintak maaf eh. tapi aku tak bukak identiti korang yang sebenar. kompem dijamin lulus penerbitannya. yang aku pasti, budak lelaki tu takkan tahu siapa budak perempuan tu dan yang betul-betul tau identiti kedua-duanya hanya aku dan beberapa orang kawan sahaja. * mungkin dalam tiga orang*

dengan ingatan : jangan risau kawan, rahsia kau selamat ! heee

hah kan dah jauh menyimpang. okey balik pada topik asal

kawan aku ni minat sangat sangat teramat beramat amat dengan sorang budak lelaki kelas kitorang jugak. setiap hari kau tau apa dia buat? bila datang sekolah dia akan beli banyak gula gula, zaman sekolah dulu kira gula gula senjata paling power untuk kau simpan rapi supaya orang tak nampak sebab nanti orang mintak.haha. * keji betul perangai*


okey sebelum kelas mula, kawan aku akan masuk kelas cepat cepat sebab dia tahu budak lelaki tu akan datang awal. maka bermulalah misi dia. budak lelaki tu akan tinggalkan beg dia dekat kerusi dan pensil case besi bawah meja * ala pencil case geometri set tu*. hah! bila tiba waktu zohor semua murid akan keluar solat berjemaah dalam surau. bila line dah clear semua orang dah ke surau, kawan aku akan letak beberapa biji gula gula dalam pencil case dia * hari hari waktu persekolahan kecuali hari minggu . mula mula rasa cam ape benda mengarut lah dia buat ni.

then bila budak lelaki tu balik, dia akan bukak pencil case tu makan gula-gula tadi dengan muka tanpa perasaan.cisss.. kejam.hari hari kawan aku duk ulang benda yang sama.aku pun tertanya tanya gak dia ni tak pernah nak ambil tahu ker siapa yang letak gula gula dalam pencil case dia hari hari. makan pulak tanpa was was. bila bukak jek pencil case takda riak terkejut! kalau aku jadi kawan aku dah lama kena hame hamey ha sekali *dragon ball sangat* .

tapi entah lah, aku pun tak tahu cerita ni dah terbongkar kebelum sesama diorang.
lagipun  sekarang aku tengok dua dua macam single. harap korang berdua ada jodoh ya nanti.amin

ikut hati nak je aku jotos lelaki tu bagitau siapa yang selalu letak gula gula dalam pencil case kau. dengan harapan korang suka sama suka. hehehe.. tapi biarlah.mungkin nanti ada keajaiban yang berlaku. aku mampu doa dari jauh jek. nak masuk campur cerita cinta ni macam dah basi jek..hehehe





Harga kad kahwin bakal berubah selepas GST






Sebelum tu aku nak ucap tahniah pada kawan-kawan yang dah mendirikan rumah tangga. Terlebih tahniah pada mereka yang mendirikan rumah tangga sebelum GST. Buat kawan kawan, jangan takut rezeki takda bila kahwin nanti sebab Allah dah janji lepas kahwin rezeki bertambah. Bagi yang tak kahwin lagi? harap bersabar ya. jodoh kita ada cuma belum sampai masanya.


okey berbalik pada tajuk

Baru baru ni aku jalan jalan ternampak satu kedai print kad kahwin. dengan niat saja nak tengok-tengok. lalu datanglah akak kedai tu bertanyakan perihal tujuan kedatangan.

Perbincangan berjalan begini :

akak : adik carik kad kahwin?

aku : errr. haah tapi saya nak tengok tengok dulu eh akak

akak : ooo boleh boleh. majlis adik bila?

aku : lambat lagi kak.

akak : kalau lambat lagi adik boleh la tempah sekarang. adik akak pun dah tempah sekarang. majlis dia bulan tujuh nanti. kalau adik tempah sekarang adik bayar deposit dulu nanti lebih dah dekat majlis. sebab kalau adik bayar deposit sekarang, harga kad kahwin adik masih lagi harga sebelum GST. Lepas GST nanti harga berubah dik.


aku : eerrrrr.. ohh kad kahwin pun berubah harga nanti (dalam hati : matilah. kalau berubah harga naik ni baru kad kahwin belum benda lain). takpelah kak kalau camtu.saya nak tengok tengok jek tadi *berlalu terus keluar kedai* dalam kepala terpikir pikir kalau naik 5sen satu kad nak amik 500 keping dah berapa. this is crazy man!baru kad kahwin.

akak tu cakap berubah. kalau berubah turun alhamdulillah. kalau berubah naik inalillah..hehe


sebelum tu kalau ada yang nak bagi cadangan suruh fotostat kad kahwin dekat kertas A4 aku harap korang fikir balik sebelum aku tanya'' dulu kad kahwin korang macam mana eh?''.lagipun dengan citer mesin fotostat dah naik harga.


hurm takpela.aku cuma nak ajak korang berfikir jek.kalau korang kata ''apelah dia ni, kad kahwin naik baru berapa sen nak berkira''. okey takpe.nak bgi korang nampak tu baru kad kahwin belum benda lain.hehe..so siap siaga eh semua!

ni yang aku dapat daripada whatsap.tak tahu lah betul ker tak.untuk renungan boleh, untuk perhatian boleh, untuk kejutan pun boleh. kita tengok jela lepas GST nanti :

BERIKUT ADALAH SENARAI BARANGAN YANG DIJANGKA AKAN NAIK HARGA DAN TIDAK BERUBAH SELEPAS PELAKSANAAN GST PADA 1 APRIL 2015
(sumber dari jabatan kastam)

(a) barangan yang dijangka akan naik harga :
1. telefon bimbit
2. komputer
3. ipad dan tablet
4. mesin fotokopi
5. pencetakan foto digital
6. kos pangangkutan barangan
7. air minuman (mineral)
8. majalah
9. bebola ikan
10. sardin tin dan tuna
11. lipstik
12. pewarna kuku
13. motosikal 100 cc
14. jam tangan
15. aiskrim
16. cheese
17. gandum dan bijiran
18. sos cili,sos tiram dan lain lain

(b) barangan dijangka turun harga
1. TV
2. peti sejuk
3. penghawa dingin
4. sprk plug, pad brek (alat ganti motosikal)
5. bateri kereta
6. sistem home theater
7. pengering rambut
8. kipas angin dan pembakar roti
9. dapur gas 2 penunu
10. sterika elektrik
11. tuala mandi
12. pensil warna
13. berus gigi dan ubat gigi
14. dettol dan ubat anti septik
15. meja makan 6 kerusi
16. pampers pakai buang
17. kereta 850cc
18. minuman ringan
19. Buah buahan import

(c) barangan harga tidak berubah
1. roti dan makanan lain
2. minyak masak
3. daging
4. buah buahan tempatan
5. minyak petrol ron95 dan diesel
6. beras dan sayuran segar
7. ikan dan udang segar
8. susu tepung segera
9. telur ayam dan itik
10. tambang kenderaan bas dan teksi
11. minyak motor dan enjin
12. kadar x ray di klinik swasta
13. kadar tol





kepada bakal bakal pengantin yang berkahwin selepas GST, banyakkan bersabar.macam tak biasa kena tipu kan * tangan dibahu mata keatas*