PRUDENTIAL INSURANS

Saturday, March 21, 2015

Kisah cinta yang unik zaman persekolahan dahulu








Bercerita soal zaman sekolah. rindu pulak rasanya. tak payah pening-pening pikir pasal kerja macam sekarang. kalau ada pun kerja rumah yang boleh tiru-tiru sebelum kena cek.* halamak kantoi pulak! yang baca entri ni pun macam tak biasa buat :P*


dulu aku ada sorang kawan. dia memang minat sangat dekat sorang budak lelaki ni. kalau korang berdua terbaca entri ni aku mintak maaf eh. tapi aku tak bukak identiti korang yang sebenar. kompem dijamin lulus penerbitannya. yang aku pasti, budak lelaki tu takkan tahu siapa budak perempuan tu dan yang betul-betul tau identiti kedua-duanya hanya aku dan beberapa orang kawan sahaja. * mungkin dalam tiga orang*

dengan ingatan : jangan risau kawan, rahsia kau selamat ! heee

hah kan dah jauh menyimpang. okey balik pada topik asal

kawan aku ni minat sangat sangat teramat beramat amat dengan sorang budak lelaki kelas kitorang jugak. setiap hari kau tau apa dia buat? bila datang sekolah dia akan beli banyak gula gula, zaman sekolah dulu kira gula gula senjata paling power untuk kau simpan rapi supaya orang tak nampak sebab nanti orang mintak.haha. * keji betul perangai*


okey sebelum kelas mula, kawan aku akan masuk kelas cepat cepat sebab dia tahu budak lelaki tu akan datang awal. maka bermulalah misi dia. budak lelaki tu akan tinggalkan beg dia dekat kerusi dan pensil case besi bawah meja * ala pencil case geometri set tu*. hah! bila tiba waktu zohor semua murid akan keluar solat berjemaah dalam surau. bila line dah clear semua orang dah ke surau, kawan aku akan letak beberapa biji gula gula dalam pencil case dia * hari hari waktu persekolahan kecuali hari minggu . mula mula rasa cam ape benda mengarut lah dia buat ni.

then bila budak lelaki tu balik, dia akan bukak pencil case tu makan gula-gula tadi dengan muka tanpa perasaan.cisss.. kejam.hari hari kawan aku duk ulang benda yang sama.aku pun tertanya tanya gak dia ni tak pernah nak ambil tahu ker siapa yang letak gula gula dalam pencil case dia hari hari. makan pulak tanpa was was. bila bukak jek pencil case takda riak terkejut! kalau aku jadi kawan aku dah lama kena hame hamey ha sekali *dragon ball sangat* .

tapi entah lah, aku pun tak tahu cerita ni dah terbongkar kebelum sesama diorang.
lagipun  sekarang aku tengok dua dua macam single. harap korang berdua ada jodoh ya nanti.amin

ikut hati nak je aku jotos lelaki tu bagitau siapa yang selalu letak gula gula dalam pencil case kau. dengan harapan korang suka sama suka. hehehe.. tapi biarlah.mungkin nanti ada keajaiban yang berlaku. aku mampu doa dari jauh jek. nak masuk campur cerita cinta ni macam dah basi jek..hehehe





No comments:

Post a Comment