PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, June 2, 2015

Pulau Langkawi Part 7 : Membeli-belah Coklat di Haji Ismail Group

siapa nak borong coklat angkat tangan! angkat tangan meletup angkat tangan meletup!


coklat dekat sini kebanyakkan dijual dengan harga buku dan sangat murah.sesuai dijadikan oleh2 untuk keluarga nun jauh diseberang.

Mana lagi kalau bukan HIG (HAJI ISMAIL GROUP)



benda yag orang akan beli. PEPERO. Murah.. sekotak besar ada enam 8 otak kecik pada harga RM19.90.

Masa beli coklat ni kau kena bukak kalkulator dalam hp supaya kau paham sebesar apa harga penjimatan yang kau boleh dapat. Si Ana lagi la licik. Dia malas kira dia pakat dengar orang sebelah kira jek. Entah sesape punya kira-kira dia dengar . takpe asal kau dapat jimat dan tak salah beli. 



Harga coklat dekat sini memang pandai main harga . kinder bueno ni kalau dekat harga pasaran jarang jual sekotak besar macam ni. ada enam dalamnya. selalu harga satu kecik tu dah empat ringgit lebih. Jimat kalau beli sekotak camni. Maka boronglah coklat di Langkawi ya.



Nampak coklat kisses tu/ cepat tekan kalkulator berapa dapat jimat . Kalau rasa nak beli satu gabung dengan kawan supaya jadi tiga ya! sekian tips jimat beli coklat di langkawi.hehe






Selain daripada menjual coklat, kedai ni juga menjual kain pelikat gajah duduk dengan harga murah. Pinggan mangkuk dan segala macam jenis produk. tak habis tengok apa lagi yang dijual sebab dah lewat sangat kitorang g borong coklat ni.