PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, August 18, 2015

Ais krim pasu



Ais krim pasu ni dekat pasar borong pandan jb.
eh lupa plak kat mana.
antara ingat dengan tak ingat.
satu pasu harga rm5.00.
boleh pilih perisa dengan taburan yang kita nak.

dia kata " aiskrim ni biasa2 jek, apa yang aku suka pun xtaulah. "

aku takdalah beria sangat nak rasa,,
cuma nak la jugak merasa apa yang jadi trend 2014-2015 ni kan.
elok-elok nanti kalau anak tanya boleh la jugak jawab sebab pernah rasa.
ais krim pasu ni trend lepas durian crepe.
takda yang menarik pun cuma cara pembentangan menarik dalam pasu.











Cinta

Ada satu ketika kau menyampah dengan cinta,
ada banyak ketika kau cemburu dengan cinta,
dan ada waktu kau rasa kau sangat perlukan cinta

tapi kau tak rasa.
sampailah saat kau kehilangan.

adakala,
kau marah dengan si pemberi cinta,
tapi kau lupa salah siapa.
kau hembus sampaikan tempias orang lain terasa.

bagi aku,
cinta tu perlu,
biar macam mana rupa biar macam mana rasa,


betul kata orang
biarkan cinta tu abadi,
jangan kau cipta alasan untuk kau bertukar penganti,
kalau kau bosan,
baiki diri mana yang perlu
dan tambah apa yang kurang.
baru kau akan rasa cinta tu berharga.

















Lasik Mata

Okey bab yang ni kena tulis.Sebab kekadang manusia ni bila banyak duit dia terlupa senarai2 yang dia nak buat. Perkara pertama yang aku nak buat untuk diri sendiri adalah lasik mata. huwaaa. Sejujurnya aku manusia rabun yang tak suka pakai kaca mata. Aku rasa kaca mata tu sangat mengangu pernafasan *drama sangat*. Taklah, sebab aku tak suka ada benda bertenggek atas hidung aku. Rasa cam berat sangat. Nak baring depan tv pun susah bila ada kaca mata atas hidung. tak suka jugak la tapi takkan la sentiasa nak pakai contact lens. Melampau rasanya pakai lens dalam rumah. 

Dengar citer lasik ni ada yang mahal ada yang murah. keberkesanan tu tak pasti la lagi. kalau sepasang mata dah RM6000. Hah! Tunggu kaya baru buat. Sekarang banyak keperluan yang perlu diuruskan. Tapi bila nak kaya ni.. usaha usaha doa tawakal ya.

Aku start rabun masa semester 1 degree. Masa matrik dulu aku suka bercita-cita nak rabun sebab tengok macam best jek orang pakai cermin mata ni * setakat ni impian paling mengarut yang dah termakbul aku pernah impikan* . Biasalah manusia, tak dapat nak, bila dah dapat menyesal ! memang menyesal pun bila dah rabun. Seksa nak melekatkan cermin mata setiap masa dekat telinga ni hah. Kadang aku memang sengaja taknak pakai tapi bila kawan start bukak cerita dan tunjuk tunjuk apa yang diceritakan rasa kesian plak dengan diri sendiri. Siap suh kawan stop kejap bagi aku pakai cermin mata kemudian sambung cerita balik. Memang tak seronok nak bercerita bila kau kabur penglihatan ni. 






Sebab tak suka pakai cermin mata selalu jadi ni cermin mata ketiga yang telah musnah sebab jatuh dalam longkang. kuikui. tragedi