PRUDENTIAL INSURANS

Friday, March 27, 2015

Ramai tidak tahu! Rahsia disebalik nombor 4 dalam islam



Mungkin ramai sedar kepercayaan sesetengah pihak menganggap nombor 4 adalah keburukan. Namun tahukah anda bahawa disebalik nombor empat didalam islam mempunyai maksud yang berbagai. Jadi hindarkan diri anda daripada kepercayaan karut agar dapat menghalang iman dari terus terpesong dengan akidah.


Berikut disenaraikan beberapa keajaiban yang tidak pernah kita fikirkan disebalik nombor empat :



  • 4 penjuru kaabah
  • 4 kitab wajib dipelajari dalam islam
  • 4 nabi yang perlu diketahui
  • proses kejadiaan manusia 44 hari
  • pantang selama 44 hari


apa itu g+? ianya lebih kurang facebook




Share what's  new, add friend and use a email




apa itu g+?

Majoriti rakyat Malaysia masih ramai yang tidak tahu apa itu g+.

Ianya seperti facebook.

Didatangkan dalam  produk google.

Mempunyai ruangan status, post a picture, add friend to the circle.

Cara mendapatkan akaun ini hanya lah dengan cara mempunyai akaun gmail dan secara automatik anda akan memperoleh semua jenis produk yang ada pada google.


Produk yang ada pada google


Sama seperti facebook









Rukun islam, rukun iman dan ihsan


Dasar akidah islamiah ada tida iaitu :

  • rukun islam
  • rukun iman
  • ihsan

Rukun islam 
  • Mengucap dua kalimah syahadah
  • Mendirikan solat
  • Berpuasa di bulan Ramadhan
  • Mengeluarkan zakat
  • Menunaikan haji
Rukun iman
  • Percaya kepada Allah
  • Percaya kepada Malaikat
  • Percaya kepada kitab
  • Percaya kepada Rasul
  • Percaya kepada Akhirat
  • Percaya kepada Qada dan Qadar
Ihsan

Pengertian : Melakukan ibadah dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi apa yang dilakukan

Ciri- ciri : mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya.








Perbezaan antara ayam TEXAS dengan KFC








Siapa pernah makan ayam Texas ? Angguk kepala

Siapa yang selalu makan ayam KFC?  Tengok keatas.

Texas adalah sebuah company yang menjual produk utama iaitu ayam goreng seperti KFC. Texas masih belum merebak ke seluruh pelusuk negeri di Malaysia dan ianya semakin berkembang sedikit demi sedikit diatas permintaan yang meningkat. Tapi company ni dah wujud agak lama juga namun ia baru datang ke Malaysia.


Perbezaan antara dua ayam ni. Bagi aku KFC ni dah terlalu biasa. Rasa masih sedap tetapi kadang kita nak kelainan. Ramai yang cuba menandingi resepi KFC tapi tak ramai yang jadi lebih sedap kecuali Texas. 


Bagi aku, Texas bagi rasa yang lain daripada KFC. dari segi kerangupan dan rasa. Rasa ayam ini lebih pedas sedikit dan bersesuaian dengan tekak melayu yang sukakan pedas. Cara Hidangan juga hampir sama tetapi ada yang berbeza. Roti bun yang digunakan di KFC adalah roti bun biasa manakala Texas pula akan mengunankan butter cookies ( sejenis roti yang lembut didalam rangup diluar dengan rasa butter yang sedap dan berbau manis). Sebenarnya tak tau nak panggil bun ke cookies. huhu.Tersangatlah sedap bagi aku.


Cara penyediaan air juga berbeza, Texas akan beri cawan kertas kosong dan pelanggan dibolehkan memilih sendiri air yang diinginkan di bahagian kiri . Ais juga diletakkan sendiri mengikut keinginan sendiri.


Okey dah pergi rasa ayam texas.
Sedapnya ayam goreng.

7 amalan baik semasa hamil



Ilmu ni diperolehi sewaktu menghadiri kursus pra perkahwinan sebagai persediaan untuk mereka yang bakal bergelar ibu. Ilmu baik jika tidak disampaikan akan menjadi satu kerugiaan. Buat kawan-kawan yang sedang hamil, berikut beberapa tips yang elok dilakukan agar anak yang bakal lahir sihat mental dan fizikal. In sha allah.



  1. Perbanyakan Istigfar
  2. Sering berdoa agar dikurniakan kesihatan anak yang baik
  3. Zikir dan selawat
  4. Membaca al-quran
  5. Memakan makanan baik dan berkhaisat (kismis, kurma, susu)
  6. Melakukan senaman ringan (supaya mudah melahirkan)
  7. Tidak menghabiskan masa dengan tidur












Cara merancang perbelanjaan dengan betul




Pengurusan sumber kewangan yang tepat dapat memgelakan diri daripada melakukan pembaziran.


Berikut beberapa langkah yang dirasakan sesuai :


Langkah 1 : Tentukan keperluan

Langkah 2 : Ukur kemampuan

Langkah 3 : Agihan perbelanjaan


  • keperluan asas : 70%
  • kehendak : 20%
  • simpanan : 10%

Langkah 4 : Rekod perbelanjaan sebenar

Langkah 5 : Memeriksa perbelanjaan

Langkah 6 : Membuat penilaian

 ( sekiranya terdapat pembaziran yang dilakukan, pastikan tidak  berulang)

Terasa derhaka pada suami, isteri bekerjaya berhenti kerja




Kisah ni aku kongsi daripada salah satu kawan di facebook. Bukan menciplak hasil karya orang lain cuma aku juga ingin ianya menjadi ingatan pada diri aku kelak agar tak tersasar dengan tujuan hidup ini. Aku yakin ramai wanita diluar sana yang akan berhadapan dengan situasi sebegini. Semoga ianya menjadi iktibar dan pedoman buat wanita wanita berkerjaya diluar sana.

Ya benar, salah satu cara untuk seorang wanita memasuki syurga adalah dengan taat pada suami. Tidak perlu dikejar dunia kerana akhirat juga kediaman kita.



KISAH ISTERI YG MERASA DERHAKA KPD SUAMI

Ketika aku sedang menanti teman menjemput ku di masjid, aku melihat seorang wanita berjilbab seperti menunggu seseorang juga. 

Lalu aku menegurnya utk berbual bual sambil menanti teman menjemput ku pulang.Selepas bertanya khabar dan berbual seketika, tiba2 wanita itu bertanya, “Cik sudah berkahwin?”. Jawabku, “Belum”. Dan aku bertanya pula, “Tunggu siapa?”. Jawabnya, “Menunggu suami.”Aku melihat wanita ini membawa beg laptop dan satu beg yg besar. Seperti wanita berkarier. Lalu aku beranikan diri utk bertanya, “Kakak kerja di mana?”“Alhamdulillah 2 jam tadi, secara rasminya saya tidak bekerja lagi,” jawabnya dan terpancar sinar kegembiraan di wajahnya. 

Lalu aku bertanya, “Kenapa?”.Jawabnya tegas, “Ini adalah langkah awal utk wanita yg berkarier utk lebih taat kpd suaminya.” Aku kehairanan dgn jawapannya apatah lagi melihat dia tersenyum.“Saudari boleh saya ceritakan kenapa. Semoga ia boleh dijadikan pelajaran yg baik. Saya bekerja di pejabat yg mana gaji saya 10 kali ganda lebih besar dari suami. Suami saya di waktu pagi berniaga roti bakar dan di waktu petang berniaga ais cendol.“Kami baru bernikah 3 bulan dan kelmarin buat pertama kalinya saya menangis kerana merasa derhaka kpd suami. Saudari tahu kenapa? Waktu itu jam 7 mlm suami saya akan menjemput saya seperti biasa di pejabat. Kebiasaannya jam 3 saya sudah pulang tapi pada hari itu kerja saya sgt banyak. Sampai di rumah saya kepenatan.“Kerana kepenatan kepala saya begitu pening. 


Kebetulan suami saya beritahu badannya seperti berangin dan kepalanya pening juga. Dia meminta saya mengambilkannya air segelas. Saya kata saya sgt keletihan dan memintanyaambil sendiri.” Jam 11.30 malam baru saya tersedar dan cepat2 menunaikan solat Isyak. Selepas solat saya melihat suami lena tidur. Saya ke dapur dan melihat pinggan mangkuk sudah dicuci. Pakaian kami sudah dibasuh. Siapa lagi yg buat jika bukan suami saya.

“Astagfirullah, bukankah suami saya juga beritahu dia juga pening kepala. Rasa hiba mula saya rasakan. Lalu saya ke bilik utk menerangkan kpdnya keadaan saya tadi. Saya tgk dia lena tapi saya pegang wajahnya. Masyallah panas sungguh badannya. Dia demam panas.Saya teringat kata2 terakhirnya sebelum saya tertidur tadi. Dia hanya menyuruh saya mengambilkannya air saja tapi saya membantahnya. Air mata saya ini menitis mengenangkan saya melupakan hak2 suami saya,” ujarnya 


Subhanallah, aku melihat kakak ini bercerita dgn semangatnya,membuat hati ini sayu. Dan dpt ku lihat titisan airmata yg diusapnya.Sambungnya lagi, “Dgn gaji yg saya miliki, saya merasa tak perlu meminta nafkah pada suami kerana gaji saya jauh lebih besar dari suami apatah lagi yg diberikan kpd saya nilainya begitu sedikit. Tapi suami selalu memberikan hasil jualannya dgn ikhlas dari lubuk hatinya.Setiap kali memberikan hasil jualannya,dia selalu berkata “Umi, ini ada sedikit rezeki dari Allah. Ambil ya. Buat keperluan kita.


Walaupun tidak byk jumlahnya, mudah-mudahan Umi redho”, begitulah kata suami saya.“Saat itu saya baru merasakan betapa harta ini membuat saya sombong dan derhaka pada nafkah yang diberikan suami saya, dan saya yakin hampir tidak ada wanita berkarier yg selamat dari fitnah ini”“Alhamdulillah saya sekarang bernekad utk berhenti bekerja, mudah-mudahan saya lebih tahu menghargai nafkah yg diberikan suami. Memang sifat wanita sering susah hati jika tanpa harta, dan kerana harta juga wanita sering lupa pengorbanan seorang suami.

“Saya berkunjung ke rumah orang tua, dan menceritakan niat saya ini. Saya sedih mereka dan saudara-mara tidak bersetuju niat saya utk berhenti berkerja. Mereka membanding-bandingkan pekerjaan suami saya dgn suami2 yg lain.”“Saudari tahu, saya hanya mampu menangis saat itu. Saya menangis bukan kerana apa yg dikatakan adik saya itu benar,


Demi Allah bukan kerana itu. Tapi saya menangis kerana imam saya sudah DIPANDANG RENDAH olehnya.“Bagaimana mungkin dia meremehkan setiap titis keringat suami saya, padahal dgn
titisan keringat itu, Allah memandangnya mulia ? Bagaimana mungkin dia menghina org yg sentiasa membangunkan saya utk sujud di malam hari? Bagaimana mungkin dia menghina org yg dgn kata2 lembutnya selalu menenangkan hati saya?

“Di saat kebanyakan org lebih memilih jadi penganggur tetapi suami saya, tak ada rasa malu baginya utuk menafkahi isteri dgn nafkah yg halal. Itulah yang membuat saya begitu bangga pada suami saya.“Suatu hari nanti jika saudari mendapat suami seperti suami saya, saudari tidak perlu malu utk menceritakannya pekerjaan suami pada org lain. Bukan masalah pekerjaannya tapi masalah halalnya, berkahnya dan kita memohon pada Allahsemoga Allah menjauhkan suami kita dari rezeki yg haram,” kata2 terakhirnya sambil tersenyum manis padaku.


Kulihat dari kejauhan seorang laki2 dgn menggunakan motor buruk menghampiri ke arah kami, wajahnya ditutupi kaca helmet. Sambil mengucapkan salam, wanita itu meninggalkanku.


Wajah wanita itu tenang sekali, wajah seorang isteri yg begitu redha.Ya Allah….Sekarang giliran aku yg menangis. Hari ini aku dpt pelajaran paling berkesan dlm hidupku. Pelajaran yg membuatku menghapuskan persepsi utk mencari org2 kaya sebagai calon suamiku yg selalu bermain dibenak pemikiran ku selama ini.


Subhanallah..Walhamdulillah..Wa Laa ilaaha illallah…Allahu Akbar
Semoga pekerjaan, harta dan kekayaan tak pernah menghalangimu utk tidak menerima pinangan dari laki2 yg baik agamanya