PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, June 2, 2015

Pulau Langkawi Part 9 : Memborong Gamat Nusantara



Yang mana pergi Langkawi takkan rasa lengkap kalau tak pergi kedai gamat Nusantara ni. Hurmmm.. Sebenarnya banyak jek jenis gamat yang ada dekat Langkawi ni tapi tulah. Nusantara dipercaya sejak turun temurun.hehe.

Dekat dalam kedai ni bukan sahaja menjual minyak gamat tetapi ada lagi bermacam-macam produk yang dicamputi dengan gamat. Sabun, lotion, syampu dan segala macam benda termasuk tongkat sakti untuk membantu orang tua berjalan. 




Beginilah rupa dalam kedai tu. tersusun dan teratur. sekali tengok macam nak amik segala jenis produk yang dipertonton untuk dijual. amik banyak maka banyak la bayarannya.hehe. jadi behave2 banyak lagi benda oleh-oleh yang kau boleh beli selain produk nusantara. 



Gamat ni dekat sini harganya murah. 12 botol dijual pada harga RM10.00. Borong banyak-banyak lepas tu luar Langkawi boleh berniaga. Orang jual sebotol RM5.00 tak silap abah pernah beli.




Tarraa.ada jual berbagai ubatan herba yang belum diproses. Tak payah nak masuk hutan bertapa dalam hutan tujuh hari tujuh malam nak carik kayu kayu herba ni.muehehehe.









Pulau Langkawi Part 8 : Skycab (Cable Car) dan Skybridge Langkawi

Cable Car Langkawi

Naik cable car di Langkawi sebab ketinggian dia memang mencabar sanubari. Luruh jantung bila dia bersedia nak turun.Naik ni berharga RM15.00 bila ada Mykad.




Mula -mula naik muka hepi. Pertengahan jalan muka macam xda darah dah semua orang.




Okey muka berdebar. Pengsan!





Bila dah rasa perjalanan kembali normal maka selfie dululah.hehe. Cable car ni akan ada dua perhentian ya.





Skybridge Langkawi

Ni perhentian pertama. Amik gambar klik sana sni lepas puas naik balik cable car terus jalan ke puncak yang ada jambatan langkawi.




okey letak muka sendiri satu!


muka sendiri dua!




muka sendiri tiga!



okey cukup tiga muka aku pratonton amik gambar dekat perhentian pertama ni.hehee


pratonton muka geng plak. Ni teknik amik gambar yang ana ajar supaya gambar tak nampak sama.

Mula-mula tegak!



lepas tu kekiri pulak




lepas tu kekanan pulak.

okey aku tak berapa kekanan.hehe




lepastu kedepan. 




lepastu kebelakang!.hehe





kemudian buat lah muka terkejut macam ni di pengakhiran.hehe




 Jambatan kaca 

okey drama. Di perhentian kedua akan ada jambatan kaca. Ah tipu. Kau kena jalan kaki dalam beberapa meter untuk sampai kesini. turun naik bukit sampai seliparaku tercabut, kain aku pungut segala daun kering. Nasib baik tak tergolek ke bawah. Jalan ni belum siap, jadi dia buat jalan alternatif yang lain.







okey buat muka buruk sikit. hehe










Pulau Langkawi Part 7 : Membeli-belah Coklat di Haji Ismail Group

siapa nak borong coklat angkat tangan! angkat tangan meletup angkat tangan meletup!


coklat dekat sini kebanyakkan dijual dengan harga buku dan sangat murah.sesuai dijadikan oleh2 untuk keluarga nun jauh diseberang.

Mana lagi kalau bukan HIG (HAJI ISMAIL GROUP)



benda yag orang akan beli. PEPERO. Murah.. sekotak besar ada enam 8 otak kecik pada harga RM19.90.

Masa beli coklat ni kau kena bukak kalkulator dalam hp supaya kau paham sebesar apa harga penjimatan yang kau boleh dapat. Si Ana lagi la licik. Dia malas kira dia pakat dengar orang sebelah kira jek. Entah sesape punya kira-kira dia dengar . takpe asal kau dapat jimat dan tak salah beli. 



Harga coklat dekat sini memang pandai main harga . kinder bueno ni kalau dekat harga pasaran jarang jual sekotak besar macam ni. ada enam dalamnya. selalu harga satu kecik tu dah empat ringgit lebih. Jimat kalau beli sekotak camni. Maka boronglah coklat di Langkawi ya.



Nampak coklat kisses tu/ cepat tekan kalkulator berapa dapat jimat . Kalau rasa nak beli satu gabung dengan kawan supaya jadi tiga ya! sekian tips jimat beli coklat di langkawi.hehe






Selain daripada menjual coklat, kedai ni juga menjual kain pelikat gajah duduk dengan harga murah. Pinggan mangkuk dan segala macam jenis produk. tak habis tengok apa lagi yang dijual sebab dah lewat sangat kitorang g borong coklat ni.