PRUDENTIAL INSURANS

Sunday, March 1, 2015

10 sikap wanita yang disukai lelaki





Setiap kali bila aku keluar ke shopping mall, benda yang akan aku selalu nampak adalah pasangan serasi disana sini. Kadang manusia tiada yang sempurna, mungkin kita lihat dari segi fizikal si dia tak layak untuk si dia (pasangan) tapi siapa kita untuk menilai. Mungkin dari mata seorang lelaki, wanita itu yang paling sesuai untuk melalui hari-hari bersama-sama dalam hidupnya.



1. Menjaga penampilan
Lelaki menyukai wanita yang menjaga penampilan diri tetapi yang berpada-pada. Tidak perlu bermekap tebal untuk mengambil hati lelaki. Cukup sentiasa kemas, sopan dan menjaga tutur bahasa kerana ianya mengambarkan penampilan anda sebagai seorang wanita yang bagaimana.


2. Bersifat keanakan
Majoriti kaum lelaki menyatakan menyukai wanita yang kadang berwajah keanak-anakan tetapi bukan dalam semua hal mereka harus berpewatakan sebegitu.


3. Berdikari
Lelaki memang mahu tampak hero terutama didepan orang yang dia sayang tetapi bukan dalam segala hal lelaki menyukai apabila wanita terlalu bergantung harap padanya.


4. Pandai mengambil hati
Wanita dikatakan adalah golongan yang ingin hatinya diambil, cepat emosi dan kuat merajuk. Justeru lelaki juga kadang kala bersifat begitu. Bukan kerana dia mengingingkan rajuk yang berpanjangan tetapi sengaja menguji sikap wanita bagaimana jika dia merajuk. Samaada mengambil hatinya atau membiarkan sahaja.


5. Merajuk yang tidak berpanjangan
Sinonim para wanita untuk merajuk kerana 9 nafsu yang ada pada wanita secara semulajadinya memang begini. Tetapi bagi lelaki, mereka menyukai wanita yang tidak merajuk berpanjangan yang akhirnya akan memudaratkan perhubungan. Lama kelamaan lelaki akan timbul rasa bosan sekiranya wanita yang disayangi tidak berjaya dipujuk dalam cubaan yang berulang kali.


6. Menjaga pertuturan
Bahasa mengambarkan bangsa. Begitu juga pertuturan. Pertuturan mengambarkan siapa diri kita, samaada seorang yang kasar, lemah lembut atau keibuan. Gunakan bahasa yang sopan dalam pertuturan dan elakkan dari mengeluarkan kata-kata kesat dan carutan.


7. Menghargai
Wanita yang tahu menghargai akan berada disamping lelaki yang disayangi saat senang mahupun susah. Sebab mereka tahu penghargaan yang mereka berikan sama utuh dengan cinta yang mereka kekalkan.


8. Memberi sedikit ruang kebebasan
Jangan terlalu mengongkong kebebasan seorang lelaki. Berikan lelaki sedikit ruang untuk melakukan aktiviti yang mereka gemari dalam tempoh berpada-pada. Biarkan mereka bergaul dengan rakan-rakan mereka supaya dapat mengikuti perkembangan semasa. Jadilah wanita yang bijak. Anda juga menginginkan kebebasan dalam berkawan sesama perempuan begitu juga para lelaki.


9. Pandai menjaga hati orang tuanya
Wanita memang dilahirkan dengan sifat yang lebih pemalu berbanding lelaki. Justeru tidak hairan wanita yang mempunyai pergerakan yang sedikit kurang cekap berbanding lelaki apabila bertemu dengan orang yang baru pertama berjumpa. Tidak seperti lelaki, mereka cepat akrab dan boleh berborak mesra walaupun baru pertama kali berjumpa. Namun itu bukan alasan untuk para wanita merapatkan diri dengan ibu bapanya agar tidak jauh jurang yang timbul. Berboraklah dengan mesra dengan ibu bapanya, lelaki pasti menyukainya.


10. Menjaga setiap keperluannya
Cantik dan menjaga penampilan merupakan satu pakej tambahan tetapi pandai menjaga keperluan lelaki merupakan satu anugerah. Cukup sekadar menyiapkan dan menyediakan makanan, menjaga pakaian lelaki sudah cukup untuk membuat lelaki was was mencari peganti.

Kisah gadis si penjual Durian

Orang kata dekat mana ada tangga, dekat situ kita pijak.
Dekat mana ada tali, dekat situ kita panjat.
Dekat mana ada lubang, jangan dekat situ kita terjun.

Aku ingat lagi masa first time abah jual durian. Masa tu era 2002 aku darjah 6 jaya Sekolah Rendah Laksamana, Kota Tinggi.Biasalah dekat sekolah,  memang jadi hobi budak budak tak cukup umur akan ejek kau pakai siapa nama abah kau. Tapi nasib aku baik, mungkin sebab abah aku garang dengan janggut kat dagu, jadi diorang tak berani nak ejek nama abah aku.So, diorang ambil keputusan ejek ''tokey durian, tokey durian''.Tak macam mengarut plak, anak yang dipanggil tokey.padahal yang jadi tokey abah bukan aku * tapi aku aminkan jugaklah mana tau makbul bila besar.boleh la beli BMW barang 6 biji, bunglow dalam 14 biji.kehehe


Selalu la jugak bergaduh dengan adik beradik lain sebab kena gilir-gilir jaga kaunter durian. Yela sebab aku kan pemalu jadi setiap kali orang datang berhenti tepi jalan aku jadi nervous. Benda yang paling aku cuak bila tengah jual tapi benda yang hilang adalah kalkulator, Yela masa tu mencongak pun terkial-kial inikan lagi nak kira kilogram tukar jadi ringgit . hancus kau tau!


Satu lagi masalah bila kau bukak kedai tepi jalan kompem kau akan jadi kaunter pertanyaan. Soalan basic, mostly daripada pelancong Singaporian yang datang nak pergi air terjun Kota Tinggi. Hah kompem akan lalu kat depan tempat abah aku bukak kedai. Standard la bila pelancong asing datang of course kau kena speaking sebab dia tanya dalam english kan. Masa tu umur 12 tahun apalah kau tau sangat pasal english ni . Muet pun kau tak amik lagi. Jawapan yang biasa aku jawab sebab aku da hafal '' you just go straight, straight and the u will find the waterfall''. Bila aku jawab camni semua pun macam taknak caya tapi memang realiti dari tempat abah bukak gerai sampai waterfall hanya perlu tegak sahaja dalam 20km. hehe.. pandai kan aku jawab..


Pengalaman aku jual durian eh,
satu jela aku cerita yang lain rahsia.


Dulu aku sekolah pagi, jadi bila balik sekolah dalam pukul 1.30 petang aku akan turun bus laju laju, siap siap kemudian pergi pondok jaga durian. Camtu la rutin hidup aku bila musim durian tiba. Kalau hari minggu dari pagi sampai ke petang duduk situ, tapi aku bawak buku untuk study. hehehe.bajet jek kan.

ada sekali aku jual tu, dari pandangan aku pelanggan yang beli ni berbeza cara dia mintak turun harga sebenarnya. ada satu nyonya ni dia mintak aku diskaun, aku kata boleh tapi sikit la nya. Perbualan tu berlangsung begini :

Nyonya : Amoi ini durian kasi kurang sikit la.

Aku : tak boleh la nya. tapi kalau nya mau angkat saya kasi kurang lagi.( aku pun kasik la kurang sikit)

Nyonya : kurang lagi la moi. saya kasi angkat banyak

Aku : ermmm, tak boleh kurang banyak sangat nya nanti abah saya marah nya

Nyonya : amoi, kurang lagi la moi.

Aku : tak boleh la nya, sudah banyak kurang nya.

Nyonya : amoi you ni banyak lawa, gigi banyak cantik.

Aku : aarr apa nya. okey nya boleh kasi kurang nya. janji you kasi angkat banyak * masa tu aku cuma tau senyum balik rumah macam kerang sebab lepas nyonya tu beli terus habis buah durian aku jual sebab masa tu aku tak fikir abah marah apa kalau dia tau aku bagi diskaun melampau-lampau.*hahaha



korang nampak tak. kahahaha..masa ni aku rasa umur aku entah berapa tahun tah tapi yang pasti aku bagi dia diskaun banyak sebab dia puji aku. tapi sekarang korang jangan harap, aku dah matang. tak termakan dik pujian dah.hahaha




Kisah gadis si penjual durian




9 contoh soalan temuduga beserta jawapan



Bercerita pasal soalan temuduga. Haritu aku pergi interview. Sebab memang nak rasa interview sangat-sangat tengok apa yang aku boleh cakap kan.


First bila kau antar resume. Kau jangan pakai attach, kau kena la letak sikit ayat bunga bunga sebagai cover sentence untuk kau dipanggil temuduga. Bila attach jangan lah plak attach resume yang salah ya. Kat sini takda pembetulan untuk antar resume lagi sekali macam kau buat zaman assigment zaman belajar dulu dulu.hehee

Contoh ayat yang kau boleh letak masa kau attach resume camni. Kalau kau hantar pakai email:


Dear Mr/ Mrs

In response to the opportunity, I am interested in applying for the (position name) currently available at ( place). I believe that I am suitable and fit for this position. My extensive background in ( position before) at (place). I know that my passions, skills and qualification prove my ability to fill that role.

I have attached my resume for your review and I believe that you will find my qualifications meet all of your requirement. Please contact me at ( telephone no) or (email) if you have any questions. I look forward to hearing from you about interview. Thank you for your time and consideration.

Your Sincerely.
(your name)




Lepas tu bila dipanggil temuduga, dia akan suruh kau confirm kan bahawa kau nak pergi ke tak temuduga tu. Cara menjawab mestilah berhemah dan bersemangat juang yang tinggi macam ni :



Dear Mr/ Mrs (name),

Thank you for providing me the opportunity of interview in (place) on (date) at (time)

I am very excited to discuss my qualifications and opportunity to join your team.
Thank you for your consideration and time. I look forward to meeting you.

Sincerely,
(Your name)





Okey dah settle! Kemudian bermulah degupan jantung sebelum tibanya hari temuduga. Terus terang cakap masa ni kau dah tak endah kiri kanan depan belakang tepi hujung sudut semua. Yang kau fikir apa aku nak jawab kalau soalan macam ni kalau soalan macam tu. Sumpah nervous kau tau. Contoh soalan :



1. Miss/ Mr Please introduce yourself.

Assalamualaikum and very good morning. First, thanks for this golden opportunity that you give me this chance. My self ( your name) form (where). I have done my (diploma, degree, or anything certificate) in ( where). I love ( hobbies) such as reading, writing, outdoor sports or anything.

Cakap jela apa saja yang kau nak orang tu tahu ya. Kalau boleh panjang lebar sikit la tapi jangan meleret-leret macam buat buku biodata zaman sekolah dulu.



2. Tell us about your family

I have ( how many family member did you have ).  I have ( how much siblings, brothers and sisters). My father is ( father occupation) and my mother is (mother occupation).



3. What did you know about this company

From my research that I have done about this company, its about ( tell the history, background profile, vision, mission and objective of the company)

Pergi baca laman web company ni sebelum kau datang temuduga, sekurang-kurangnya dia yakin yang klau bersemangat nak dapat position ni.



4. What you experience before?

Coming to my work experience, I was appointed as a ( occupation before) in ( company address) for about ( how many years do you work). I also have ( additional work that you have done, said as much as you have). Focus to the work that your have done before that more related to this company and position that you apply, Such as project manager ( I have done as marketing, administrative or what so ever in past company).

If your are fresh graduated,
During my bachelor in final year project, I have experience as front desk about 6 month and 6 month interview the consumer about ( title for the project).  I have done a lots of project work during my undergraduate and its show in my certificate.



5. What is your strength and weaknesses

I am a person who is positive about every aspect of live. I am hard working , loyal, dedicated person toward my work. I never give up and also a quick learner.
During my weaknesses, I am not feeling comfortable until I finish my work.



6. Tell us achievement that you get in your life?

At this level of age, I have done ( diploma, degree, master or anything certificate ) that you thing make you proud



7. Do you know about this position ? Tell us.

I have done my research about this position. Please state the task about position you apply.
Such as,
Project executive task:
- prepare the proposal
- calculate budget
- analyse the market
- analyse the demand and supply
- market the product
- improve the profit


8. What you short and long term goal?

My short term goal is to join this company and gain more knowledge in my field. My long term goals to achieve good position in this company.



9. How much your target salary?

It you put a range

Example around ( RM2500- RM3000)

or

I will consider the reasonable offer. At this stage of my career, it's more important for me to use my skills and improve my knowledge.

or

I expect such an amount where I am able to cover up with the current economy and related with my certificate .


At the end dia akan cakap dalam tempoh masa dia akan call kalau kita layak dapat jawatan ni.
Satu lagi pesanan, jangan pakai baju gelap sangat atau yang terlalu menyerlah . Pakai yang suam-suam tapi kau nampak yakin dan selesa.