PRUDENTIAL INSURANS

Sunday, March 1, 2015

Kisah gadis si penjual Durian

Orang kata dekat mana ada tangga, dekat situ kita pijak.
Dekat mana ada tali, dekat situ kita panjat.
Dekat mana ada lubang, jangan dekat situ kita terjun.

Aku ingat lagi masa first time abah jual durian. Masa tu era 2002 aku darjah 6 jaya Sekolah Rendah Laksamana, Kota Tinggi.Biasalah dekat sekolah,  memang jadi hobi budak budak tak cukup umur akan ejek kau pakai siapa nama abah kau. Tapi nasib aku baik, mungkin sebab abah aku garang dengan janggut kat dagu, jadi diorang tak berani nak ejek nama abah aku.So, diorang ambil keputusan ejek ''tokey durian, tokey durian''.Tak macam mengarut plak, anak yang dipanggil tokey.padahal yang jadi tokey abah bukan aku * tapi aku aminkan jugaklah mana tau makbul bila besar.boleh la beli BMW barang 6 biji, bunglow dalam 14 biji.kehehe


Selalu la jugak bergaduh dengan adik beradik lain sebab kena gilir-gilir jaga kaunter durian. Yela sebab aku kan pemalu jadi setiap kali orang datang berhenti tepi jalan aku jadi nervous. Benda yang paling aku cuak bila tengah jual tapi benda yang hilang adalah kalkulator, Yela masa tu mencongak pun terkial-kial inikan lagi nak kira kilogram tukar jadi ringgit . hancus kau tau!


Satu lagi masalah bila kau bukak kedai tepi jalan kompem kau akan jadi kaunter pertanyaan. Soalan basic, mostly daripada pelancong Singaporian yang datang nak pergi air terjun Kota Tinggi. Hah kompem akan lalu kat depan tempat abah aku bukak kedai. Standard la bila pelancong asing datang of course kau kena speaking sebab dia tanya dalam english kan. Masa tu umur 12 tahun apalah kau tau sangat pasal english ni . Muet pun kau tak amik lagi. Jawapan yang biasa aku jawab sebab aku da hafal '' you just go straight, straight and the u will find the waterfall''. Bila aku jawab camni semua pun macam taknak caya tapi memang realiti dari tempat abah bukak gerai sampai waterfall hanya perlu tegak sahaja dalam 20km. hehe.. pandai kan aku jawab..


Pengalaman aku jual durian eh,
satu jela aku cerita yang lain rahsia.


Dulu aku sekolah pagi, jadi bila balik sekolah dalam pukul 1.30 petang aku akan turun bus laju laju, siap siap kemudian pergi pondok jaga durian. Camtu la rutin hidup aku bila musim durian tiba. Kalau hari minggu dari pagi sampai ke petang duduk situ, tapi aku bawak buku untuk study. hehehe.bajet jek kan.

ada sekali aku jual tu, dari pandangan aku pelanggan yang beli ni berbeza cara dia mintak turun harga sebenarnya. ada satu nyonya ni dia mintak aku diskaun, aku kata boleh tapi sikit la nya. Perbualan tu berlangsung begini :

Nyonya : Amoi ini durian kasi kurang sikit la.

Aku : tak boleh la nya. tapi kalau nya mau angkat saya kasi kurang lagi.( aku pun kasik la kurang sikit)

Nyonya : kurang lagi la moi. saya kasi angkat banyak

Aku : ermmm, tak boleh kurang banyak sangat nya nanti abah saya marah nya

Nyonya : amoi, kurang lagi la moi.

Aku : tak boleh la nya, sudah banyak kurang nya.

Nyonya : amoi you ni banyak lawa, gigi banyak cantik.

Aku : aarr apa nya. okey nya boleh kasi kurang nya. janji you kasi angkat banyak * masa tu aku cuma tau senyum balik rumah macam kerang sebab lepas nyonya tu beli terus habis buah durian aku jual sebab masa tu aku tak fikir abah marah apa kalau dia tau aku bagi diskaun melampau-lampau.*hahaha



korang nampak tak. kahahaha..masa ni aku rasa umur aku entah berapa tahun tah tapi yang pasti aku bagi dia diskaun banyak sebab dia puji aku. tapi sekarang korang jangan harap, aku dah matang. tak termakan dik pujian dah.hahaha




Kisah gadis si penjual durian




No comments:

Post a Comment