PRUDENTIAL INSURANS

Sunday, March 1, 2015

10 sikap wanita yang disukai lelaki





Setiap kali bila aku keluar ke shopping mall, benda yang akan aku selalu nampak adalah pasangan serasi disana sini. Kadang manusia tiada yang sempurna, mungkin kita lihat dari segi fizikal si dia tak layak untuk si dia (pasangan) tapi siapa kita untuk menilai. Mungkin dari mata seorang lelaki, wanita itu yang paling sesuai untuk melalui hari-hari bersama-sama dalam hidupnya.



1. Menjaga penampilan
Lelaki menyukai wanita yang menjaga penampilan diri tetapi yang berpada-pada. Tidak perlu bermekap tebal untuk mengambil hati lelaki. Cukup sentiasa kemas, sopan dan menjaga tutur bahasa kerana ianya mengambarkan penampilan anda sebagai seorang wanita yang bagaimana.


2. Bersifat keanakan
Majoriti kaum lelaki menyatakan menyukai wanita yang kadang berwajah keanak-anakan tetapi bukan dalam semua hal mereka harus berpewatakan sebegitu.


3. Berdikari
Lelaki memang mahu tampak hero terutama didepan orang yang dia sayang tetapi bukan dalam segala hal lelaki menyukai apabila wanita terlalu bergantung harap padanya.


4. Pandai mengambil hati
Wanita dikatakan adalah golongan yang ingin hatinya diambil, cepat emosi dan kuat merajuk. Justeru lelaki juga kadang kala bersifat begitu. Bukan kerana dia mengingingkan rajuk yang berpanjangan tetapi sengaja menguji sikap wanita bagaimana jika dia merajuk. Samaada mengambil hatinya atau membiarkan sahaja.


5. Merajuk yang tidak berpanjangan
Sinonim para wanita untuk merajuk kerana 9 nafsu yang ada pada wanita secara semulajadinya memang begini. Tetapi bagi lelaki, mereka menyukai wanita yang tidak merajuk berpanjangan yang akhirnya akan memudaratkan perhubungan. Lama kelamaan lelaki akan timbul rasa bosan sekiranya wanita yang disayangi tidak berjaya dipujuk dalam cubaan yang berulang kali.


6. Menjaga pertuturan
Bahasa mengambarkan bangsa. Begitu juga pertuturan. Pertuturan mengambarkan siapa diri kita, samaada seorang yang kasar, lemah lembut atau keibuan. Gunakan bahasa yang sopan dalam pertuturan dan elakkan dari mengeluarkan kata-kata kesat dan carutan.


7. Menghargai
Wanita yang tahu menghargai akan berada disamping lelaki yang disayangi saat senang mahupun susah. Sebab mereka tahu penghargaan yang mereka berikan sama utuh dengan cinta yang mereka kekalkan.


8. Memberi sedikit ruang kebebasan
Jangan terlalu mengongkong kebebasan seorang lelaki. Berikan lelaki sedikit ruang untuk melakukan aktiviti yang mereka gemari dalam tempoh berpada-pada. Biarkan mereka bergaul dengan rakan-rakan mereka supaya dapat mengikuti perkembangan semasa. Jadilah wanita yang bijak. Anda juga menginginkan kebebasan dalam berkawan sesama perempuan begitu juga para lelaki.


9. Pandai menjaga hati orang tuanya
Wanita memang dilahirkan dengan sifat yang lebih pemalu berbanding lelaki. Justeru tidak hairan wanita yang mempunyai pergerakan yang sedikit kurang cekap berbanding lelaki apabila bertemu dengan orang yang baru pertama berjumpa. Tidak seperti lelaki, mereka cepat akrab dan boleh berborak mesra walaupun baru pertama kali berjumpa. Namun itu bukan alasan untuk para wanita merapatkan diri dengan ibu bapanya agar tidak jauh jurang yang timbul. Berboraklah dengan mesra dengan ibu bapanya, lelaki pasti menyukainya.


10. Menjaga setiap keperluannya
Cantik dan menjaga penampilan merupakan satu pakej tambahan tetapi pandai menjaga keperluan lelaki merupakan satu anugerah. Cukup sekadar menyiapkan dan menyediakan makanan, menjaga pakaian lelaki sudah cukup untuk membuat lelaki was was mencari peganti.

No comments:

Post a Comment