PRUDENTIAL INSURANS

Monday, March 2, 2015

6 Persediaan Sebelum Berkahwin



1. Mencukupkan ilmu

Untuk bakal  suami, ilmu apa yang perlu anda tahu:

+ menjadi imam pada isteri
+ belajar cara menegur isteri

untuk bakal isteri :

+ belajar cara mentaati suami
+ menukar cara berpakaian dan solekan
+ bersedia menyediakan keperluan untuk suami

2. Kursus Pra Perkahwinan

Pergi ke kursus perkahwinan bersama pasangan lebih digalakan. Pergi berasingan tetapi menghadiri kursus ditempat dan masa yang sama kerana ilmu yang diperolehi adalah sama dan boleh saling ingat mengingati jika pasangan terlupa dikemudian hari,

Isi kandungan dalam kursus perkahwinan :

+ ibadah
+ kesihatan dalam kekeluargaan
+ kewangan dalam rumah tangga
+ cara pendaftaran perkahwinan
+ talak dalam penceraian
+ rukun nikah

3. Borang perkahwinan

Borang perkahwinan adalah berbeza bagi setiap negeri. Negeri yang menjalankan pendaftaran perkahwinan secara online buat masa sekarang adalah Johor, Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan.


4. Penyediaan kediaman

Buat mereka yang bakal bergelar suami, pastikan sebelum berkahwin anda telah bersedia didalam penyediaan kediaman yang selesa mengikut kemampuan untuk isteri anda. Tidak kira samaada kediaman sendiri atau sewa asalkan isteri mempunyai tempat untuk berlindung.


5. Keperluan asas nikah

Menyediakan dahulu keperluan asas dalam pernikahan seperti :

+ Pendaftaran perkahwinan
+ Juru nikah
+ Wali
+ Dua orang saksi

6. Keperluan kehendak

Bagi keperluan kehendak, cukuplah sekadar mana yang mampu dan berpada-pada dalam setiap urusan agar tidak berlaku sebarang pembaziran. Antaranya :

+ Kad jemputan ( untuk menghebahkan perkahwinan agar tiada sebarang kekeliruan)
+ Pelamin
+ Tempahan khemah @ dewan
+ Baju pernikahan (beli untuk kenangan)
+ Baju persandingan ( sewa kerana dipakai semasa bergambar sahaja)
+ Pelamin ( mengikut kemampuan samada sewa atau buat sendiri)
+ Jurukamera



No comments:

Post a Comment