PRUDENTIAL INSURANS

Friday, October 2, 2015

Punca dan tanda awal sakit Apendiks






Baru-baru ni dikhabarkan oleh seorang kenalan bahawa dia baru lepas menjalani pembedahan Apendiks. Umur masih diawal 20-an dan itu menyebabkan aku sedikit runsing dengan sakit ini lantas mencari maklumat untuk dikongsi bersama. Kenalan tersebut dimasukkan ke hospital panel insurans PRUDENTIAL dan dibedah dengan serta merta. Ditahan di wad selama 4 hari dengan kos perubatan sebanyak RM15,000 lebih. Aku hanya mampu terkebil-kebil. Sehari selepas pulang dia merasa tak selesa dan pergi ke hospital terbabit kembali untuk membuang gas yang terkumpul akibat pembedahan terbabit. Kos rawatan sehari itu pula hampir RM3,000 lebih. Dr mengunakan sejenis alat untuk membuang gas terbabit yang terkumpul tidak sampai beberapa minit. Dikhabarkan seorang rakanya juga mengalami nasib sakit yang sama tetapi dirawat mengunakan insurans tempat kerja. Dimasukkan ke wad tetapi hari ke 6 baru dibedah kerana doktor lebih mengutamakan sakit orang lain yang lebih serius. Kalau kita? Ermm alang sehari demam pun rasa nak terus baik inikan pula sakit apendiks dibahagian perut kena tahan 6 hari. Tak tertanggung rasanya untuk 6 hari semata-mata menunggu dirawat tapi apakan daya, itu sahaja pilihan yang ada.

Apakah anda mahu jadi seperti kenalan itu atau rakannya? Fikirkan dahulu ya. 3 Keping RM50 sebulan membantu anda mengelakkan jadi seperti rakannya. Jika dengan RM50 boleh dihabiskan sekelip mata kenapa harus berkira untuk membeli insurans yang terang-terang menjadikan simpanan disamping melindungi diri.

Apendiks adalah sejenis organ (usus)  terletak dihujung usus besar yang menyimpan bakteria baik untuk membantu pencernaan. Serangan terhadap usus tersebut terjadi oleh beberapa faktor keadaaan.

Punca Apendiks :
  • Amalan pemakanan yang tidak bersih 
  • Kurang minum air putih dan jarang bersenam
  • Sisa makanan/ najis yang tersumbat di dinding abdomen atau bahagian apendiks
  • Biji cili yang tersekat di usus (terlalu banyak makan pedas)


Simptom Apendiks :

  • Muntah
  • Badan berangin
  • Cirit-birit
  • Terlebih berpeluh 
  • Kurang selera makan
  • Suhu badan meningkat
  • Sakit di bahagian perut
  • Sembelit
  • Tidak mampu membuang angin
  • Selepas dua tiga hari akan berlaku sakit teruk dibahagian kanan perut yang sangat mencucuk

Cara Mengesan Apendiks :
  • Ujian darah
  • Ujian air kencing
  • Scanning
Komplikasi Apendiks :
  • Apendiks pecah : Bakteria akan menyerang sekitar kawasan pencernaan. Semasa pecah, si penghidap akan berasa sedikit selesa tapi hanya untuk seketika dimana sakit tersebut akan datang kembali terutama di bahagian perut (terasa mencucuk-cucuk)
  • Peritonitis : Berlaku keradangan pada dinding perut dan perlu dirawat dengan kadar segera.

Whatsapp untuk pertanyaan : 

012-7430533
Zakiah Hanum
Prudential BSN Takaful



8 Makanan Penyebab Kanser





1. Makanan dalam tin
Makanan dalam tin mempunyai kandungan kimia yang berbahaya dan mempunyai jumlah asid yang lebih tinggi.

2. Daging yang diproses
Daging diproses adalah sosej, daging burger, daging kisar dan sebagainya mempunyai garam dan kimia yang berlebihan.

3. Minuman Berkarbonat
Penimun soda setin sehari berpeluang dijangkiti strok lebih tinggi daripada orang yang tidak mengambilanya.Gula yang tinggi di dalam soda memberikan masalah kegemukan dan obesiti dalam badan,

4. Kerepek Kentang
Kerepek kentang mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Sodium dan garam yang terdapat pada kerepek kentang memberikan kesan yang negatif pada badan,Acrylamide akan terhasil pada kerepek kentang jika di dimasak pada suhu yang tinggi.

5. Makanan yang diawetkan
Makanan terawet biasanya ditambah pewarna dan perasa tiruan yang dapat meningkatkan kadar pertumbuhan sel kanser.

6. Tepung putih
Pemprosesan gandum untuk dijadikan tepung menggunakan chlorine gas yang bertujuan memutihkan tepung tersebut.

7. Gula halus
Kadar insulin yang terhasil akan memudahkan sel-sel kanser merebak di dalam badan

8. Daging merah
Daging merah merupakan protein yang baik jika diambil dalam kuantiti yang sedikit namun jika diambil setiap hari dapat mempertumbuhkan sel kanser dalam badan. Pengambilan berlebihan membawa kepada kanser payu dara, prostat dan kolon. Daging ayam dan ikan kurang memudaratkan berbanding daging lembu dan kambing.

Seeloknya, makan dalam kadar yang perlu. Kurangkan pengambilan gula, garam dan perasa didalam makanan kerana ianya membantu mempercepatkan tumbesaran sel-sel kanser dalam badan. Makan secara seimbang dan amalkan gaya hidup yang lebih sihat. Cari perlindungan yang bijak dengan mencarum insurans hayat. Mencegah lebih baik dari mengubati. Sebarang pertanyaan boleh terus ke :

Whatsapp segera: 012-7430533 Zakiah Hanum _ Agen Prudential BSN Takaful

#Muar #JohorBahru #KotaTinggi #Selangor #KualaLumpur