PRUDENTIAL INSURANS

Monday, May 11, 2015

Pulau Langkawi Part 2 : Parasailing Pantai Cenang Langkawi

Check in hotel pukul 2.30 petang. Kebulur ya amat. Lepas makan biasa-biasa kitorang terus berlesup pergi pantai cenang nak main parasailing. Memang inilah impian, inilah cita cita dan inilah wawasan 2020 sebelum berumah tangga!.ahaha.

Harga boleh tengok dekat bawah ni. Tips nak dapat murah senang jek. Pergi masa orang tak ramai dan pura-pura jenjalan tepi pantai bajet cam taknak main sangat pun. Nanti beach boy datang la menawarkan pakej yang disediakan. Jual mahal sikit konon macam nak termain la sebab dia dah datang dekat. Padahal! memang inilah impian. Nego lelama maka kami dapatlah sekali naik RM 50.00 pada tahun 2015 ini. Lagi ramai orang lagi seronok dia kenakan mahal. heeee. Waktu kami naik angin petang memang bayu laut sangat. show memang show sangat!

Dia akan tanya nak naik dengan instructor ker naik sorang. Kalau korang ada ilmu parasailing tingkat tujuh belas dialukan untuk naik sendiri. Lagi jimat tenaga abang tu tak paayh susah-susah handle korang yang berat kat atas tu macam aku.Elak naik sendiri sampai Thailand terus jek tak balik-balik. Mereput atas pulau.





Okey orang pertama naik mestilah aku. adik yang dibuli T__T. Mentang-mentang dulu suksis habis semua pass ke aku. sobsob. Ingat aku tak takut ketinggian ker. cuak betul! Tapi takpe, semangat suksis tu ada naik jela dulu. Menjerit macam orang tak berapa waras awal-awal jek. Bila dah kat atas, subhanallah cantik sungguh ciptaan tuhan. Nanti aku letak rakaman eh kalau rakaman tu okey.

Anum












Okey dah bila nak landing abang tu akan suh kau bersedia berlari. Tak sampai 5 minit akan bertukar payung pada orang seterusnya iaitu Fida. Sesiapa yang nak bawak monopod kalau gilir-gilir tu bolehlah terus cepat setting rakaman sebelum payung tu bawak kau terbang jauh. Hp yang sanggup menghadapi ancaman bahaya ofcourse la hp aku. Tak mahal dan tak murah sangat tapi okey lah untuk rakaman atas laut. Paling-paling jatuh tak menangis nak beli baru tapi menangis jugak la kalau jatuh. haha

Nak beli SJCAM masih tak mampu inikan pula nak beli kamera GOPRO. Maka amik keputusan korbankan hp sendiri demi rakaman atas laut. Takda plastik cover takda apa bawak macam tu jek . Aku pasrah akan segalanya. Memandangkan kamera mahal boleh masuk air takda maka adalah lebih baik korang bawak monopod mahal yang boleh cengkam kuat hp supaya tak jatuh. Monopod mahal yang boleh dipercayai berharga RM50.00 keatas. Kalau yang RM15.00 tu korang jangan menangis kalau hp tu jatuh dekat dalam laut kena makan ikan jos ya.




Aku berperanan setting kan rakaman sebab aku pemilik hp yang sanggup berkorban. haha. Tapi maaf, rakaman aku dengan fida jek berjaya. Ara dengan Ana Failed sebab lambat sangat setting. Walhal abang yang naik jetski tu cepat sangat jalan. haha




Fida

Fida nak terbangggggg dahhhhhhhh!




















Ana



Okey rakaman ana tak berjaya sebab aku tak tekan atau dia terkeluar. Ana pun tak duk usha kamera kat atas tu setting balik jadi takdelah gambar atas pulau. Takpe ana lepas ni beli GOPRO ya. Boleh kita main paragliding pulak nanti











Naik ni amik masa 15 minit macam tu. Ikut kepakaran orang yang bawak tu lah nak bawak kau berapa lama.

Ara























Dah habis penceritaan ini. Gambar banyak! Cerita sikit lah.


Pulau Langkawi Part 1 : Tiket, Penginapan dan Kereta Sewa

Perancangan sebulan setengah awal. Set tarikh n goooo!


Kereta api Tanah Melayu Berhad

Mula-mula semua orang nak naik tiket flight. Cepat sampai cepat dapat check in tidur. Angan angan macam tulah. Maka mulalah operasi cek harga tiket. Masa tu promosi, Usha bawah RM150 untuk pergi balik daripada Kuala Lumpur. Okey start rancang. Tak lama lepas tu tangan duk gatal usha tiket ktm pulak. Mana tau boleh beli online.Ah sudah. Tau-tau dah sign up sebab tengok tiket ktm pergi balik murah giler iaitu RM23 sehala. Ini tiket paling murah dalam sejarah pernah aku jumpa untuk 10 jam perjalanan hanya DUATIGARINGGIT sahaja!



Beria nak beli tiket murah tu tapi memacam halangan kena tempuh. Nak beli tiket kena ada maybank 2u. Cimb clicks tak jalan ya kawan-kawan. Dah cop tempat duduk nak bayar online tak sampai 5 saat tuppp hilang terus tempat duduk orang lain beli. Cissss. Takda rezeki. Maka terpaksa la amik tiket berkatil berharga RM48 untuk sehala. Maka untuk dua hala jadilah RM96.00. Sekian...

Tiket kitorang pukul 10.00 malam sampai pukul 8.40 pagi. Anda dinasihatkan beli tiket balik terus ya kalau nak naik ktm lagi. Tiket balik pukul 7.15 malam sampai 5.40 pagi.

Tapi tuhan tu adil, dia tak bagi kitorang amik yang murah sebab duduk. 10 jam duduk saja boleh jadi apa tak tahu. adalah lebih baik korang amik katil sekali sebab boleh krooohhh dengan nyenyak dalam kereta api itu. Jangan amik dekat dengan pintu sebab orang akan keluar masuk pergi tandas, pergi kantin, pergi surau dan pergi ke mana diorang suka.siapa kita nak menghalang. Bila pintu terbukak maka akan ada bunyik angin macam cerita final destination. Kalau orang yang lalu tu tutup balik pintu bila dah bukak takpa jugak, kalau tak tutup.masak-masak.memang tak lena tidur. Nak seronok amik katil atas. takdelah orang nampak sangat cuma payah lah nak angkat bagasi letak atas katil. Lagipun atas lagi murah daripada bawah.haha.sebab tu kitorang amik atas. perempuan amik atas senang sebab tak selesa kalau duk bawah orang lalu lalang terusha langsir kau.















Kalau korang rasa nak usha tiket ktmb boleh lah pergi dekat link bawah ni ya.

ktmb online link : ktmb e-ticket



Bila naik kereta api tanah melayu (ktm) ni. Cerita tak habis sampai sini. Daripada KL Sentral kena turun Arau jangan pulak turun Padang Besar sebab lagi jauh untuk pergi ke Jeti Kuala Perlis. Bila lagi jauh maka akan lagi mahal cas teksi nanti. Benda pertama yang korang kena tau lepas beli tiket adalah peta Pulau Langkawi ya. HAFAL jangan tak hafal nanti boleh bajet minyak, bajet tempat tinggal, bajet aktiviti dan bajet waktu aktiviti yang korang nak lakukan supaya tiada pembaziran masa macam kitorang.Padat, tepat, pengsan!


Memandangkan tadi ada yang tanya kalau dari JB macam mana? Kalau nak naik train yang rilex pergerakkannya boleh naik terus dari JB Sentral --- KL Sentral ( Nama train : Senandung Sutera dan tiket paling murah berharga RM33 hingga RM135) . Waktu bertolak 11.35 malam dan sampai 6.50 pagi. Next korang kena tunggu pukul 10.00 malam daripada KL Sentral --- Arau ( Nama train : Senandung Langkawi). Tiket paling murah RM23 sehingga RM107.

Makanya adalah sangat leceh naik ktm kalau beg besar gajah. Lebih elok la naik jek Air Asia daripada naik ktm atau naik bus. Cepat sampai banyak sikit aktiviti yang boleh dilakukan. Tadi usha harga tiket dari Kuala Lumpur --- Langkawi serendah RM39.10. Untuk Johor Bahru --- Langkawi (harap maaf takda tiket ke sana menaiki Air Asia) .Penduduk Johor boleh try usha pakej menaiki bus di sini ya.


pakej bas persiaran link : Pakej Bas Persiaran


Untuk pengumuman kami daripada :

 KTM KL Sentral --- KTM Arau ( menaiki kereta api dengan cas RM48.00 sehala)
 KTM Arau --- Jeti Kuala Perlis ( menaiki teksi cas RM26.00)
 Jeti Kuala Perlis --- Jeti Kuah Langkawi ( menaiki feri RM18.00 sehala )

Teksi 




Nah harga teksi dekat Arau ni. Bagusnya dekat sini harga semua sama. Naiklah pemandu teksi rupa yang macam mana pun harga tetap sama. Jadi tak paya risau kena ketuk, kena tipu, kena kelentong ya.

Feri 

Lepas sampai jeti kitorang beratur beli tiket feri berharga RM18.00 sehala. Ini waktu yang ada. Kadang bila ramai orang dia tak jadi waktu macam ni. Dia ikut waktu kaunter tiket tu. Ada banyak company feri dekat jeti ni. Tak kisah nak pilih yang mana sebab semua harga sama. Kalau ramai orang memang masak la nak tunggu. Kitorang sampai pukul 9.00 pagi dapat tiket feri pukul 12.00 tengahari. Kerana tak nak beli online makanya tersadai 2 jam lebih dekat jeti Kuala Perlis. Nasib baik ber air cond takdalah masalah sangat.





Kereta Sewa

Untuk kereta sewa pulak orang cakap datang jek jeti kuala perlis nanti mesti ada orang datang ke kita. Bila dia datang tu kau pandai-pandai la nego. Bila dia tanya datang jeti naik apa, jangan cakap teksi atau kereta sendiri. Cakap naik bus. nanti dapat murah. Sebab kitorang dah kena T__T.
Kitorang amik viva 600cc dari hari jumaat pagi sampai lah ahad petang berharga RM100 (auto). Boleh tahan murah lah. Kondisi kereta 80/100. Minyak ulang alik 3 hari RM30.00 SAHAJA!


Penginapan

Hotel dah tempah siap-siap online takut penuh. Kitorang pilih TEN STREET motel dekat Kuah sebab dekat Pantai Cenang hotel semua dah penuh. Maka korang dinasihatkan untuk menyewa di pantai chenang sebab kebanyakkan aktiviti menarik dekat sana . Kuah --- Pantai Cenang : 40 minit drift! sebab dah sewa dekat kuah maka setiap hari ulang alik dari kuah --- chenang. Viva jimat minyak dan muat untuk 4 orang. Jadi daripada hari jumaat sampai sabtu minyak yang digunakan hanya RM30.00. Heheheee..Kalau korang duduk pantai chenang senang nak beraktiviti tapi makanan dan tempat shopping kebanyakkan yang murah dekat kuah sebab chenang kawasan pelancong. Jadi harga lebih kurang standard pelancong la. Tapi so far tengok okey jugak la harga makanan lori tepi tepi jalan pantai chenang. Masih boleh diterima akal! Hotel ni RM200 untuk 3 hari 2 malam ( dua katil queen, bilik aircond, satu bilik air). Owner dia bangsa cina tapi mesra nya ya amat. Kau belum habis masuk dia dah tunjuk macam-macam. Nak tekan remote camni, nak petik suis aircond, heater, nak iron. eh semua lah apa dia ada kau tanya jek. heeeeee.



Cerita seterusnya :




Part 5 : Island Hoping