PRUDENTIAL INSURANS

Wednesday, April 1, 2015

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat....






Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat...
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu...
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang...
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah...

Bila hati terguris, kita kata... ' Mak memang tak pernah faham'
Bila hati kita terhiris, kita kata... ' Ayah memang tak ambil kisah.'

Tetapi...

Bila hati mak kita terguris, mak kata... ' Tak apa, dia masih muda'
Bila hati ayah kita hiris, ayah kata... ' Tak mengapa, belum sampai akalnya'

Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki...
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...





Guru Matematik paling tampan dalam sejarah!







Ramai pelajar yang mudah pening apabila membabitkan pelajaran terutama bab kiraan dan matematik. Namun siapa sangka, apakah kepeningan itu akan berlarutan sekiranya si pengajar setampan ini. Makin bersemangat nak belajar mungkin.


Pietro Boselli bukan sahaja tampan malah seorang yang dikatakan sangat bijak. Kini beliau menyandang jawatan sebagai seorang pensyarah Matematik dan juga penyelidik di University College London.


Berketinggian 6'1 merupakan faktor tambahan yang dimiliki, dengan kebijakan yang dimiliki beliau pernah menerima anugerah " Faculty Excellent Scholarship" dan lulusan ijazah kelas pertama.


Muka yang cukup tampan membuatkan beliau menjadi rebutan pereka ternama untuk dijadikan sebagai model pakaian mereka. Berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat Phd dalam bidang kejuruteraan.


Dengan harapan, silalah datang belajar di Malaysia >_<









Who says you can't be smart and good looking? 


Foto : Daily Mail




Penggambaran Running Man di Tasik Baikun, Sarawak APRIL ini









Berita gembira buat peminat Running Man semua bahawa mereka akan melakukan penggambaran Running Man di Tasik Baikun, Sarawak pada April ini.

Tempat dipilih berdasarkan kawasan ini yang mempunyai kecantikkan landskap dan kepelbagaian biodiversiti. 


Buat peminat Kwang soo, anda pasti tidak sabar untuk mendengar ungakap I LOVE MALAYSIA!! * sama macam semua negara lain yang dia dah pernah pergi*


Tambahan lagi, kesemua ahli Running Man akan datang ke Malaysia iaitu Yoo Jae-suk (42), Kim Jong-kook (38), Gary (37), Haha(35), Song Ji-hyo (33), Lee Kwang-soo (29) dan Ji Suk-jin (48).


Anda teruja? Okey sama-sama kita nantikan! Boleh tumpang rasa bangga negara Malaysia masuk set penggambaran Running Man. ehhhehehe


Sumber : www.wanista.com