PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, March 10, 2015

Bila mak abah kita pergi, kuburkan mereka. Jangan biar orang lain yang membuatnya.


Ayat yang menyentuh perasaan seorang anak yang mungkin ramai masih ambil sambil lewa. Dimana ia diperoleh dari seorang pemilik akaun Facebook. Bukan sahaja mandi dan solatkan, malah biar anda sendiri yang menguburkan mereka dalam liang lahad.  Biarkan pahala itu pahala terakhir semasa anda dapat melihat mereka.


Berikut merupakan kata-kata yang patut dan perlu anda ambil peduli sebelum segalanya terlambat dan kecewa yang anda dapat.




DIET? apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan





Day 1


Tanpa ubat kurus atau produk perlangsingan dipasaran, anda mampu untuk kurus dan sihat seperti orang lain dengan syarat follow the rule and don't cheat. Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari agar segala mineral yang tidak diperlukan akan dikeluarkan melalui proses perkumuhan.



Good luck My Fiance!


Tips ni saya kongsi khas untuk awak dan mereka yang ingin kurus.


Bagi mereka yang sedang berdiet, berikut merupakan beberapa makanan yang patut dielakkan semasa proses diet anda berjalan.


Yang tidak boleh dimakan

  1. Nasi, mee, bihun, laksa, laksang, spagheti, kuew teow dan segala jenis mee didalam dunia
  2. Roti, roti berserat, roti canai, roti jala dan segala jenis roti di dunia ni
  3. gula pasir, gula melaka, madu dan segala jenis gula
  4. segala buah buahan terutama pisang
  5. minuman bergula, bersusu, berkafein
  6. makanan ringan seperti twisties, jacker dan segala jenis makanan ringan(gula2, aiskrim, pop corn)
  7. segala bentuk kekacang, tempe dan sebagainya
  8. makanan berproses seperti bebola ikan, bebola udang, bebola ayam dan segala jenis bebola berkanji
  9. makanan bertepung seperti kuih muih, jemput jemput dan semua makanan daripada tepung gandum
  10. sos dan kicap kerana tinggi karbohidrat
  11. sayuran tinggi karbohidrat  seperti kentang, ubi kayu, keledek dan lobak
  12. produk tenusu seperti yogurt, dadih, susu tidak kira rendah lemak ataupun tidak
  13. sate yang diperap dengan gula melaka
  14. keropok lekor, oat, gula perang, beras perang


Yang boleh dimakan


  1. Ayam (semua bahagian ) : panggang, steam, bakar, sup atau goreng tanpa tepung
  2. Telur ayam, telur itik, telur ikan, telur dadar, telur rebus atau telur goreng
  3. Ikan, udang, ketam : kurangkan sotong kerana tinggi karbohidrat
  4. daging (semua bahagian) : rusa, lembu, kambing
  5. sayur hijau (lagi hijau lagi bagus) : sawi, bayam, salad, timun *kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi dan tomato
  6. keju jenis cheddar, mozarela, parmeson : 2 keping sehari
  7. air kosong : 8 gelas sehari bersamaan 2 liter = satu setengah botol mineral besar
  8. burger, hotdog : daging sahaja roti jangan
  9. makan supplement atau vitamin tambahan untuk  tambah tenaga (spirulina)
  10. rumpai laut
  11. rempah ratus asli tanpa perasa dan gula tiruan
  12. minyak masak. m,inyak zaitun 
  13. chewing gum yang sugar free : 1-2 biji sehari memadai
  14. teh hijau, teh herba, teh orang kampung : tanpa gula
Sumber : Diet atkins Malaysia


Untuk masa yang lebih pantas, anda digalakkan untuk bersenam dua kali seminggu atau lebih elok setiap hari. Jika tiada kesempatan cukup dengan berjalan kaki atau menaiki tangga di tempat kerja.


Lets stay fit and healthy guys. 

Opening Ceremony ASEAN-Japan Cooperation Project Universiti Putra Malaysia


Sushi



Opening Ceremony ASEAN-Japan Cooperation Project Universiti Putra Malaysia yang berlangsung pada 4th March 2015. Banyak yang dipelajari. Tujuan diorang datang nak memperkenalkan makanan dan budaya masyarakat JEPUN. 


Sebelum tu meh nak ajar sikit cakap Jepun  :

Ohayoo Gozaimas.
Selamat pagi

Ogenki Des ka
Apa Khabar?

Onamae Wa?
Siapakah nama kamu?

Watashi Wa Zakiah Hanum San.
Nama saya Zakiah Hanum. Heeee


Nanti aku ajar lagi eh cara nak sebut bahasa Jepun.



Berdasarkan maklumat yang diterima, Jepun adalah negara yang kurangnya golongan obesiti dan juga tingginya masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat berbanding negara lain. Tak percaya? Lihat sahaja makanan yang mereka makan. Penggunaan minyak untuk menggoreng makanan adalah sangat sedikit. Mereka sangat menyukai SUSHI iaitu gumpalan nasi pulut yang dimakan bersama ikan mentah atau hasil laut mentah yang lain. Dulu aku kurang gemar sangat sushi ni, yela sebab tekak orang kampung kan. Sekarang boleh pergi jauh sikit la. Cuma sushi golongan terpilih jela yang dapat masuk tekak aku. Yang pelik pelik masih tak boleh telan lagi. 


Sebenarnya bukan sushi jek, ada banyak lagi makanan yang diorang buat yang masih belum sampai ke Malaysia. Yang dah sampai macam tempura dan takoyaki. Yang tak berapa terkenal lagi macam Yakitori dan macam macam lagi. Maaf kurang penghafalan semalam. Heeeeee



Dari penglihatan aku, diorang bekerja keras dalam membuat kerja. Jalan pun laju, tangan buat kerja pun laju. Semua serba serbi laju.  Kulit diorang? Toksah la duk dekat dengan depa, buat malu jek. Kalau golongan perempuan sahaja kulit flawless takda la malu sangat, tapi lelaki dari Jepun pun memiliki kulit yang cantik dan gebusss u know. Jeles T____T! Yang comel-comel kecik kecik ingat umur 18 tahun, rupanya 26 tahun. 


Tempura udang


Tak tahu tulis apa ni.haha



Bekas teh hijau yang ada tulis Opening Ceremony


MAFF berkerjasama dengan UPM dan badan-badan lain dari Jepun