PRUDENTIAL INSURANS

PETUA

PETUA DI DAPUR

Telur rebus mudah dikupas

Kulit telur rebus yang masih panas jika dikupas akan mudah terkoyak. Terdapat banyak petua agar mudah mengupas telur rebus agar cantik dan gebu. Sebelum mengupas telur, rendamlah telur yang sudah mendidih itu kedalam air.Kemudian barulah kupas. Selamat mencuba!








Kacang bendi tetap segar

Didihkan air panas dan masukkan satu sudu kecil minyak panas. Kemudian rebuskan kacang bendi tanpa memotong mana-mana bahagian agar ia tidak berlendir. Tetapi jangan terlalu lama merebusnya!



Daging kambing tidak berbau

Daging kambing dikategorikan sebagai daging yang kuat baunya tetapi teramat sedap. Apabila membeli daging kambing jangan cepat memasaknya. Rendam daging kambing terbabit dengan air basuhan beras selama setengah jam, kemudian direbus dengan air yang dicampur halia. Air basuhan beras dapat menghilangkan bau sekaligus melembutkan isi daging terbabit.



Elak nasi cepat basi

Nasi yang mengalami pengewapan terlalu banyak akan cepat basi. Bagi menjadikan nasi tahan lama, letakkan secubit garam sebelum memasaknya. In sha Allah nasi yang dimasak tahan seharian.


Kurang ulat/kutu didalam beras.

Beras yang terlalu lama disimpan akan mengandungi kutu beras. Bagi mencegah kutu-kutu ini dari masuk kedalam beras, ambil daun limau nipis dan masukkan kedalam beras yang disimpan. Hasilnya, beras tidak akan diserang kutu.