PRUDENTIAL INSURANS

Friday, March 27, 2015

Perbezaan antara ayam TEXAS dengan KFC








Siapa pernah makan ayam Texas ? Angguk kepala

Siapa yang selalu makan ayam KFC?  Tengok keatas.

Texas adalah sebuah company yang menjual produk utama iaitu ayam goreng seperti KFC. Texas masih belum merebak ke seluruh pelusuk negeri di Malaysia dan ianya semakin berkembang sedikit demi sedikit diatas permintaan yang meningkat. Tapi company ni dah wujud agak lama juga namun ia baru datang ke Malaysia.


Perbezaan antara dua ayam ni. Bagi aku KFC ni dah terlalu biasa. Rasa masih sedap tetapi kadang kita nak kelainan. Ramai yang cuba menandingi resepi KFC tapi tak ramai yang jadi lebih sedap kecuali Texas. 


Bagi aku, Texas bagi rasa yang lain daripada KFC. dari segi kerangupan dan rasa. Rasa ayam ini lebih pedas sedikit dan bersesuaian dengan tekak melayu yang sukakan pedas. Cara Hidangan juga hampir sama tetapi ada yang berbeza. Roti bun yang digunakan di KFC adalah roti bun biasa manakala Texas pula akan mengunankan butter cookies ( sejenis roti yang lembut didalam rangup diluar dengan rasa butter yang sedap dan berbau manis). Sebenarnya tak tau nak panggil bun ke cookies. huhu.Tersangatlah sedap bagi aku.


Cara penyediaan air juga berbeza, Texas akan beri cawan kertas kosong dan pelanggan dibolehkan memilih sendiri air yang diinginkan di bahagian kiri . Ais juga diletakkan sendiri mengikut keinginan sendiri.


Okey dah pergi rasa ayam texas.
Sedapnya ayam goreng.

No comments:

Post a Comment