PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, August 18, 2015

Lasik Mata

Okey bab yang ni kena tulis.Sebab kekadang manusia ni bila banyak duit dia terlupa senarai2 yang dia nak buat. Perkara pertama yang aku nak buat untuk diri sendiri adalah lasik mata. huwaaa. Sejujurnya aku manusia rabun yang tak suka pakai kaca mata. Aku rasa kaca mata tu sangat mengangu pernafasan *drama sangat*. Taklah, sebab aku tak suka ada benda bertenggek atas hidung aku. Rasa cam berat sangat. Nak baring depan tv pun susah bila ada kaca mata atas hidung. tak suka jugak la tapi takkan la sentiasa nak pakai contact lens. Melampau rasanya pakai lens dalam rumah. 

Dengar citer lasik ni ada yang mahal ada yang murah. keberkesanan tu tak pasti la lagi. kalau sepasang mata dah RM6000. Hah! Tunggu kaya baru buat. Sekarang banyak keperluan yang perlu diuruskan. Tapi bila nak kaya ni.. usaha usaha doa tawakal ya.

Aku start rabun masa semester 1 degree. Masa matrik dulu aku suka bercita-cita nak rabun sebab tengok macam best jek orang pakai cermin mata ni * setakat ni impian paling mengarut yang dah termakbul aku pernah impikan* . Biasalah manusia, tak dapat nak, bila dah dapat menyesal ! memang menyesal pun bila dah rabun. Seksa nak melekatkan cermin mata setiap masa dekat telinga ni hah. Kadang aku memang sengaja taknak pakai tapi bila kawan start bukak cerita dan tunjuk tunjuk apa yang diceritakan rasa kesian plak dengan diri sendiri. Siap suh kawan stop kejap bagi aku pakai cermin mata kemudian sambung cerita balik. Memang tak seronok nak bercerita bila kau kabur penglihatan ni. 






Sebab tak suka pakai cermin mata selalu jadi ni cermin mata ketiga yang telah musnah sebab jatuh dalam longkang. kuikui. tragedi

No comments:

Post a Comment