PRUDENTIAL INSURANS

Sunday, March 22, 2015

AWAS! Bahaya membaca hp ketika baring.






hensem betul




Menurut kajian dilakukan oleh Professor Zakiah Hanum, terdapat beberapa bahaya yang bakal menimpa anda sekiranya anda memegang dan membaca hp ketika berbaring. Objektif kajian adalah untuk melihat kesan kesan yang bakal timbul sekiranya anda masih berdegil untuk membaca hp ketika baring. Kaedah kajian adalah melalui pemerhatian dimana masa yang diperuntukkan sudah begitu lama namun penulisannya hanya dapat diselesaikan pada hari ini sahaja. muahhsiked..heee


pegangan yang dimaksudkan adalah skrin hp diatas kepala bukan ditepi.


antara bahaya bahaya yang bakal menimpa anda :



1. hp jatuh di bahagian muka anda

sakit yang bakal anda rasakan sama seperti hentakan tulang yang terkena pada kayu besbol.

hipotesis akan berbunyi begini :

''semakin berat hp anda maka akan semakin berat sakit yang dirasakan''

bahagian muka yang dikhuatirkan akan berlaku perubahan adalah di hidung dimana jika ianya semakin kemek, jangan anda tanya kenapa ya.



2. tangan anda menjadi lenguh

lenguh yang dirasakan seakan sengal-sengal yang panjang kesudahanya. kerana apa? mengikut kajian prof, tekanan di atas adalah lebih berat daripada tangan anda maka bebanan yang dirasakan akan mengenai urat saraf jari jemari lalu menghubung terus pada tangan. hasilnya? nah rasakan!



3. dikhuatiri mata menjadi rabun

jarak mata terlalu dekat dengan cahaya skrin. jarak perbandingan dapat dibuat antara memegang hp ketika baring dan memegang hp ketika duduk. ketika duduk mata akan lebih jauh darpada skrin dan kadar kerabunan anda dapat dikurangkan. ianya sangat berbeza ketika baring. mereka yang membaca hp ketika baring kadang akan membaca lebih pada waktu malam dan ianya akan semakin bahaya sekiranya anda membaca ketika lampu sudah tertutup.heee



sekian kajian yang tak seberapa, kita sambung nanti nanti ( zakiah hanum, 2015)



salah satu penyelesaian masalah. lazy pod namanya:P



pesanan : professor sudah melampirkan kesan kesan yang bakal berlaku, sekiranya anda masih berdegil itu terpulang. prof nak berangkat dulu sebab ada banyak kajian lain yang perlu dilaksanakan .muahhsiked :*




No comments:

Post a Comment