PRUDENTIAL INSURANS

Sunday, March 22, 2015

Golongan golongan manusia yang wujud apabila GST bakal menjelang tiba








Perhatikan berikut beberapa golongan yang ada.pilih anda yang mana ya ..


1. Golongan yang menentang

golongan golongan ini biasanya menentang melalui media sosial. mereka akan menaip dengan kata kata yang sesetengahnya berhemah dan sesetengahnya memaki hamun.

dewasa ini,

Malaysia telah mengambil keputusan dimana jika menaip sesuatu diluar kawalan akan membawa kepada akta hasutan . tapi kalau tengok balik mengenai video yang memperlekehkan hudud, takda pulak kena ambil tindakan. sekadar dengan meminta maaf dengan mengatakan ianya tidak sengaja.

tidak sengaja bererti dengan tanpa niat. video kalau tanpa niat tak jadi video. fikirkan ya semua!


2. Golongan yang pura-pura suka

dalam banyak banyak golongan, golongan ni paling membahayakan. kalau kau lampirkan 10 keburukan GST dia akan datang dengan membawa 100 kebaikan GST. Mampu? *geleng kepala tapi dalam hati, fakta kau bawak semua macam cincalok*

orang macam ni juga seorang yang hebat! sebab apa? sebab walau beribu iklan penyampaian tentang GST dia sorang jek yang faham.kan power tu!! rakyat masih diluar kesedaran apakah kebaikan GST. tapi bila iklan dia akan cerita satu kebaikan yang kadang diputar belitkan .contoh macam tiada kenaikan tambang awam dalam iklan tapi luar iklan ada pulak. -.-''.

Selain tu, iklan akan suruh pergi website bila dah cakap satu kebaikan gst. cerita jela terus sampai habis kat situ. kau rasa orang tua yang tak berapa hidup mewah ada masa ker nak g tengok komputer tengok website kau. adesss...

golongan macam ni tak tahu nak cakap macam mana. mungkin sebab gaji dia besar jadi dia kena pura pura suka. cuma ingat, walau gaji kau besar dan kau mampu bukan bermakna kau boleh lupakan mereka yang tak mampu. GST ni melibatkan semua orang. contoh : barang tu naik 20 sen apalah sangat dengan gaji kau sebab kau mampu kan. orang lain? kau ada fikir.entah kenaikan 20 sen tu yang buat dia tak dapat beli barang terutama kalau benda tu  makanan.


3. Golongan yang redha

golongan ni dia dengar kebaikan dan keburukan. dia dengar dari pihak orang yang menentang dan juga dari pihak orang yang pura pura suka. dan dia dapat jangkakan apa yang berlaku.

walau ditentang benda ni tetap akan jadi juga.

kerana apa? kerana alangkan undi yang sepatutnya demokrasi tu pun boleh tuptup blackout inikan pula GST yang ibarat celah gigi bagi diorang. fikirkan ya! golongan ni dalam masa sama dia mengharapkan penghapusan GST tapi dia tau apa boleh buat. pasrah jela. naik harga pulun tulang empat kerat, turun harga guna tulang dua kerat. hikhok



4. Golongan yang tak ambil peduli

golongan ni pula golongan yang berpendapatan seharian yang hanya tahu ambil barang dikedai, bawa ke kaunter dan terus bayar. dia tak ambil kisah mengenai harga yang dia bayar. yang dia tahu duit dia cukup untuk bayar barang tu walaupon realiti dia sedar yang duit makin hari makin susut. yela duit siapa yang tak susut kalau beli barang kan. bezanya cuma kalau harga barang naik, duit dia susut cepat sikit berbanding dengan harga barang tak naik.






No comments:

Post a Comment