PRUDENTIAL INSURANS

Sunday, March 22, 2015

Sejarah Dede si manusia pokok










Dede adalah seorang nelayan  yang mengalami luka di lutut saat remaja. Anehnya, selepas kejadian itu, luka tersebut bertukar menjadi sisik sisik yang tumbuh di beberapa anggota badannya seperti akar pokok. Peristiwa seperti ini membuatkan ramai ahli perubatan yang bingung dengan kejadian yang dialami Dede.


Disebabkan perbezaan fizikal dengan manusia lain, dia ditinggalkan isterinya dengan dua orang anak yang sudah menginjak dewasa. Fizikal sebegitu juga membataskan dirinya untuk melakukan tugas tugas seharian. Dia juga melakukan kerja sebagai golongan yang melakukan '' Pertunjukan Aneh'' bersama rakan yang lain untuk menafkahi keluarganya.


Ketika dia berfikir tiada yang mampu merawatnya, datang seorang pakar  asal Amerika menawarkan diri untuk merawatnya.Selepas memeriksa tubuh dan sampel darah beliau, doktor terbabit (Dr Anthony Gaspari) dari Universiti Maryland menyifatkan bahawa penyakit yang menimpa diri Dede adalah penyakit yang diberi nama human papilloma virus (HPV). Umumnya virus ini yang menyebabkan sisik seperti kulit pokok tumbuh di tubuhnya. Dr tersebut yakin bahawa Dede boleh dirawat dengan memberi vitamin A setiap hari dimana vitamin terbabit akan menghalang pertumbuhan sisik tersebut.



Dede mula dirawat pada tahun 2007 yang membelanjakan wang paling besar dan sehingga sekarang, operasi yang dilakukan pada Dede telah melebihi dari 9 rawatan. Seusai kini, dede sudah kelihatan kembali seperti manusia normal walaupun sisik terbabit tidak dapat dihilangkan 100% namun dia mampu memegang hp dengan tangannya sendiri.


Selain daripada Dede di Jawa Barat, terdapat individu lain yang menerima nasib sama sepertinya iaitu Isal di Painan, Sumatera Barat, Iwan dan Semarang, Lin Thianzhuan dari China dan Ion Toader dari Romania








sumber : noldesibel.blogspot.com & mantapnews.blogspot.com







No comments:

Post a Comment