PRUDENTIAL INSURANS

Sunday, March 22, 2015

Amukan Rempeyek!







Kalau orang cerita pasal resipi rempeyek nak bagi rangup, nak bagi kriuk kriuk bila makan aku pulak nak cerita kisah tragedik pasal rempeyek.



Benda ni dah lama dulu.
Satu ketika semasa puasa.
Tahun berapa tak ingat pulak.


pada satu pagi ditengah puasa, abah bawak balik surat khabar dengan tajuk terpampang di muka depan ''AMUKAN REMPEYEK'' . Mesti korang pelik macam mana aku ingat kan tapi tula.Kadang benda pelik pelik zaman dulu jugak kita ingat. yang ilmiah dalam buku kurang ingatan pulak.ajaib ajaib. kuikui..


Mengikut dari kisah yang aku baca tu kisah nya dimana seorang ibu yang sedang sibuk membuat persiapan hari raya. Di siang hari si ibu membuat rempeyek untuk bekalan pada hari raya yang bakal tiba. Serius aku cakap benda paling mengundang kesabaran adalah membuat rempeyek. Berpeluh nak siapkan sebalang bai. Lagi lagi kalau buat bulan puasa. Pahamkan sendiri jela tahap kesabaran tu kena tingkat yang mana. Nak buat bukan main payah nak lesapkan 5 saat pun sempat.


Ketika si ibu sedang sibuk membuat rempeyek, dengan usaha penat lelah membuat rempeyek lalu datang anaknya yang tak silap aku baru sekolah tadika masa tu bermain di tempat si ibu membuat rempeyek. Dengan tidak sengaja si anak terjatuh pada rempeyek yang si ibu buat. Mungkin si ibu mengunakan dapur bawah supaya senang duduk macam kitorang selalu guna * sila bayangkan dapurnya dibawah beserta kerusi kecik untuk duduk*. Lalu terjadilah satu trauma dimana ibu tidak dapat menahan kemarahan lalu melepaskan seluruh amarah yang ada dengan membantai anak terbabit. Kesudahanya, si anak kritikal. Apabila pulang si suami dari tempat kerja beliau melihat anak sudah separuh sedar dan bergegas membawanya ke hospital. Mujur kanak kanak itu dapat diselamatkan. Menurut kenyataan pakar daripada hasil siasatan yang dijalankan dipercayai si ibu mengalami satu tekanan mental dan sudah mengidapnya dalam tempoh yang agak lama. Ketika aku baca kes masih berada dalam siasatan. Tak tahulah sama ada si ibu kena tangkap ke tidak. Waallahualam.


Apa pun semoga cerita ini menjadi pengajaran.
Entah apa yang merasuk si ibu sehingga membuat tindakan sebegitu.


Okay dah tu jek ceritanya.


Sejak kejadian terbaca akhbar tu jadi setiap kali akak aku buat rempeyek aku ngan abang aku akan curik makan dimalam hari dimana ianya tidak akan bertahan sehingga raya menjelang tiba. Lalu akan berlakulah satu pertengkaran emosi dan kami adik beradik namakan ia sebagai '' amukan rempeyek''!.
hahaha.

No comments:

Post a Comment