PRUDENTIAL INSURANS

Wednesday, June 24, 2015

Aroi Thai Boat Noodle Cyberjaya



Tak tahulah apa spesialnya makanan dalam mangkuk kecik kecik ni. Bila dah pergi sana, aah memang show cara makanannya. Ibarat kau amik lauk sikit sikit sikit tapi kau nak rasa semua sekali jenis makanan yang ada dalam kedai tu. hehe. Lokasi kedai ni dekat Shaftsbury Cyberjaya. Deretan kedai depan sekali ya. Dinasihatkan untuk parking belakang bangunan sebab depan tu kebanyakkan parking reserved owner-owner kedai dekat situ.




Harga makanan murah jek. Baik air, baik makanan semuanya RM1.90 sebekas. Cuma bekas tu memang kecik cinonet dua kali suap dah selesai masuk perut.





Ini antara air yang ada dalam kedai tu. Thai Iced Tea tu kau tau rupa camna? sebijik macam teh ais orang melayu panggil,.



Ini pulak makanan makanan yang ditawarkan. Thai Crisp Fried Anchovies with Peanut tu nama kemain meletop. Rupanya ikan bilis yang digoreng dihidangkan sekali dengan kacang.muehehe



Inilah menu menu yang berjaya dipesan pada fasa pertama.




Ini pulak som tam yang diperbuat daripada betik muda. super sedap .Rasa macam ada udang halus tak silap. Yang mana alergi makanan seafood tak paya la makan. Tapi kalau jenis tegar macam aku, silalah makan. Sekurang-kurangnya dapat jugak merasa kan.




Vegetarian Spicy Spring Roll ni pulak ibarat kuih popiah gulung yang digoreng berintikan sayur didalamnya. Cecah dengan sos bila nak makan. Ada dua jek maknanya satu harga lapan posen. Korang memang kena beli dua jugak sebab takda harga lapan posen pun dalam kedai ni :P





Muka kenyang pada pinggan bertingket tingket yang pertama.





Memang semua orang bila dah makan dia akan susun tingket tingket macam ni sebab nak kemaskan meja dan tambah lagi mangkuk seterusnya. haha. Jangan terlanggar sudah habis berkecai plak mangkuk gambar ayam ni nanti.





Ini menu yang diambil oleh fida dimana dia datang setelah perut kenyang. Hanya sekadar merasa, Bila lapar lagi boleh tambah lagi. Tak paya malu sebab orang pun paham kita takda rupa raksasa cuma mangkuk tu jek yang kecik. Lagipun kita bayar sendiri bukan orang lain bayar. hehe



Bila kenyang senyum pipi naik sampai tak nampak mata ni.




wefie o.n.e




wefie t.w.o





wefie t.h.r.e.e



wefie f.o.u.r


wefie f.i.v.e


wefie s.i.x



wefie s.e.v.e.n



okey sebagai penutup nak cakap makanan dalam kedai ni memang sedap. berbaloi ajak lepak ngan kawan-kawan pastu biarkan mangkuk berselerak serupa anak dara malas yang makan penuh haloba. haha.*kedai orang takkan kita nak kemas pulak* :P