PRUDENTIAL INSURANS

Wednesday, June 24, 2015

Imaginasi Majlis Perkahwinan Impian

Cuba untuk bajet terhadap barang kehendak

Mak, abah, akak selalu pesan. Biar majlis simple tapi makanan mewah. Dan benar. Setiap kali majlis aku lihat akak yang akan memewahkan majlis tu dengan makanan. Baik dari goodies, makanan, bungkusan makanan dan semua yang berkaitan dengan tetamu. Justeru, pelamin hanya ala kadar (buat sendiri), tiada tempahan baju pengantin, tiada jurumekap profesional dan tiada juru gambar terlentang terbaring nak amik gambar dia. Semuanya hanya dipilih secara tidak sengaja. "Tolong klik kan gambar kami"


Kalau kau tanya aku? Kenapa baju aku camni, kenapa pelamin aku kecik, kenapa mekap aku tak lawa.

Aku cuba untuk memanipulasi segala kos harga dalam perkahwinan. Walaupun bila aku tengok majlis besar besar aku teringin nak macam tu. Tapi bila pikir semua tu hanya seketika aku diam pusingkan balik otak ni. Perlukah semua tu? Atas dasar apa? Nanti dah kawin takkan nak makan ala kadar. Perjalanan lepas kawen banyak lagi yang kena pikir. Kalau ada duit terlebih bolehlah merantau ke negara orang. Memacam aku pikir sampai di penghujung aku buat relax buat dek dulu. Nanti lah aku pikir lagi..


Ok kipidap! Sedang kumpul duit kawin untuk keperluan selepas kawin. muehehe.




Gambar sekadar hiasan.








No comments:

Post a Comment