PRUDENTIAL INSURANS

Wednesday, June 24, 2015

Kisah binasa seorang anak kerana merebut tanah wakaf arwah ayahnya






Kejadian diceritakan oleh seorang kenalanku.


Kisah ini terjadi di sebuah kampung dimana seorang warga tua, Pak Ali (bukan nama sebenar) telah mewakafkan tanah pusaka miliknya kepada penduduk kampung untuk dijadikan surau. Mungkin kerana dia sedar selagi surau itu digunakan, selagi itu juga dia beroleh manfaat di dunia mahupun di alam kubur kelak. Pak Ali mempunyai beberapa orang anak namun yang diceritakan hanya seorang iaitu, Samad (bukan nama sebenar). Kesemua anak Pak Ali telah berhijrah kebandar dan membina keluarga masing-masing.


Disebabkan kemurahan hati Pak Ali, maka penduduk kampung sangat berbesar hati menggunakan tanah wakaf sebagai tapak surau. Tidak berapa lama selepas itu, Pak Ali dijemput ilahi. Surau itu masih digunakan seperti biasa hinggalah pada suatu ketika datang seorang warisnya iaitu Samad menuntut kembali hak milik tanah arwah ayahnya. Beberapa orang kampung sudah menasihati Samad bahawa tanah itu telah diwakafkan oleh arwah ayahnya sebagai tapak surau. Kerana kedegilan Samad, beliau tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh orang kampung. Orang kampung juga tau mereka berhak menasihat tetapi tidak berhak menghalang. 


Selang beberapa hari kemudian, Samad datang untuk merobohkan surau terbabit agar tanah milik arwah ayahnya dapat diguna pakai. Samada untuk dijual atau diguna untuk tujuan lain, penduduk kampung juga tidak tahu. Terjadilah satu kisah dimana ketika Samad sedang sibuk merobohkan surau yang telah dibina, maka dengan tidak semena-mena satu kayu yang agak besar telah menghempap kepalanya. Kuasa Allah, selepas kejadian itu, Samad dikatakan sudah tidak siuman.


Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terjadi dan akan membuat balasan setimpal pada manusia yang tamak seperti Samad. Justeru itu janganlah kita menjadi manusia yang leka dengan ketamakan dunia hingga mengabaikan wasiat mereka yang telah pergi meninggalkan kita kerana itu harta sedekah mereka yang tetap dibalas dialam kubur kelak. Waallahualam.





No comments:

Post a Comment