PRUDENTIAL INSURANS

Tuesday, July 7, 2015

Musim Buah di Muar telah tiba

Tahun lepas musim buah di Johor antara Mei hingga Jun.
Tahun ni antara Jun hingga sekarang ( Ogos habis mungkin)

Mana mungkin selimut tetangga!

Musim buah tahun ni jatuh tanggal ramadhan.

Namun itu bukan penghalang tuk merasai nikmat buah durian yang kuning seperti dibawah ini.hehe.




Okey yang ni bukan durian Muar. Ni durian dekat kota abang bawak balik Muar maka dapatlah merasa sikit. 



Kucing tidur adalah durian yang selalu direbutkan adik beradik. 





Yang ini baru durian dekat Muar dari pokok arwah tuk hussin tanam. Bila dah takda orang dekat rumah abah akan kutip masuk bakul pastu jual dekat pemborong. eloklah begitu daripada membazir ye dak.




Rambutan laici. Abah kata tak masak lagi.



Sebab nampak cam masak so aku petik jek masa abah dalam rumah :P
diam diam masuk dalam beg.



Buah kesukaan semua orang dalam rumah bila buat jus. Rasa dia pekat macam pati nak nak kalau akak yang buat. Air batu secoit jek dia letak tapi memang show. Durian ni mencegah daripada penyakit kanser insha allah.



Kalau taknak buat jus boleh potong potong dan makan macam ni masa dia keras. Sedap rangup masam manis semua ada. Kalau dah lembik elok buat jus letak gula sikit ice sikit.




Longan ping pon in the housee



Manggis pokok baru ...hehe

p/s : buat adik beradik ku di Kota Tinggi, jangan habiskan buah dekat kebun Kota . sobsob T____T





No comments:

Post a Comment