PRUDENTIAL INSURANS

Wednesday, March 25, 2015

Maksud ayat peninggalan arwah ameen yang patut dibuat pedoman



Masih ingatkah anda mengenai dua orang sahabat yang sangat akrab.

Seorang berbangsa melayu dan seorang lagi berbangsa india.

Namun bukan itu persoalannya.


Apa yang aku cuba sampaikan adalah ketika aku,

Terkesan dengan satu penulisan dimana ianya berbunyi :

'' setiap manusia akan mati, penulis juga akan mati, namun yang tinggal hanya tulisan-tulisan yang memberi manfaat pada manusia hidup yang lain yang ditinggalkan dibumi''.


Jika terfikir kembali, sejarah cendikiawan-cendikiawan islam yang telah menulis sesuatu tentang ilmu juga telah pergi. Yang tinggal hanya tulisan tulisan ilmu mereka yang dapat memberi manfaat pada manusia sejagat. Termasuklah ilmu alam, ilmu sains, ilmu matematik dan segala ilmu di muka bumi ini.


Memetik daripada profil peninggalan arwah di twitternya :


Ingatlah. sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.







Diharapkan kata-kata yang ditaip dapat memberi kebaikan kepada manusia supaya beringat bersabar itu separuh daripada iman dan dunia hanya sementara.